Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan sebanyak 33 syarikat telah dilesenkan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk menawarkan pakej haji bagi musim berkenaan.
Namun, sebelum memilih mana-mana pakej, bakal jemaah dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan memastikan urusan hanya dibuat dengan PJH yang sah serta dilesenkan oleh TH bagi mengelakkan sebarang masalah atau kerugian.
Baca juga: “Ingatkan Paip Bocor”– Bil Makin Mencanak, Rupanya Wanita Rohingya Guna Air Kedai Basuh Pakaian!
33 SENARAI PENGELOLA JEMAAH HAJI 2027 BERDAFTAR

Sehubungan itu, TH mengingatkan bakal haji supaya memastikan mereka hanya berurusan dengan PJH yang sah dan mempunyai lesen daripada TH.
Peringatan tersebut penting bagi mengelakkan bakal jemaah daripada terpedaya dengan tawaran pakej haji yang dikendalikan oleh pihak tidak berlesen.
TH turut memaklumkan bahawa tawaran pakej haji oleh pihak yang tidak mempunyai lesen merupakan satu kesalahan di bawah Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Berikut merupakan senarai Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan bagi Musim Haji 1448H/2027M setakat 1 September 2026:
1. TH Travel & Services Sdn Bhd
2. Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd
3. Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd
4. Amani Travel Sdn Bhd
5. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
6. AZ Safir Travel and Tours Sdn Bhd
7. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
8. Busyra Holidays Sdn Bhd
9. Citra Travel & Tours Sdn Bhd
10. CS Holidays Sdn Bhd
11. Eiman Travel & Tours Sdn Bhd
12. Felda Travel Sdn Bhd
13. Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd
14. Glocal Travel & Tours Sdn Bhd
15. Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd
16. In Saff Travel and Tours Sdn Bhd
17. Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd
18. JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd
19. Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd
20. Juara Travel & Tours Sdn Bhd
21. Kembara Umrah Sdn Bhd
22. KRS Travel Sdn Bhd
23. KUJDT (Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd)
24. Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd
25. MIMM Travel & Tours Sdn Bhd
26. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd
27. Qashwa Travel Sdn Bhd
28. Rayhar Travels Sdn Bhd
29. Rehlah International Travel & Tours Sdn Bhd
30. Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd
31. TITIM Travel Sdn Bhd
32. Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd
33. Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd

Bakal jemaah haji yang bercadang mendapatkan pakej bagi Musim Haji 1448H/2027M disarankan menyemak terlebih dahulu status lesen syarikat berkenaan dengan TH sebelum membuat sebarang urusan.
Langkah itu penting bagi memastikan urusan pakej haji dibuat dengan pengelola yang sah dan dilesenkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
Baca juga: Selepas 3 Tahun Menanti, Elizabeth Tan Mulakan Perjalanan IVF Untuk Timang Cahaya Mata
Sumber: Facebook Tabung Haji
