Famili

9 Cara Untuk Kuatkan Hubungan Ibubapa Dengan Anak, Mudah Anak Nak Dengar Cakap Kita!

99
SHARES

Perhubungan yang kuat antara ahli keluarga amat penting untuk menjamin kebahagiaan. Tambah pula perhubungan antara ibubapa dengan anak-anak, lagilah penting. Pernah tak anda mengalami situasi dimana setiap kata anda amat susah untuk dituruti oleh anak? Inilah dimana ‘connection’ yang kuat amat penting jika anda mahu anak mudah mendengar kata.

MACAM MANA NAK BUAT ANAK MUDAH DENGAR CAKAP

Saya terima banyak inbox daripada parents yang mengadu tentang anak tak dengar cakap, anak taknak ikut peraturan, suka melawan, suka memberontak, tak hormat ibu bapa, macam-macam. Maybe I’m not the right person to talk about this.Because I myself is still far from a perfect parent. Tapi mungkin saya boleh kongsikan sikit, apa yang saya tahu, apa yang saya belajar dari pakar-pakar psikiatri yang saya jumpa, dan apa yang saya sendiri dah prektikkan for the past 5 years dengan anak sendiri.To be honest, in parenting I believe in the power of CONNECTION.

www.drphil.com

Sikap dan tahap toleransi anak adalah sangat bergantung kepada kekuatan HUBUNGAN parent-child itu sendiri. Dan kekuatan HUBUNGAN itu, bergantung kepada effort ibu bapa dan anak dalam membina HUBUNGAN tersebut. Kalau difikirkan balik, sebenarnya banyak improvement yang berlaku pada Haikal dari segi perkembangan sikap, minda, dan emosi, bila saya dan suami mula focus on building CONNECTION dengan dia. Dan kami sangat percaya bahawa, only with a strong CONNECTION, Haikal akan patuh arahan, dengar cakap, beri kerjasama dan ikut peraturan yang kami tetapkan untuknya.

ANAK-ANAK NI ADA JUGA ANGINNYA

Anak-anak ni macam kita juga. Kita hanya “ikut cakap” dan “ikut arahan” orang yang kita rasa “connected to” sahaja. Dan kalau orang tu macam tak penting atau takde kena-mengena, kita akan ignore je, buat kepala sendiri dan feel free to break the rules.
Kan? Kajian menyatakan anak-anak yang mempunyai STRONG CONNECTION dengan ibu bapa, adalah anak-anak yang paling mudah beri kerjasama, bukan saje dengan ibu bapa, tapi dengan orang sekeliling. But course, anak-anak ni ada juga angin dia. Sometimes mereka akan “buat perangai” dan ikut kepala sendiri juga. Ini berlaku sebab bahagian otak “prefrontal cortex” mereka masih belum berkembang sepenuhnya.

mom.me

That’s why kita sebutkan mereka ini sebagai belum mummayiz.Tapi jangan putus asa, dan terus bina connection yang bagus dengan anak.Because when the children trust us and always feel connected to us, they’ll easily follow our lead. InsyaAllah. So hari ni, saya nak kongsikan 9 rutin yang saya sendiri buat for the past 5 years, untuk build strong connection dengan Haikal. Rutin-rutin ni dah banyak bantu saya setakat ni, dan Alhamdulillah, parenting journey is not that hard for me.

1) Amalkan 12 Pelukan Sehari

www.parentmap.com

Menurut kajian, “Setiap manusia perlukan 4 pelukan untuk hidup, dan 8 pelukan untuk memberi emosi yang baik sepanjang hari.”So total up, kita perlukan 12 pelukan setiap hari. So give enough hugs, to receive enough hugs.Tak kisah lah dengan anak-anak, suami isteri, adik beradik atau ibu bapa. Jadikan rutin untuk beri pelukan pertama masa bangun tidur, dan pelukan terakhir sebelum masuk tidur. Lain-lain tu, selit la bila-bila. Masa pergi kerja, masa balik kerja, masa hantar anak sekolah, ambik dari sekolah, masa tengok TV, masa main, etc. Peluk, gosok belakang, pat shoulders, give eye-contact and smile. Pelukan adalah sangat penting,lebih-lebih lagi bila anak dan meningkat remaja.Hugs will trigger stronger connection antara kita dan anak remaja, maka lebih mudah untuk kita “mengawal” mereka.

2) PLAY!

http://www.scarymommy.com/

Bermain bersama anak-anak ye.Bukan bermain di malam jumaat tu. Setiap kali main dengan anak, wujudkan interaksi dengan mereka.Bukan bagi anak main sorang-sorang dan mak bapak main phone kat tepi. Kalau jumpa mak bapak camni, ambik phone tu, sumbat dalam mulut dia. Bermain dan bergelak ketawa dengan anak will keep us deeply connected and feel younger, by stimulating endorphins and oxytocin in our bodies. Ia juga akan buat anak lebih positif dan tenang setiap kali berhadapan konflik dan amarah.

3) Bila berinteraksi dengan anak, TURN OFF YOUR PHONE

http://www.pembekalem.net/

Zaman sekarang ni, memang susah betul nak berenggang dengan phone, kan? Bila orang suruh put away phone masa layan anak, kita pun beri alasan kononnya, nak rekod moment indah dengan anak, nak simpan buat kenangan, nak optimize penggunaan teknologi, blablabla.Tak salah pun nak rekod video atau gambar anak-anak untuk kenangan. Memang semua orang suka flashback kenangan. Saya pun sama. Tapi jangan lah sampai setiap saat dan ketika. Handphone melekat kat tangan, sampai kita lose those emotions yang sepatutnya hadir ketika “live moments” dengan anak-anak!

Kalau dalam solat, we have to put away our phones, to get connected with Allah.So untuk build connection dengan manusia pun sama. Minimize distractions dan bina connection sebaiknya pada ketika dan waktu tersebut.Even turning off music in the car can be a powerful invitation to connect, so kids (even orang dewasa pun) are more likely to open up and interact.

4) CONNECT, before each activity transition

www.gildshire.com

Selalunya anak-anak akan ada hard time transitioning from one activity to another. Kan? Contohnya bila kita nak suruh anak berhenti main dan pergi mandi. Atau suruh anak switch off TV, dan bersiap untuk tidur. Mesti macam nak berperang bila nak suruh anak buat sesuatu. Panggil berulang kali sampai jiran sebelah yang menyahut. In this case, I always use this method connect first, then ask. Sebelum suruh anak buat apa-apa, datang kat anak, look him in the eye, sebut namanya, connect with him, geletek2 sikit badan dia, sampai lah you’re confident enough that he has the inner resources to manage himself through a transition,then baru lah suruh dia buat apa-apa.

5) One-On-One Time, untuk setiap anak.

http://shoppingfortime.com/

Menurut kajian, setiap anak perlukan sesi one-on-one dengan setiap ibu bapa mereka sekurang-kurangnya 15 minit sehari, untuk bina kepercayaan dan hubungan yang kuat. Semasa sesi tersebut, you can do anything yang anak suka. Boleh alternate doing what your child wants, and doing what you want.Ada hari, kita yang beri kebebasan untuk anak pilih apa yang mereka nak buat.Dan ada hari, kita pula yang menentukan aktiviti dan peraturan. Lebih baik, kalau aktiviti tu ada unsur gelak ketawa dan physical touch.

6) RASA, apa yang anak rasa.

www.sciencenews.org

Memang, bukan senang nak consistently engaged dengan emosi anak-anak. But remember sepertimana kita nak orang lain faham apa yang kita rasa, macam tu jugak lah anak2 nak kita faham dan bimbing apa yang dia rasa.Emosi dan perasaan, menentukan sikap dan tindakan seseorang. That’s why it’s very important to let the children express their emotions (happy, anger, fear, etc), and guide them where to drive their behavior. Bagi saya sendiri, setiap kali anak tantrum atau mengamuk, saya anggap sebagai peluang keemasan untuk saya bantu dia kenali emosi dan get connected with him.

As parents, we don’t let their anger trigger us, but we welcome the tears and fears that always hide behind the anger. Just acknowledge what they feel, and offer understanding of their pain.Lama-lama nanti, anak akan belajar untuk kawal emosi sendiri, lebih mudah bekerjasama, dan lebih percayakan ibu bapa mereka.

7) LISTEN LISTEN LISTEN!

www.mykidstime.com

Connection begins with listening. In parenting, we need to listen more, rather than just answering, advising or instructing.
Melihat dunia dari perspektif anak-anak, akan buat anak rasa dihormati dan sentiasa cuba wujudkan win-win situation dalam perhubungan. Anak-anak yang selalu didengari oleh ibu bapa, akan lebih mendengari ibu bapanya juga. Bila hari kita moody, keletihan atau stress,of course kita nak anak-anak dengar dan faham keadaan kita juga, kan? So we must first be a good listener to them.

8) ‘Slow down, and embrace the moments.’

www.parentingcentral.com.au

Setiap rutin harian kita, sebenarnya adalah peluang untuk connect dengan anak-anak. Masa makan, masa mandi, dalam kereta, masa tengok TV, masa duduk-duduk, masa masak, masa kemas rumah, etc. We are all busy with life, dan kadang2 takde masa untuk duduk menghadap anak. So gunakan setiap ketika bila anak ada bersama, sebagai peluang untuk get connected dengan dia. Slow down on each task, and share the moment.

Contohnya, Masa masak, ajak anak berbual, beri anak sentuh sayur, ikan, etc. Masa lipat baju, main peek-a-boo dengan longgokan baju. Memang sampai malam pun tak habis lipat baju. Masa tengok TV,snuggle together dan main teka teki.Masa driving,nyanyi lagu favourite dan menari sama-sama.Dalam apa jua ketika,ambil peluang untuk get connected.Give hug. Listen to their laughter.Look at them in the eyes,open your heart and sharing that big love you both have.

9) Sesi peluk-peluk dan berbual, sebelum tidur.

http://www.huffingtonpost.com/

Bagus juga kalau kita dapat masuk tidur dan tutup lampu a lil bit earlier daripada waktu tidur. Supaya kita dapat spend time together, tell bedtime story, and snuggling in the dark. Menurut pengalaman saya, ini sahaja masa yang Haikal akan cerita SEGALANYA yang berlaku pada dia sepanjang hari tersebut. Apa yang jadi kat sekolah, apa yang kawan2 / cikgu2 cakap atau buat, apa isu2 yang dia alami masa saya takde, etc. Dan setiap kali anak mula bercerita, apa yang kita perlu buat? We just need to LISTEN, and acknowledge their feelings. Malam seterusnya, follow up dengan isu yang diluahkan pada malam semalam. You’ll be amazed how your relationship with your child deepens. And you’ll be amazed how your child appreciates you, by sharing EVERYTHING with you, and only you.

http://www.rebelcircus.com/

Dan menurut kajian, this routine is very powerful especially when you have teenagers. Because late at night is often the only time teens will open up.So be there for them, before they choose WeChat over you. Last but not least, kita semua manusia biasa.
Ada kalanya baik dan penyabar macam malaikat. Ada kalanya “kencang” macam ribut taufan. So untuk build connection yang baik dengan anak, embrace their differences and weaknesses.Bak kata Master Splinter dalam cerita Ninja Turtle, “Kita tak boleh paksa semua orang mempunyai cara berfikir yang sama macam kita. Sebab perbezaan pemikiran itulah yang melengkapkan sesebuah hubungan, dan menguatkan sesebuah keluarga. Dan sebagai ketua, kita perlu bijak meraikan setiap perbezaan itu.”

*Semoga 9 tips yang saya kongsikan hari ni bermanfaat, dan beri perubahan positif dalam hidup anda.

Sumber : Adlil Rajiah 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×