Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Suami Selalu Tak Sedar, 5 Perkara Kecil Ini Boleh Buat Isteri Rasa Lebih Dihargai

Kadang-kadang, isteri tidak meminta perkara yang besar pun. Bukan semestinya hadiah mahal atau percutian mewah, sebaliknya perhatian kecil dalam rutin harian juga boleh membuatkan seseorang rasa dihargai.

Lebih-lebih lagi apabila masing-masing sibuk dengan kerja dan urusan keluarga, perkara kecil seperti membantu kerja rumah, menyediakan makanan atau meluangkan masa bersama boleh membawa makna yang besar.

Jadi, buat para suami yang mahu cuba beri sedikit kejutan kepada isteri, ini lima perkara mudah yang boleh dilakukan.

1. Sediakan sarapan sebelum isteri bangun

Kalau selama ini isteri yang selalu sibuk menyediakan sarapan, apa kata sesekali suami pula ambil alih tugas tersebut?

Tak perlu masak menu yang susah. Secawan kopi, roti bakar atau sandwich ringkas pun sudah cukup untuk menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang rutin harian isteri.

Malah, penyediaan sarapan juga boleh jadi lebih mudah dengan peralatan dapur seperti sandwich maker, coffee maker atau toaster.

2. Tolong buat kerja rumah tanpa perlu disuruh

Antara perkara yang mungkin nampak kecil bagi sesetengah orang tetapi sangat membantu ialah apabila suami mengambil inisiatif melakukan kerja rumah.

Contohnya, kemas ruang tamu, basuh pinggan selepas makan atau bersihkan lantai. Paling penting, tidak perlu menunggu sehingga isteri meminta bantuan terlebih dahulu.

Kalau anda mahu menjadikan kerja rumah lebih cepat, beberapa peralatan seperti cordless vacuum, robot vacuum atau steam mop juga boleh membantu mengurangkan masa yang dihabiskan untuk mengemas.

3. Belikan sesuatu yang isteri suka tanpa tunggu hari istimewa

Siapa kata perlu tunggu hari jadi atau ulang tahun perkahwinan untuk memberikan hadiah?

Kadang-kadang, benda kecil yang diberikan secara spontan boleh terasa lebih bermakna kerana ia menunjukkan bahawa suami masih mengambil perhatian terhadap perkara yang disukai isterinya.

Sama ada perfume, handbag, tudung, aksesori atau produk penjagaan diri, hadiah tersebut tidak semestinya mahal. Yang penting, pilih sesuatu yang memang sesuai dengan minat dan kegunaan isteri.

4. Luangkan masa tanpa telefon di tangan

Duduk bersebelahan tidak semestinya bermaksud benar-benar meluangkan masa bersama.

Selepas seharian bekerja, cuba letakkan telefon seketika dan gunakan masa tersebut untuk berbual, makan malam bersama atau menonton rancangan kegemaran.

Bagi pasangan yang jarang mempunyai masa lapang, aktiviti mudah di rumah seperti movie night, memasak bersama atau bermain board game juga boleh menjadi cara untuk mengeratkan hubungan.

5. Beri isteri masa untuk berehat

Satu lagi perkara yang mungkin tidak disedari ialah isteri juga perlukan masa untuk berehat tanpa perlu memikirkan kerja rumah atau urusan keluarga.

Jika mempunyai anak, suami boleh mengambil alih tugas menjaga anak untuk seketika dan biarkan isteri menikmati masa sendiri. Tidak perlu lama pun. Kadang-kadang sejam untuk membaca buku, menonton drama atau sekadar menikmati kopi dengan tenang sudah cukup.

Suami juga boleh sediakan ruang kecil di rumah dengan beberapa barangan seperti cushion, scented candle, sleep mask atau mug kegemaran untuk menjadikan waktu rehat lebih selesa.

Tak semestinya perlu hadiah mahal untuk buat isteri rasa lebih dihargai

Dalam rumah tangga, perhatian tidak semestinya ditunjukkan melalui hadiah mahal atau kejutan besar.

Kadang-kadang, tindakan seperti menyediakan sarapan, membantu kerja rumah, mendengar cerita isteri atau memberikan sedikit masa untuknya berehat sudah cukup untuk menunjukkan bahawa segala usaha yang dilakukan selama ini dihargai.

Paling penting, jangan tunggu sehingga pasangan meminta. Sesekali, cuba perhatikan apa yang boleh dibantu dan lakukan dengan ikhlas.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×