DIY & Kraf

6 Barang Dapur Ini Mampu Untuk ‘Lenyapkan’ Terus Kerak Hitam Kuali & Periuk!

74
SHARES

Masalah kuali dan periuk berkerak hitam memang menyakitkan mata. Dah cuba buat macam-macam tapi yang dapat cuma penat, kuali dan periuk masih sama. Jangan pening, ada cara yang boleh dicuba dan dijamin berkesan untuk dapatkan semula kuali dan periuk lama kelihatan seperti baharu di beli. Mudah sangat sebab anda cuma perlu gunakan bahan-bahan yang dah sedia ada di dapur rumah.

CARA HILANGKAN KERAK HITAM PADA KUALI

1. CUKA

Rebuskan cuka dalam periuk yang hangus tadi. Rendamkan seketika hingga periuk betul-betul sejuk. Kemudian, sental seperti biasa.

2. GARAM

Caranya sangat senang. Cuma panaskan air dalam periuk yang hangus tadi dan masukkan sedikit garam. Kemudian, sentalkan dengan sudip sambil mengikis periuk tadi.

3. LEMON

Lemon juga terkenal sebagai bahan pencuci yang bagus. Cuma potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Biarkan sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk seperti biasa.

4. KENTANG

Ada dua cara untuk menggunakan kentang. Pertama, gunakan sebagai skrub dengan menaburkan sedikit garam seperti dalam gambar. Cara ini biasanya berkesan untuk karat periuk akibat telah lama tak dipakai. Kalau periuk ada kesan hangus yang kental, anda boleh menggunakan kulit kentang. Caranya, letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak. Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.

5. ASAM KEPING

Ambil segenggam asam jawa & masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang anda ingin cuci. Biarkan mendidih di atas api buat seketika. Kemudian, tunggu sejuk & gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi. Lakukan hingga kesan karat hilang.

6. SODA BIKARBONAT

Baking powder atau soda bikarbonat boleh digunakan bersama lemon atau cuka. Panaskan air dalam kuali hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat atau baking powder. Biarkan sejuk sebelum dicuci.

Mana tahu boleh nampak pantulan diri sendiri dekat periuk dengan kuali lepasni.

Sumber : CongkakKL

Most Popular

To Top
×