Famili

Ada 20K Kincir Angin Mini, Jom Rasai Pemandangan Ala Belanda Di Wind Festival OSK Property!

4K
SHARES

Setiap orang pasti inginkan rumah yang selesa untuk keluarga. Persekitaran tenang dan fasiliti yang lengkap. Senang cerita, nak perfect! Lagi seronok jika dapat view yang cantik ala-ala di Belanda. Tak perlu ke Netherlands untuk tengok kincir angin, kat Seremban pun ada. ?

OSK Property melancarkan pembangunan perbandaran terbarunya, Iringan Bayu di Seremban secara rasmi pada 27 Januari 2018. Sempena itu, mereka adakan event di Seremban. ? Nak tahu event apa?

Sambutan Menggalakkan, Playground Of The Wind Memang Seronok

Haa, sini admin cerita pasal event di Seremban. Sebenarnya sempena Majlis Pelancaran Rasmi Iringan Bayu, ada event selama sebulan dengan tema “Playground of the Wind” di Seremban. Boleh santai dengan angin yang cool. ? Yay!

Majlis Pelancaran Rasmi Iringan Bayu pada 27 dan 28 Januari lalu, mendapat sambutan yang menggalakkan! Ramai yang datang dengan keluarga. Mereka luangkan masa dengan lama kat sini sebab nak tangkap gambar. Hehe. ?

Luangkan masa bersama keluarga tercinta di Iringan Bayu. Anda boleh berkunjung ke Iringan Bayu show village dengan mereka. Waktu macam ni lah nak rasai pengalaman seperti di Belanda. Fuh! ? Memang gempak. Lihat video bawah. Enjoy habis!

2万个风车在芙蓉 20,000 pinwheels in Seremban!

每日对外开放至2月25日!我们有2万个风车在芙蓉哦! 快来拍照打卡!你将会有机会赢取Samsung J7智能手机,G-shock手表和illsome T恤!快来Iringan Bayu Seremban! 在Waze搜索Iringan Bayu Show Village 就行了! 除了有超过2万个风车在芙蓉等着你,我们还准备了很多精彩的活动哦Opens daily till February 25th (till 5:00pm)… We have 20,000 pin wheels in Seremban for you! Come and snap videos and photos! You stand a chance to win a Samsung J7 Smart phone, a G-Shock watch and illsome Tees! Waze for Iringan Bayu Show Village!3 & 4 Feb: Hunting Ground + other activities 10 & 11 Feb: The Wind Festival25 & 26 Feb: CNY Celebration!For more information, contact 06-630 4656 now! See you at Iringan Bayu Seremban!2万个风车在芙蓉 Hunting Ground – Over 20,000 pinwheels in Seremban

Posted by Iringan Bayu Seremban on Monday, 29 January 2018

Lagi bagus kalau anda bawa anak-anak sekali. Sebab lebih 20,000 kincir angin mini yang berwarna-warni akan menanti anda di Iringan Bayu. Perjalanan yang penuh colourful. Mesti anda suka! ?? Bukan senang nak tengok banyak kincir angin kan.

Seronoknya! Ada banyak aktiviti menarik sepanjang sebulan dengan Wind Festival pada 10 dan 11 Februari 2018. Mesti anda tak sabar nak join bukan? Jangan lupa kosongkan jadual anda pada tarikh tersebut! Pasti lagi meriah. ???

Dah terfikir nak beli rumah di tempat yang tenang sebegini? Jom kita berkenalan dengan Iringan Bayu. Pasti anda tertarik lepas ni.

Iringan Bayu, Konsep Bandar Selamat Dan Hijau

Projek Perbandaran Iringan Bayu dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato ‘Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Berkeluasan 770 ekar, Iringan Bayu berkonsepkan Bandar Selamat. Jadi tak perlu gusar akan keselamatan anda di sini. ?

Iringan Bayu direka khas untuk anda yang sukakan ketenangan jauh daripada kesibukan kota besar dan menekankan aspek keselamatan untuk keluarga. Pemasangan laluan penimbal hijau keselamatan, trek basikal dan jalan masuk yang selamat juga dibuat. ?? Bebas daripada kesesakan lalu lintas!

Kalau anda nak tahu, Iringan Bayu turut ada Verdant Central Park yang luasnya 22 ekar. Ia direka secara ideal untuk membawa anda lebih dekat dengan alam semula jadi. ?‍♂️?‍♀️ Pelbagai kemudahan rekreasi termasuklah outdoor gym, par course, pavilion dan reflexology path ada disediakan.

Fasa Pertama, Pastura Yang Mengkagumkan

Paling menarik tentang Iringan Bayu adalah fasa pertamanya, Pastura. Ia terdiri daripada rumah dua tingkat dengan 4 bilik tidur. Susunan bermula dari 1,997 kaki persegi hingga 2,303 kaki persegi dengan ruang belakang yang fully extended.

Pastura juga dilengkapi pagar perimeter sesuai dengan penekanan terhadap bandar selamat dan hijau. Dalam fasa pertama, sebanyak 221 unit dibuka untuk dijual kepada anda! Banyak tu.

Dijual pada harga berpatutan bermula RM390,000. Ala macam tak cukup bajet je. Jangan risau. Pada yang berstatus Bumiputera, harga diskaun menanti anda dengan pakej Zero Entry. Tapi masa sangat terhad. So, anda kena cepat! ?

Jangan lupa bawa kamera dan powerbank. Pasti anda nak tangkap gambar banyak nanti. Pemandangan cantik sampai rasa nak beli rumah kat sini. Oh, ada terfikir? Hihi. Boleh tengok video di bawah untuk lihat keseronokan semasa Wind Festival di Iringan Bayu.

Flow with the Wind

Rejuvenate Dance Crew couldn't resist the colourful setting of Iringan Bayu Seremban! So here's a short little something from us! Check it out!iLLSOME SKECHERS

Posted by Rejuvenate Dance Crew on Monday, 29 January 2018

Untuk info tentang Iringan Bayu, boleh klik sini ya. Ingat temu janji pada 10 dan 11 Februari 2018 di Iringan Bayu, Seremban. Jumpa di sana! ?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×