Famili

5 Tips Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak dari Nana Mahazan

15
SHARES
Tips Berhenti Kerja

Masih ingat Nana Mahazan? Bekas pelajar Akademi Fantasia 1 pada 12 tahun yang lepas? Kini sudah bergelar ibu kepada dua orang anak iaitu, Atilia 5 tahun dan Aaqib 1 tahun 3 bulan.

Nana Mahazan sebelum ini pernah bekerja di Stesen Radio Era dan juga Stesen Radio X-FM sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja untuk menjaga anak-anaknya dan sekarang membuat kerja-kerja freelance!

Nana Berkongsi Pengalaman Menjaga Anak dengan Dettol

Nana Berkongsi Pengalaman Menjaga Anak dengan Dettol

Nana yang kami temui di Majlis Pelancaran Produk Dettol dari Extrak Timun semalam berkata apa yang membuat beliau berniat untuk berhenti kerja adalah kerana ingin menjaga sendiri anak-anaknya. Bukan mudah untuk bekerja dan menjaga anak, kadang kala rasa ingin melihat anak membesar depan mata menjadikan ia faktor utama Nana Mahazan berhenti kerja.

Nana Berhenti Kerja Kerana Anak

5 Tips Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak

Beberapa tips yang dikongsikan oleh Nana untuk ibu yang baru melahirkan anak, samaada perlu berhenti kerja ataupun tidak dan beberapa faktor yang perlu di ambilkira apabila ingin membuat keputusan untuk berhenti kerja menjaga anak.

1. Kuatkan hati, ingin lihat anak membesar depan mata

Selepas 5 bulan melahirkan anak pertama, Nana merasakan dia ingin menjadi orang pertama melihat anak bangun pagi, melihat apa yang anak makan dan melihat anak berjalan setiap hari. Apabila bekerja agak sukar untuk melakukan semua itu.

2. Percaya rezeki anak pasti ada

Memang tidak dinafikan, ramai wanita bekerja sukar untuk berhenti kerja kerana ingin membantu meringankan beban suami.

Menurut Nana, walauapun beliau berhenti kerja, tidak bermakna beliau tidak mampu meringankan beban suami. Tetapi, walaupun berhenti kerja, Nana tetap buat side income.

Kita perlu percaya pada rezeki Allah. Rezeki Allah ada dimana-mana dan orang sering kata, rezeki anak pasti ada.

Kalau niat baik, niat untuk jaga anak dan jaga family, pasti Allah permudahkan.

3. Biasakan diri untuk berbelanja kecil

Apabila ingin berhenti kerja, pasti income yang menjadi perkara yang ditakutkan. Apa tidaknya, dulu dapat income secara tetap tetapi selepas berhenti kerja, mungkin sudah tiada pendapatan selain dari nafkah suami.

Apa yang perlu dijangkakan, apabila berhenti kerja ada masa tiada duit setiap bulan. Tapi untuk mereka yang pandai buat kerja sambilan, pasti dapat side income walaupun tidak mencapai tahap seperti pendapatan tetap sebelum ini.

4. Kuatkan mental

Menjadi seorang surirumah bukanlah bergantung pada fizikal semata-mata. Ia lebih kepada cabaran mental sebenarnya. Ada orang yang tidak suka duduk di rumah sahaja kerana sudah terbiasa pergi bekerja. Tidak boleh kalau tidak keluar rumah, dan apabila duduk dirumah akan rasa tertekan. Macam Nana sendiri, mula-mula rasa begitu juga. Lama-lama, pujuk diri sendiri agar Nana boleh duduk rumah.

Dan kalau anda sudah buat keputusan untuk jaga anak,  mental kena kuat.

5. Pastikan buat kerja non-stop untuk elak kebosanan

Apabila membuat keputusan untuk berhenti kerja, anda sebenarnya memiliah untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Kalau di pejabat dahulu, kita sanggup berhempas pulas buat kerja sungguh-sungguh, begitu juga di rumah. Kita juga mesti buat kerja sungguh-sungguh. Bukan untuk orang lain, untuk keluarga kita juga.

Apabila berada di rumah, pasti akan ada kerja dan ada kala memang kerja non-stop! Bila kita kerja non-stop, kita tidak akan fikir bukan-bukan. Anak-anak pasti akan jadi penyeri bila kita kepenatan.

Jadi ibu-ibu yang terfikir untuk berhenti kerja, kena kuatkan mental untuk jaga anak dan juga buat kerja rumah.

Kata akhir

Perkembangan terbaru, Nana kini berkongsi pengalamannya mengenai kehidupan semasa mengandung, selepas bersalin dan menjaga anak, dengan menerbit sebuah buku berjudul  Life’s A Na.. Na.. Na.. Tapi sekarang buku sudah out-of-stock. Sebarang maklumat mengenai buku Life’s A Na.. Na.. Na.. boleh ke laman Instagram Nana Mahazan.

Nana Mahazan Menyusukan Anak Secara Exclusive

Foto kredit : Facebook Nana Mahazan

Sebagai seorang ibu, saya sendiri akan mengajak anak bermain diluar dan biarkan anak berpeluh. – Nana Mahazan

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=iC5aZ-C55pw]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×