Famili

“Hadir Dalam Hidup Anak”- Ramai Puji Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Tak ‘Fake’

553
SHARES

Siapa sahaja yang tidak mengenali pasangan selebriti Johan dan Ozlynn bukan? Bukan sahaja popular dalam karier masing-masing, malah mereka juga sering mendapat perhatian soal parenting. Dikurniakan lima orang cahaya mata, dan terbaharu cahaya mata keenam, Johan dan Ozlynn seringkali berkongsikan telatah anak-anaknya yang bijak dan lucu.

Baru-baru ini ramai yang memberi pujian apabila anak sulungnya bakal melanjutkan pelajaran ke Ireland dalam bidang perubatan tidak lama lagi. Ramai yang hadir memberikan pandangan dan pujian kepada keluarga Johan & Ozlynn kerana sering ‘hadir’ dalam kehidupan anak-anak.

Baca juga: 6.30 Pagi Bangun Subuh, Mengaji & Kemas Rumah, Anak Johan & Ozlynn Dapat Pujian

‘KAGUM TENGOK KISAH KELUARGA JOHAN DAN OZLYNN’

Saya baca kisah anak Johan bakal jadi doktor semalam. MasyaAllah. Saya kagum. Dan saya juga baca Ozlynn post gambar anak dia yang dah besar bapak pun berdukung lagi dengan Johan. Kadang ada gambar depa bertepek duduk dan baring ramai-ramai. Tu lebih saya kagum lagi.

Nak berdukung-dukung ni kalau tak biasa, mana mahunya. Malu. Kadang tak payah suruh dukung, nak cium pipi mak depan kawan pun segan. Sebabnya itu bukanlah benda yang jadi kebiasaan. Kalau siapa follow dia mesti tahu depa famili yang macamana. Dan saya suka follow. Sebab dia jujur. Tak fake. Bukan bersayang-sayang sentiasa. Tidak juga sopan santun setiap masa. Takda juga cakap orang putih manjang. Dia biasa. Biasa macam kita-kita. Ada masa dia marah. Ada masa dia ambik rotan. Ada masa tinggi suara. Ada masa dia sayang. Ada masa dia bergurau.

“HADIR DALAM HIDUP ANAK-ANAK”

Dia menunjukkan sisi kebanyakkan famili yang normal. Dan ada banyaknya emosi dalam sesebuah famili tu bagi saya adalah normal. Bezanya ialah dia HADIR. Hadir diri dalam hidup anak. Waktu solat, imamkan solat dengan anak. Waktu belajar, duduk di meja belajar dengan anak. Waktu main, berguling sama dengan anak. Waktu bersukan, main basikal sama dengan anak. Dia sebagai sosok seorang ayah, ada. Karakter utama dalam rumah itu adalah dia. Dan konsisten.

Setiap Subuh dia pastikan anak-anak mengaji. Mesti mengaji. Sampai lama-lama jadi tabiat anak itu sendiri. Tapi bukan suruh saja. Dia sama-sama buat sekali. Biar dia buat lawak pun. Biar dia garang pun. Biar dia jegil mata pun. Biar dia tinggi suara pun. Biar dia mengusik pun. Tapi bila dia HADIR, apa saja tegur dan marah beri kesan yang baik.

Sebab ada ikatan hati yang kuat antara ayah dan anak. Ibu ayah yang hadir dalam bentuk fizikal, emosi dan jiwa dengan anak-anak, saya percaya walau saat kita marah pun anak tak lari ke mana. Dia tahu atas tujuan apa. Marah yang ada alasannya. Tegur yang ada sebabnya. Sempoi yang ada batasnya. Saya kira begitu keinginan kebanyakkan kita. Sebagai ibu ayah.

Walau apa pun jadi dan jauh mana pun pergi, anak tetap akrab hatinya dengan kita. Dia menjadikan saya rasa santai sebagai ibu. Rasa saya okay menjadi saya. Boleh je suka buat kelakar tapi tegas pada masa yang sama. Boleh je tegur kalau ada benda tak kena. Bukan serba serbi mesti sempurna. Bukan kena sopan santun sepanjang masa. Tapi sentiasa hadir setiap ketika. Bahasa ringkasnya. Cakna.

Sumber: Johan & Ozlynn, Siti Suryani Yaakop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×