“Arghh, malasnya buat kerja…”
Tidak dinafikan sikap malas dan tangguh kerja sememangnya akan dilalui oleh semua orang namun kerja perlu diteruskan kerana itu merupakan satu komitmen. Tak salah sebenarnya memberi sedikit masa untuk diri sendiri agar lebih tenang tetapi jalan terlalu lama sehingga menangguh kerja dan menyusahkan orang lain.
Bagi mengelakkan sikap tangguh kerja dan malas berterusan, ikuti 7 nasihat yang diberikan oleh Pakar Motivasi Negara, Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah di laman Facebooknya. Tetap bersemangat dan bangkit!
Baca juga: Jadikanlah Derita Hidup Itu Sebagai Bahagia Dengan 15 Cara Dato’ Fadzillah Kamsah Ini
7 CARA ELAK SIKAP TANGGUH KERJA & MALAS, TETAP BERSEMANGAT!
1. Mulakan dengan niat yang baik
Berdoa dalam hati, “Ya Allah, lancarkan segala tugasku hari ini. Berikan aku ilham dan kekuatan untuk menempuhi apa juga cabaran untukku. Tugas yang perluku sempurnakan ini adalah tanggungjawabku. Maka permudahkan ya Allah.”
2. Mengutamakan tugas
Setiap pagi, kita perlu menyenaraikan semua tugas yang perlu diselesaikan dalam sehari. Lihat berapa jam tempoh kita bekerja dan isikan masa tersebut berdasarkan keutamaan tugas tersebut.
3. Elakkan multitasking
Benar, ada di antara kalian suka buat 2-3 kerja dalam satu masa. Walau hebat macamana pun kita buat semua kerja dalam satu masa, akan ada satu masa, otak kita terbeban dengan banyaknya informasi. Di situ yang boleh burnout tu. Tarik nafas dalam-dalam dan buat satu demi satu.
4. Rancang gerak kerja
Luangkan 15 minit pada permulaan untuk benar-benar susun jadual dan gerak kerja. Jika melibatkan dengan kawan sepasukan, bincang dengan mereka macamana nak bersatu menyelesaikan tugasan demi tugasan.
5. Hadiahkan diri sendiri
Setiap kali 1 jam anda bekerja, hadiahkan diri anda dengan rehat 15 minit. Bangun dari tempat kerja, bergerak. Pergi bancuh kopi atau ke tandas. Cuci muka dan sebagainya.
6. Maafkan diri sendiri
Tercetusnya siikap suka bertangguh, kadangkala adalah disebabkan rasa bersalah. Kamu rasa bersalah sebab tak mula lebih awal. Bila kamu terasa lewat, kamu jadi malas dan nak buat sungguh-sungguh.
7. Tutup notifikasi handphone
Tiada yang boleh menganggu fokus kamu. Terutama handphone kamu. Tukarkan ia ke dalam setting focus atau pun silent mode bagi mengelakkan ia menganggu diri kamu untuk bekerja.
Jom kita mulakan tugas dengan bahagia dan ceria. Perkasakan diri dan peribadi unggul supaya kita dapat lebih produktif dan bekerja dengan lebih cergas! Bila kita sungguh-sungguh bekerja, maka rezeki juga bersungguh-sungguh akan sampai ke kita.