Famili

5 Artis Yang Mulakan Kerjaya Mereka Dengan Program Idola Kecil! Mana Yang Paling Anda Ingat?

413
SHARES

Kadang-kadang bila nampak artis dekat tv mesti anda macam terfikir. Dia ni dari program yang mana eh? Mentor ke, Ceria Popstar ke?  Fikir punya fikir lama-lama ke Google. Tapi kadang-kadang Google pun tak membantu tau. Tak boleh tidur dibuatnya memikirkan benda ni! Muka familiar, tapi tak tahu selalu nampak dekat mana.

Ha, kalau anda nak tahu, banyak sebenarnya artis- artis atau pelakon yang anda lihat sekarang ni mulakan kerjaya mereka dengan Program Idola Kecil! Anda tak perasan sebab tiba-tiba je bila keluar TV mereka semua ni dah besar!

Antaranya yang dekat bawah ni lah, yang mana satu yang paling anda kenal?

Harris Alif

Nor Harris Alif bin Nor Rashidi atau lebih dikenali sebagai Harris Alif ni merupakan Juara Program Idola Kecil Musim ketiga pada tahun 2010! Beliau kini merupakan seorang pengacara TV, penyanyi dan juga pelakon. Harris Alif juga merupakan suami kepada pelakon terkenal Intan Ladyana!

Afiq Shazwan

Pelakon dan juga pengacara yang berasal dari Klang, Selangor ni merupakan antara peserta yang berjaya ke peringkat akhir Idola Kecil Musim Pertama! Wow! Masa tu Idola Kecil ni ditayangkan di TV9 pada tahun 2008!

Beliau telah membintangi pelbagai siri drama TV termasuklah Elly & Epit, Wadi, Miss Kapten Cikgu Waiz dan sebagainya. Terbaru, beliau juga bergandingan dengan Tajul untuk lagu mereka, Malam Semakin Dingin.

Dayana Amerda

Mula dikenali selepas menjadi juara dalam Idola Kecil Musim ke-2, Dayana kini merupakan seorang pelakon dan juga penyanyi! anda mungkin pernah lihat lakonan beliau dalam Idola Kecil 2: The Series, Misteri Rumah Tua, Qaseh Bunian, Pondok Plastik Tepi Kubur, Ariana Rose dan macam-macam lagi.

Beliau juga mempunyai album yang berjudul- Impian Yang Satu. Selepas mengundurkan diri dari dunia seni, pada awal tahun 2019, beliau telah dilantik menjadi Ikon Pertubuhan Kebajikan Aurat Malaysia

Kini beliau aktif menerima undangan forum berkenaan penghijrahan beliau dan hal-hal agama.

Haqiem Rusli

Siapa tak kenal penyanyi Tergantung Sepi ni kan? Penyanyi yang berasal dari Hulu Langat ni merupakan Naib Juara Idola Kecil Musim Pertama! Beliau yang berjaya melayakkan diri ke separuh akhir dan seterusnya merangkul tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu ke-32 dengan lagu Tergantung Sepi.

Haqiem juga merupakan seorang komposer dan bakatnya telah diiktiraf oleh Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) dengan memenangi Anugerah Komposer Muda Berpotensi 2019. Haqiem juga turut mendapat anugerah khas daripada Astro dalam kategori Komposer Meningkat Naik di Konsert Throwbaek 2019.

Pada tahun 2020, beliau telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33!

Syada Amzah

Adik kepada penyanyi terkenal Shila Amzah ni juga merupakan alumi Idola Kecil tau. Beliau merupakan peserta Idola Kecil Musim Keempat pada tahun 2008 dan berjaya mendapat tempat ke-4!

Anda mesti selalu tengok lagu-lagu yang di-cover oleh Syada Amzah di Instagram beliau kan? Ha memang sedap betul suara beliau tu. Syada Amzah telah terpilih untuk menyertai rancangan realiti di Malaysia iaitu Big Stage 2!

Program Idola kecil ni kalau anda nak tahu dah ada musim terbaru dan kini dipanggil Idola Kecil di Rumah!

Jangan risau pasal SOP sebab tahun ini Idola Kecil ni dibuat dari rumah je. Sebab tulah namanya Idola Kecil Di Rumah!

Program ini mengetengahkan bakat-bakat terpendam yang adik-adik kita ni ada. Memang power habis semua ni. Baru berapa episod tapi dah nampak yang persaingan akan lagi sengit!

Program yang di hostkan oleh Sissy Iman ni akan ditemani oleh Alumi-alumi Idola Kecil yang berbeza pada setiap minggu. bukan it sahaja, adik-adik ni juga akan dapat tips dan nasihat daripada akak-akak dan abang-abang artis yang lain macam Awal Ashaari, Diana Danielle dan sebagainya!

Lagi la semangat mereka nak berentap kan?

Masih lagi bersiaran, anda boleh saksikan show ini di TV3, setiap hari Ahad, Jam 3 Petang!

Lagi best sebab untuk musim kali ini, program ini ditaja oleh Scotts!

Siapa tak tahu brand Scotts ni kan? Antara produk mereka yang paling dikenali ialah Scott’s Emulsion! Lagu iklannya bermain di fikiran kita selalu!

Memang padan sangat lah produk Scott’s ni dengan Program ini sebab kalau anda tengok show ni, peserta-peserta ni semua bukan main petah berkata-kata! Tinggi betul IQ mereka.

Scott’s kini ada dalam bentuk gummies!

Paling best sebab Scott’s Gummies dengan DHA terdapat dalam campuran 3 perisa dan warna, semuanya dalam satu botol.

Mesti hari-hari anak-anak akan berteka teki warna apa agaknya yang akan mereka dapat haritu.

LENGKAP DENGAN ASID LEMAK OMEGA-3 YANG KANAK-KANAK PERLUKAN!

Scott’s Gummies dengan DHA  mengandungi Vitamin D yang dapat membantu penyerapan kalsium dan fosforus.

Hanya 3 gummies sehari bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas dan diambil di bawah pengawasan orang dewasa. 3 gummies sehari ni dah boleh membantu kanak-kanak dapatkan DHA yang mereka perlukan.

Lagi best sebab dengan teknologi Microencapsulated ni, ia mampu untuk mengekalkan kebaikan ikan dalam gummies tanpa sebarang bau. Tiada alasan untuk anak anda menolak gummies ni lah!

Selain itu, Scott’s Gummies dengan DHA juga mengandungi Vitamin D, yang dapat membantu penyerapan kalsium dan fosforus. Kalsium adalah penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat pada kanak-kanak.

Jangan risau sebab, Scott’s mempunyai rangkaian produk mampan yang terus berkembang dan berinovasi bagi memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak.

Dapatkan dalam bentuk botol atau peket!

Anda boleh dapatkan Scott’s Gummies dengan DHA  ni dalam bentuk botol atau dalam bentuk peket di farmasi-farmasi yang berdekatan. Nak beli online pun boleh juga.

Ha jangan tunggu lama-lama untuk dapatkan Scott’s Gummies dengan DHA ni! Cara yang paling mudah untuk berikan anak-anak suplemen yang lebih berkhasiat dan sedap!

 

PM-MY-SCT-21-00228

 

 

 

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×