DIY & Kraf

5 Tips Penjagaan Wiper Kereta, Elak Selalu Rosak & Kabur Ketika Hujan

18
SHARES

Penjagaan kereta adalah penting begitu juga dengan penjagaan wiper yang merupakan antara aksesori yang terdapat pada setiap kereta. Ia berfungsi membersihkan kotoran yang terdapat pada cermin kereta dan memastikan kelancaran perjalanan anda terutama dalam cuaca hujan lebat. Berikut merupakan tips penjagaan wiper bagi mengelakkan kerosakan cermin dan memastikan cermin serta kereta dalam kondisi baik dan selamat untuk pemanduan.

5 TIPS PENJAGAAN WIPER

1. JANGAN GUNAKAN WAKTU KERING

Wiper hanya boleh digunakan pada permukaan basah sahaja jadi jika anda gunakan ia pada permukaan kering, wiper akan lebih cepat haus. Pastikan anda menggunakan pancuran air untuk membasahkan cermin terlebih dahulu sebelum membersihkan habuk dan kotoran yang ada pada cermin.

2. BERSIHKAN BILAH WIPER

Anda perlu elakkan pengumpulan kotoran seperti pasir dan debu pada bahagian bawah bilah dengan cara mengelapkannya menggunakan kain lembap agar tidak mencalarkan windscreen. Buat setiap minggu atau sekurang-kurangnya setiap kali anda mencuci kereta.

3. PASTIKAN CERMIN HADAPAN BERSIH

Seandainya anda sering dan suka menggunakan pengelap cermin jenis mop yang terdapat di stesen-stesen minyak, sila beri perhatian kerana air untuk mengelap tersebut jarang ditukar jadi kemungkinan anda akan menggunakan air yang kotor semasa mengelap cermin kereta.

4. PASTIKAN PENGELAP CERMIN DIPASANGKAN DENGAN SEMPURNA

Bagi yang sering menukar wiper, pastikan pengelap cermin dipasang kemas semula ditempatnya. Buka penutup skru dan tengok skru di bahagian bawah sebagaimana dalam gambar. Pengelap cermin tidak boleh terlalu ketat ataupun terlalu longgar.

5. GANTI ATAU TUKARLAH BILAH WIPER APABILA SUDAH TIBA MASANYA

Dicadangkan untuk menukar bilah wiper pada 6 bulan. Jika anda lihat wiper anda telah merekah, kering mahupun terbelah, itu menandakan wiper perlu ditukar.

Sumber: protonlala , wapcar.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×