40 Minggu

9 Cara Untuk Elak Kaki Ibu Hamil Di Luar Sana Bengkak, Mudah Untuk Bergerak Sana Sini!

186
SHARES

Salah satu keadaan yang akan dialami oleh wanita hamil adalah masalah kaki bengkak. Keberatan kandungan di dalam perut adalah salah satu punca yang menyebabkan kaki anda bengkak. Oleh itu, sebelum anda mengalami masalah ini, kami senaraikan 9 cara untuk anda mengelak dari mengalami situasi kaki bengkak semasa hamil. Senang sikit nak bergerak kan?

http://www.riaendovascular.com/

9 CARA ELAK KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL

1. Elakkan berdiri statik terlalu lama

womennewsnetwork.net/

Semasa melakukan aktiviti harian seperti memasak, menjemur pakaian ataupun bekerja di ofis, jika boleh elakkan berdiri statik dengan kadar yang lama. Aktifkan pergerakan bagi mengelak pengumpulan darah pada kaki untuk melancarkan peredaran darah.

2. Angkat kaki setinggi mungkin dari lantai ketika duduk

http://rumyantsevamd.ru/

Tujuannya juga untuk membantu kelancaran peredaran darah dan mengelakkan kebas kaki. Apabila duduk di kerusi semasa bekerja, letakkan kaki di atas bangku rendah, kotak kecil atau susunan buku di bawah meja. Elakkan tabiat menyilangkan kaki ketika duduk, boleh menyebabkan kekejangan.

3. Lakukan aktiviti regangan ringan ketika duduk lama

well.blogs.nytimes.com

Jika melakukan kerja yang memerlukan posisi duduk yang agak lama, rajinkan diri melakukan aktivi regangan pada kaki.

Caranya mudah:

Julurkan kaki ke arah luar dan angkatkan sedikit sebelah tumit kaki dari lantai
Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah atas dalam kiraan 8
Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah bawah dalam kiraan 8
Pusingkan pergelangan kaki ikut arah jam dalam kiraan 8 pusingan
Pusingkan pergelangan kaki lawan arah jam dalam kiraan 8 pusingan
Ulangi cara yang sama untuk sebelah kaki yang lain

4. Posisi baring mengiring

http://mom.girlstalkinsmack.com/

Ibu mengandung perlu mengamalkan posisi tidur terbaik bagi wanita hamil iaitu berbaring secara mengiring.
Selaras dengan ajaran baginda Rasulullah S.A.W, kita dianjurkan supaya berbaring di atas lambung kanan (mengiring ke kanan) secara umumnya ketika berbaring untuk tidur kerana ia mengandungi hikmah yang tersendiri. Bagi ibu mengandung, elakkan berbaring secara terlentang dan off-course tidak meniarap (kalau la boleh) lebih-lebih lagi apabila fasa kehamilan masuk ke trimester ke-3.

5. Pakai kasut yang sesuai

www.babycenter.com

Ketika melakukan aktiviti luar, ibu mengandung perlu bijak memilih kasut yang bersesuaian. Elakan memakai kasut bertumit tinggi atau yang terlalu ketat kerana boleh mengganggu kestabilan dan menambahkan tekanan pada kaki.

6. Pilih Sarung kaki yang lembut

www.pinterest.com

Elakkan memakai stokin yang mempunyai gelang getah yang ketat. Selain boleh menambah kesan bengkak kaki akibat gangguan aliran darah sekitar pergelangan kaki, ia juga boleh menyebabkan kekejangan. Pilih stokin yang lembut dan bersesuaian dengan ibu hamil. Selain baik untuk bengkak kaki, ia juga baik untuk mengurangkan kesejukan ketika waktu malam, lantai simen atau waktu musim hujan.

7. Banyakkan meminum air kosong

http://www.momjunction.com/

Air kosong banyak membantu proses dehidrasi tubuh. Menjadikan tubuh segar disamping membantu proses perkumuhan dalam badan. Jangan khuatir, ia tidak menyebabkan pertambahan berat tubuh badan ibu mengandung.

8. Aktif dengan senaman

ManddoVeda

Ibu mengandung tidak boleh bergerak aktif adalah mitos!. Di awal proses kehamilan ibu mengandung digalakkan melakukan senaman ringan seperti berjalan, berbasikal, berenang atau aerobik. Aktiviti air seperti merendam kaki atau berendam separas bahu baik untuk melegakan bengkak kaki bagi ibu mengandung.

9. Amalkan pemakanan sihat

http://www.stylecraze.com/

Tidak dinafikan seiring dengan keperluan tubuh ibu dan bayi dalam kandungan, ibu mengandung memerlukan pemakanan yang sihat. Kurangkan atau jauhi makanan segera dalam tin atau yang tersedia proses lain. Kebanyakkannya mengandungi lebih kalori dan lemak berbanding nutrisi vitamin yang baik untuk ibu dan bayi. Malah boleh menyebabkan pertambahan berat badan (obesiti) dan kehilangan air dalam badan.

Gantikan makanan segera dengan pengambilan snek sihat untuk ibu mangandung seperti bijirin, yogurt, minuman berjus,salad dan buah-buahan. Pengambilan makanan tambahan berasaskan suplemen juga amat baik bagi menyokong keperluan nutrisi sepanjang kehamilan.

www.babycentre.co.uk

Pengambilan suplemen vitamin C, vitamin B Complex, kalsium dan zat besi sangat baik untuk membantu kesihatan ibu dan tumbesaran bayi yang sihat. Jangan abaikan nutrisi sepanjang kehamilan. Pastikan yang semulajadi dan bukan datang dari kejuruteraan sintetik.

#Bonus! – Kongsi kasih melalui urutan suami
Alangkah bahagianya si abang sado kita boleh bantu mengurut. Selain mengurut badan, kaki bengkak pun boleh juga. Gunakan minyak urut yang sesuai bagi melegakan ketegangan urat akibat kaki bengkak. Bawa berbincang dengan baik, In Shaa Allah abang kita boleh belanja urut satu kali.

Sumber: Cahaya Mata

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×