Euforia Bola 2026
Famili

Perkembangan Terkini Nur Haira: Kanak-Kanak 2 Tahun Diserang Lima Anjing Liar Kini Sudah Sedar

anjing liar

Keadaan kanak-kanak perempuan yang parah selepas diserang lima ekor anjing liar di Batu Pahat, Sabtu lalu, kini dilaporkan semakin menunjukkan perkembangan positif apabila Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi, 2, sudah kembali sedarkan diri.

Ibu mangsa, Nur Wahyuni Harun, 36, berkata perkembangan tersebut memberi kelegaan besar kepada seluruh keluarga selepas anaknya menerima rawatan di hospital susulan kecederaan yang dialami.

Baca juga: “Sejujurnya Sedih La Camni” – Khairul Aming Tampil Bersuara Selepas Dikecam, Sentimen Kapitalis Jadi Persoalan

DISERANG ANJING LIAR, ADIK HAIRA SUDAH SEDAR

anjing liar

Bagaimanapun, Nur Haira masih memerlukan pemantauan rapi serta rawatan lanjut bagi memastikan proses pemulihannya berjalan dengan baik.

Menurut Nur Wahyuni, keluarga amat bersyukur dengan perkembangan terkini itu, namun menyedari perjalanan untuk anaknya pulih sepenuhnya masih memerlukan masa.

“Alhamdulillah, Nur Haira sudah sedarkan diri. Kami sekeluarga amat bersyukur dengan perkembangan ini dan berharap keadaannya akan terus bertambah baik.

“Namun begitu, perjalanan untuk pulih masih panjang dan kami menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT,” jelasnya kepada media tempatan.

Mohon doakan kesihatan anak

anjing liar

Dalam pada itu, Nur Wahyuni memohon orang ramai agar terus mendoakan kesihatan anaknya sepanjang menjalani rawatan dan proses pemulihan.

“Kami mohon semua mendoakan Nur Haira agar terus kuat melawan kesakitan dan kembali sihat seperti sediakala. Doakan juga urusan rawatan serta proses pemulihannya dipermudahkan,” katanya.

Terdahulu, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi Sabtu lalu ketika Nur Haira berada di luar rumah neneknya di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat.

Kanak-kanak berusia dua tahun 10 bulan itu diserang lima ekor anjing liar sehingga mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut dan kini masih berada di bawah pemantauan pihak hospital.

Baca juga: Seram! Cucu 2 Tahun Diserang 5 Ekor Anjing Liar, Nenek Menjerit Lihat Kepala & Muka Berlumuran Darah

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×