0-6 Bulan

8 Tips Rutin Harian Ini Anda Patut Amalkan Jika Si Kecil Terkena Ekzema

2.7K
SHARES

“Mama, adik tak boleh tidur, gatallah,” ujar si kecil sambil tangannya menggaru kasar kulit kepala dan pipi. Diteliti betul-betul, ada bintik-bintik merah dan ada di antaranya hampir membentuk gelembung kecil. Sah, anak anda dijangkiti ekzema!

Jika diingat kembali, si kecil tidak ke mana-mana kerana hari cuti. Tidak mungkin berjangkit dari luar. Anda silap! Ia boleh terjadi akibat pelbagai faktor, biarpun dari dalam rumah. Antaranya habuk, kuman dari haiwan peliharaan, makanan seperti telur, kekacang dan sebagainya…

Si kecil yang sudah terdedah kepada ekzema mempunyai kulit yang sensitif. Justeru, penjagaan yang rapi penting supaya kegatalan dan bintik-bintik merah itu tidak terus merebak. Cuba amalkan beberapa rejim penjagaan kulit yang disarankan di bawah ini…

1. Mandi jangan lebih dari sekali sehari dan tak lebih dari 10 minit

Bila anak dah terkena ekzema, terdedah kepada air terlalu lama mampu membahayakan kulit mereka. Lebih-lebih lagi apabila terdedah kepada air suam, ia akan mengeringkan kulit kanak-kanak. Seterusnya kulit akan gatal, pedih, kering lalu menggelupas…

Sebaiknya, sapu losyen, krim atau gel serta merta supaya dapat menghasilkan lapisan bagi melindungi kulit, melembap dan melegakan kegatalan.

2. Jika menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak harian, bekalkan mereka snek dan makanan sendiri

Ramai ibu-ibu yang sanggup menjaga sendiri anak mereka yang jatuh sakit kan? Sama seperti ekzema, tak sampai hati rasanya nak hantar ke pusat jagaan harian. Jika terpaksa sekalipun kerana ada hal yang tak dapat dielakkan, pastikan anda bekalkan mereka snek dan makanan sendiri.

Bukan apa, sesetengah ibu bapa kurang yakin dengan tahap kebersihan makanan di pusat jagaan. Ada baiknya bekalkan mereka hidangan yang disediakan sendiri di rumah. Lebih terjamin kebersihannya!

3. Jangan lupa, bekalkan juga pembersih dan pelembap tangan

Jika menghantar anak yang terkena ekzema ke pusat jagaan harian ni, penting untuk membekalkan mereka pembersih dan pelembap tangan sendiri.

Bukan apa, pembersih dan pelembap tangan yang dibekalkan di pusat jagaan harian tak semuanya dikhususkan untuk kanak-kanak yang terkena ekzema. Dikhuatiri nanti lagi mengeringkan kulit kanak-kanak dan seterusnya menjadikan ekzema terus merebak!

4. Penting untuk menyapu losyen pelembap 2 hingga 3 kali sehari

Kanak-kanak yang terkena ekzema ni kulitnya saaangat sensitif. Justeru, kita perlu sentiasa sapu losyen pelembap secara kerap, antara 2 hingga 3 kali sehari bagi mengelakkan kulit mereka terus kering.

Lebih tebal losyen dan krim pelembap, lebih baik bagi memperbaiki kesan gatal dan mengekalkan kelembapan dalam kulit!

5. Cuba untuk elak dari menggunakan sabun

Bila anak dah terkena ekzema ni, pemilihan sabun yang sesuai penting bagi mengekalkan kelembapan dalam kulit. Pilih sabun dengan pH seimbang dan mengandungi bahan yang mampu menyingkirkan minyak semulajadi dari kulit serta dehidrasi untuk kulit yang sihat!

6. Pastikan kuku si kecil sentiasa dipotong

Admin yakin kalau anak dah terkena ekzema ni, mesti mereka tergaru-garu kan? Haa, sebab tu anda perlu pastikan kuku si kecil sentiasa pendek bagi mengelakkan kegatalan terus merosakkan kulit mereka.

Untuk bayi, pakaikan mereka sarung tangan kapas di waktu malam bagi mengelakkan mereka menggaru kawasan yang terkena ekzema. Jika tidak, lagi teruk jadinya!

7. Jauhkan haiwan peliharaan dari anak buat sementara

Seperti mana semua orang tahu, haiwan peliharaan ni walau dijaga secara rapi sekalipun mereka tetap akan menghasilkan kuman dan bakteria akibat pergerakan mereka ke merata tempat.

Sebaiknya, jauhkan haiwan peliharaan dari anak anda yang terkena ekzema buat sementara waktu bagi mengelakkan kuman dan bakteria dari haiwan terus merebak.

8. Sedut dan sapu sampah secara kerap

Seperti admin katakan tadi, kanak-kanak yang terkena ekzema ni sangat sensitif terhadap habuk. Justeru, pastikan anda lap habuk, sedut dan sapu sampah secara kerap. Gunakan juga cecair yang mampu membunuh 99.9% kuman di seluruh kawasan rumah.

Lindungi si kecil anda, gunakan produk Cetaphil untuk perlindungan menyeluruh dari ekzema

Bagi memberikan perlindungan menyeluruh buat si kecil, jom gunakan produk Cetaphil Restoraderm yang kini hadir dengan 2 rangkaian produk iaitu Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Wash dan Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Lotion.

Kedua-dua rangkaian produk Cetaphil Restoraderm ini dipercayai oleh pakar dermatologi dan terbukti secara klinikal dapat melegakan, melembapkan dan memperkukuhkan fungsi pelindung kulit si manja. Ia juga bebas parabens dan steroids serta selamat untuk bayi seawal usia 3 bulan.

Setiap satunya mengandungi teknologi Filaggrin yang memelihara penghidratan kulit dan berfungsi sebagai pelindung kulit. Ia juga membantu mengekalkan kelembapan dan melegakan kegatalan bagi kanak-kanak yang mempunyai kulit kering.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai kulit sensitif yang mudah terkena ekzema? Tonton video ini…

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Cetaphil Restoraderm, layari laman web Cetaphil dan ikuti laman Facebook Cetaphil untuk update terkini! Jom berikan perlindungan sempurna untuk si kecil yang terkena ekzema!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×