Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dan berusaha mendapatkan zuriat, penyanyi serta pelakon Elizabeth Tan kini memilih untuk meneruskan ikhtiar menerusi rawatan IVF.
Perkembangan itu dikongsikan Elizabeth menerusi satu hantaran di Instagram yang memperlihatkan dirinya bertemu dengan perunding obstetrik dan ginekologi merangkap pakar kesuburan, Dr Navdeep Singh.
Baca juga: Jemputan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Tidak Diberi Secara Automatik, Ini Penjelasan Penuh
ELIZABETH TAN JALANI RAWATAN IVF

Dalam video tersebut, Elizabeth yang lebih dikenali sebagai Lizzy kelihatan ceria ketika mendapatkan pandangan pakar mengenai langkah seterusnya dalam perjalanan mendapatkan cahaya mata.
“Korang doakan i okay,?” tulisnya ringkas menerusi kapsyen.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik bersama video berkenaan, Elizabeth, 33, mengakui dirinya berdebar untuk memulakan rawatan tersebut selepas tiga tahun mencuba.
Menurutnya, sudah tiba masanya untuk dia dan suami, Dr Siew Jim Ding, meneruskan usaha mendapatkan zuriat dengan mengambil langkah membekukan telur.
“Tak payah tanyalah berdebar ke tidak? Memang berdebar. Sudah tiga tahun, tiba masanya untuk bekukan telur-telur saya,” katanya.
Rakan artis doakan proses IVF agar dipermudah

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian rakan-rakan selebriti yang tidak putus-putus menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Elizabeth agar segala urusan rawatan dipermudahkan serta impiannya untuk bergelar ibu menjadi kenyataan.
“Saya doakan awak dapat mengandung dan dapat baby comel,” komen rakan artis.
Sebelum ini, Elizabeth pernah menjalani rawatan kesuburan intrauterine insemination (IUI) sebanyak dua kali. Walau bagaimanapun, usaha tersebut masih belum membuahkan hasil.
Elizabeth dan Dr Siew Jim Ding mendirikan rumah tangga pada 2021 dalam sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung secara tertutup.
Baca juga: Tular Video Baby ‘Beratur’ Tahnik Dengan Ustaz Azhar Idrus, Ramai Doakan & Teruja Lihat Momen Ini
Sumber: Instagram Elizebeth Tan
