Deko & Hias

7 Barang Pembersih Rumah Wajib Ada, Boleh Dibeli Di Pasaraya RM 2 Je!

Sesibuk mana pun seorang wanita, mesti juga akan menjaga kebersihan rumah supaya sentiasa terurus dan kemas. Oleh itu, persediaan barangan keperluan pembersih rumah amatlah penting dan mengikut keperluan bajet juga. Tak payah mahal-mahal, ini adalah senarai 7 barang keperluan wajib ada di rumah yang anda boleh beli di kedai ekonomi RM 2 sahaja!

BARANG PEMBERSIH RUMAH WAJIB BELI DI PASARAYA RM 2

Dulu tak obses sangat dengan kedai ni. Tapi sejak selalu pergi eco dan mula terjebak. Sebab jimat. Dan barang-barang yang depa jual pon berguna hehe. Ni antara barang yang kami rasa sangat membantu kita suri rumah yang selalu duk buat keja rumah tu. Jadi kami nak share kat hampa antara barang yang penting wajib ada kat rumah.

1. WASHABLE STICKY ROLL

Sebelum ni kami guna roller ikea tu. Lepas dh jumpa yang ni siap boleh basuh lagi. Rasa lagi jimat kot. Sebab ni benda wajib ada kat rumah.

Fungsi : Selain buang bulu-bulu kecik, boleh juga kutip rambut kecik or habuk dekat karpet kalau malas guna vacuum

2. STAIN REMOVER

Sejenis peluntur sama macam clorox. Tuang dalam mangkuk tandas biar 15 minit macam tu pastu flush tak payah gosok hilang segala kotoran huhu. Untuk lantai pon boleh tuang pastu biar sekejap. Baru cuci ye. Elakkan kena kulit ye.

3.MICROFIBRE CLOTH

Cara paling cepat dan senang nak lap habuk tak payah pakai bulu ayam bagai bukan lagi bersih lagi habuk p merata. Guna yang ni paling senang dan paling clean. Sarung ja kat tangan pastu lap lah mana tempat yang berhabuk tu. Wajib beli !

4. SUPER TOT PENCUCI LANTAI

Walaupun RM2.12 tapi dia punya fungsi memang berguna. Wangi dan berkilat. Dia punya wangi tu wangi sungguh. Yang penting tak payah nak bilas dan tak melekit.

5. WET TISSUE

Ni kalau hampa nak lap kotoran kat meja makan or atas perabot. Mudah kan?

6. PENCUCI TANDAS

Ni untuk cucian mingguan jaa. Tak sekuat stain remover. Tapi not bad untuk kotoran biasa.

7. PLASTIK SAMPAH WANGI

Sebelum ni duk beli kat Tesco mahai kemain hahaha nasib dah jumpa kat kedai ECO. Memang wangi, kami letak dalam bilik dan dapur. Wangi sungguh. Ni kalau boh pampers anak elok sangat lah.

Sumber : Noor Hafizah

Yang Popular

To Top