Asuh

7 Aktiviti Menyeronokkan Yang Boleh Dilakukan Oleh Anak Hiperaktif Untuk Kekal Fokus

52
SHARES

Adakah anak anda seorang yang hiperaktif? Kalau ya, mungkin ramai dalam kalangan ibu bapa yang menyatakan bahawa agak penat untuk melayan kerenah anak-anak hiperaktif ini. Perilaku hiperaktif tersebut dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Mungkin susah untuk anak-anak hiperaktif untuk bergaul dan fokus dengan keadaan sekeliling tetapi ada caranya untuk melatih mereka. Nak tahu apa aktiviti atau ‘games’ yang bagus untuk anak-anak hiperaktif lakukan bagi melatih diri mereka? Jom kita baca idea-idea yang menarik ini!

1. Karate atau Seni mempertahankan diri

http://www.ewama.com/

http://www.ewama.com/

Seperti yang kita tahu, karate atau juga dikenali sebagai karate-do adalah seni mempertahankan diri yang berasal dari negara Jepun. Adalah amat sesuai bagi anak-anak hiperaktif untuk menyertai kelas karate kerana, melalui akitiviti ini mereka mempelajari pelbagai postur. Mempelajari pelbagai postur dan gerak badan dapat menjadikan anak hiperaktif ini lebih fokus dan berkeyakinan tinggi.

2. Aktiviti bersukan

http://thechildrensfoundation.ca/

http://thechildrensfoundation.ca/

Aktiviti luar atau sukan yang sangat sesuai dilakukan oleh anak-anak hiperaktif adalah seperti bola sepak, bola jaring, dan badminton. Hal ini kerana, aktiviti sukan sebegini tidak menghadkan pergerakan mereka. Anak-anak akan bebas bergerak semasa beraktiviti justeru, dapat melatih mereka tentang erti semangat berpasukan. Aktiviti sebegini juga dapat memberikan kepuasan kerana banyak menggunakan kekuatan badan sendiri.

3. Musik

http://www.cmuse.org/

http://www.cmuse.org/

Ternyata, musik adalah salah satu cara yang sangat efektif untuk menenangkan fikiran. Begitu juga kepada anak-anak hiperaktif. Anda boleh cuba melakukan aktiviti yang melibatkan musik selepas waktu persekolahan seperti, belajar menyanyi atau bermain alat musik walaupun hanya alat musik permainan. Ini dapat membantu perkembangan otak anak-anak dan juga melatih anak supaya dapat ‘multi-task’ dalam segala aktviti mereka.

4. Renang

http://bwoinsurance.com/

http://bwoinsurance.com/

Selain dari pergerakan yang bebas dan membakar kalori, aktiviti renang juga dapat mendisiplinkan diri kita khususnya anak-anak hiperaktif. Tahukah anda, pemenang pingat emas renang Sukan Olimpik, Michael Phelps, telah disahkan mengalami sindrom ADHD sejak berumur 9 tahun lagi. Beliau mengambil kelas renang untuk melatih diri supaya lebih fokus dan lebih bijak menguruskan penyaluran tenaga tubuh. Jadi, bagi ibu bapa yang berkemampuan, anda boleh menghantar anak ke kelas berenang supaya dapat dilatih oleh pakar.

5. Drama atau teater

peninsulatimes.wordpress.com

peninsulatimes.wordpress.com

Aktiviti yang melibatkan drama atau teater adalah salah satu cara kreatif bagi mengembangkan lagi aktiviti anak-anak hiperaktif. Aktiviti sebegini memerlukan keyakinan, disiplin dan daya memori yang tajam untuk menjayakannya. Justeru, ia bagus untuk anak-anak hiperaktif dalam membina keyakinan diri dan kebolehan berkomunikasi.

6. Aktiviti bersama ‘nature’

pandaneo.com

pandaneo.com

‘Nature’ disini membawa maksud alam. Merentas desa, berkayak dan berkhemah adalah antara aktiviti yang boleh dijadikan idea untuk anda lakukan bersama-sama anak yang hiperaktif. Bukan sahaja dapat menenangkan fikiran, malah anak-anak hiperaktif ini dapat mempelajari tentang alam persekitaran.

7. ‘Permainan otak’

www.pinterest.com

www.pinterest.com

Permainan yang melibatkan penggunaan otak untuk berfikir adalah aktiviti yang menarik untuk anak-anak hiperaktif. Contohnya, catur, ‘scrabble’, dan silang kata adalah antara permainan yang boleh anak-anak anda lakukan. Aktiviti ini sangat sesuai untuk anak-anak yang tidak gemar untuk duduk diam agar mereka lebih tenang dan fokus.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×