Adakah anak anda mempunyai masalah penghadaman? Mudah merasa jengkel? Kurang berminat untuk bermain? Menangis sepanjang hari disebabkan ketidakselesaan perut? Pembelajaran dan interaksi sosial mereka terganggu?
Jadi bagaimana hendak tahu sistem penghadaman anak kita berada di dalam keadaan yang baik?
- Selera makan yang baik
- Tabiat makan dan minum yang sesuai mengikut usia
- Pencapaian fizikal dan psikologi mengikut usia
- Tiada tanda-tanda ketakcernaan, cirit-birit, muntah, sembelit, kembung perut atau cerewet dengan makanan.
Berikut merupakan 3 sebab utama mengapa anak anda perlukan sistem penghadaman yang baik.
1. Nutrien yang diambil mungkin sia-sia
Sistem penghadaman yang baik akan memastikan anak anda mendapat khasiat daripada makanan yang dimakan. Sebaik bermulanya gigitan pertama, proses mengunyah dan air liur akan mula memecahkan makanan bagi membolehkan ia melalui tiub esofagus ke dalam perut; di mana kesemua makanan akan bercampur dan dikisar menjadi cecair atau pes. Makanan ini kemudian tiba di usus kecil, di mana nutrien diserap ke dalam badan. Akhir sekali, sisa makanan bergerak melalui usus besar dan bertukar menjadi najis, yang anak-anak kita kemudiannya akan mengosongkan dari usus dengan penggunaan lampin atau ke tandas.
Sebab itulah sistem penghadaman yang baik akan memastikan nutrien daripada makanan yang diambil akan dapat diserap dengan baik oleh badan anak anda. Setiap organ di dalam sistem penghadaman perlu bekerjasama untuk menukar makanan kepada nutrien penting yang boleh diserap badan anak anda.
2. Kadar pertumbuhan badan terganggu
Adakah anda risau dengan kadar pertumbuhan badan anak anda? Pastikan anda memantau dengan merujuk kepada carta pertumbuhan bagi memastikan anak anda membesar dengan sihat. Barangkali kadar pertumbuhan badan anak anda sedikit terganggu kerana badan tidak dapat menyerap nutrien dengan sebaiknya yang diperlukan untuk membesar.
3. Tingkatkan kesihatan anak anda
Jika anak anda sering sahaja demam dan kurang aktif, percayalah dengan sistem penghadaman yang baik; ia akan banyak membantu. Kalau selama ini, anak anda tidak dapat menyerap nutrien walaupun kerap memakan makanan yang berkhasiat – dengan sistem penghadaman yang baik ia pastinya membantu.
Tetapi kini anda tidak perlu risau, kerana terdapat produk baru yang dapat membantu anak anda memperolehi sistem penghadaman yang baik.
Friso Gold memelihara nutrien untuk penghadaman mudah
FrisoGold menghasilkan teknologi LocNutri™ yang memelihara nutrien hampir mengikut bentuk asalnya, supaya ia boleh dihadam dengan mudah.
Bagaimanakah LocNutri™ berbeza daripada kaedah pemprosesan susu yang lain? Kebanyakan makanan biasanya diproses dengan haba yang tinggi. Proses ini merosakkan atau memusnahkan struktur semula jadi nutrien. Nutrien yang rosak tidak mudah diserap oleh badan dan juga boleh menjadi punca masalah pencernaan dan masalah perut yang lain.
Teknologi LocNutri™ memproses rumusan dengan rawatan haba sederhana, ini bermakna stuktur nutrien akan terpelihara. Nutrien ini lebih mudah untuk diserap dan akan memainkan peranan penting dalam perkembangan menyeluruh kanak-kanak, ini termasuklah pembinaan otot, kulit dan tulang.
Dengan sistem penghadaman yang sihat, kanak-kanak akan lebih bersedia dan bersemangat untuk menikmati tahun-tahun tumbesaran bersama ibu bapa mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rumusan Friso Gold baharu yang dipertingkatkan dengan teknologi LocNutri™, sila layari www.frisogold.com.my.