Famili

Resepi Kerepek Carrot Hanya Guna 3 Bahan, Sihat & Sesuai Untuk Anak-Anak

1.3K
SHARES

Mesti ramai ibu-ibu dah lalui dilema begini bila cuba galakkan anak-anak makan makanan berkhasiat kan? Lebih-lebih lagi apabila si kecil yang suka mengunyah dan makan snek . Jadi, ibu ini kongsi resepi mudah dan sihat membuat snek untuk anak. Sedap!

CARROT CHIPS MUDAH

Ok. Hari ni saja nak share idea untuk mak-mak yang pening bila anak asyik nak snek.. Nak snek..Resepi senang ya amat. Sihat pula tu.

GUNA 3 BAHAN SAJA

1.Carrot – ikut suka banyak mana

2.Olive oil

3.Garam sedikit sahaja

GUNAKAN PEELER UNTUK SAGAT CARROT

Mesti ada peeler ya dirumah nak senang kerja, Caranya basuh bersih carrot. Bolehlah peel carrot dengan agak tebal.Cuba elakkan dari terputus-putus.

Dah siap peel, gaul sama garam dan renjis sikit dengan olive oil. Bakar pada suhu tinggi 250C selama 20 minit. Siap bakar garing bole munch munch macam potato chip. Oh ya chip ini pun baby friendly sebagai finger food mereka.

Selamat mencuba!

Noraliza Alwi

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×