Bola sepak merupakan antara sukan bersifat universal yang digemari di serata dunia. Lagi-lagi sesiapa yang ada anak-anak kecil tu. Ada antara mereka jadikan sukan tersebut sebagai hobi dan ada juga yang bercita-cita untuk menjadi pemain bola yang berjaya tau!
Oleh itu, dengan kempen Pediasure Grow to Great ™ yang dihasilkan oleh Pediasure iaitu hasil kerjasama Abbott bersama Real Madrid pada hari ini ingin membantu semua kanak-kanak dan remaja di Malaysia dalam mengejar impian bola sepak dan merealisasikan potensi pertumbuhan sebenar mereka dengan latihan serta sokongan pemakanan yang betul.
Jom tengok mereka belajar mengenai nutrisi dari Abbott dan juga bagaimana siri dokumentari ini berlangsung.
Abbott tampil mempromosikan nilai dalam sukan bagi menyokong tumbesaran kanak-kanak di seluruh dunia
Abbott sebagai Rakan Kongsi Rasmi Kesihatan Nutrisi Real Madrid FC tampil dalam mempromosikan nilai yang wujud dalam sukan seperti mendidik, menyokong, memupuk dan membangunkan kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia.
Untuk pengetahuan anda, menurut Statistik terkini, National Health and Morbidity Survey (NHMS) menunjukkan hampir 1 daripada 5 kanak-kanak Malaysia di bawah umur 5 tahun terbantut¹ dan remaja Malaysia adalah 6cm lebih pendek daripada remaja di seluruh dunia² tau! Ini kerana mereka tidak mendapat nutrisi yang mencukupi.
Pada 5 tahun pertama, penting untuk anda membekalkan nutrisi yang seimbang kepada mereka. Hal ini kerana, hampir 60% ketinggian fasa akhir kanak-kanak adalah pada usia ini dimana nutrisi yang seimbang memainkan peranan sebanyak 80%, manakala 20% selebihnya pula dipengaruhi oleh faktor genetik³.
Jadi, bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan dan bagaimana ia boleh membantu mengatasi masalah bantut ni adalah dengan mengambil pemakanan yang lengkap dan seimbang. Ia adalah penting untuk menunjukkan kepada ibu bapa bagaimana isu ini boleh dicegah dengan sokongan dan pemakanan yang betul untuk membolehkan setiap kanak-kanak berkembang menjadi hebat sehingga ke potensi optimum mereka.
Disamping itu, menerusi program Pediasure Grow to Great™ yang dilancarkan, PediaSure akademi membantu pemain cilik mencapai potensi pertumbuhan sebenar mereka dengan latihan terbaik!
Program siri dokumentari sebanyak 6 episod berdurasi 30 minit yang bertajuk Pediasure Grow to Great™ bakal dilancarkan dan disiarkan tidak lama lagi. Rancangan ini merangkumi perjalanan emosi dan inspirasi 15 anak muda di Malaysia berumur antara 13 tahun ke bawah, yang menjalani latihan untuk menjadi generasi pemain bola sepak yang berjaya.
Mereka akan menjalani latihan di bawah bimbingan ketua jurulatih Rudie Ramli, bekas pemain kebangsaan dan Liga Super Malaysia serta pemain veteran tempatan yang terkenal selama 4 minggu.
Anak-anak anda dapat meningkatkan prestasi mereka dengan nutrisi yang lengkap & seimbang dari PediaSure!
Tujuan kempen dan program ini diadakan adalah untuk menunjukkan peningkatan dalam pertumbuhan badan, ketinggian dan kekuatan fizikal dengan bantuan PediaSure bagi mereka mencapai misi untuk menjadi pemain bola sepak Malaysia generasi akan datang.
Selain itu, ia memberi peluang buat semua penonton terutamanya ibu bapa bagi memahami bagaimana pemakanan boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi dan menyokong pertumbuhan mereka. Penekanan ini akan diberikan kepada pengambilan kanak-kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah yang mempunyai bakat tetapi tiada peluang untuk bersama-sama sertai.
Ada pelbagai aktiviti yang mereka bakal diterokai sepanjang program tersebut!
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung adalah saringan kesihatan, sesi latihan, trivia health challenges, kelas public relation dan nutrisi, dan escape room challenge. Melalui aktiviti ini mereka akan diajar, diuji serta diserap dengan pelbagai ilmu bagi tumbesaran yang baik dan sihat!
Para pemain akan menginap di Academy PediaSure di mana mereka telah menyediakan kemudahan dan peralatan terbaik untuk kemudahan harian mereka. Ini adalah untuk meningkatkan dan menunjukkan pertumbuhan dan kemajuan mereka semasa latihan.
Bukan tu saja, ada ganjaran menarik yang akan diberi pada akhir program itu nanti!
Bagi memastikan pemain meningkatkan pertumbuhan badan, penambahan ketinggian dan mengurangkan hari sakit, produk PediaSure akan dibekalkan kepada mereka sebanyak 2 gelas setiap sehari untuk diminum dan termasuk latihan yang betul dibimbing oleh pakar dan diet pemakanan seimbang.
Para pemain juga akan dapat melihat sejauh mana perkembangan mereka dari awal sehingga sepanjang siri ini berlangsung, baik dari segi kemahiran dan fizikal, dengan bantuan PediaSure.
Sebagai penghargaan atas kerja keras, pemain akan diberikan ganjaran bagi setiap tugasan yang mereka lakukan. Untuk episod akhir, pemain berpeluang untuk makan tengah hari di hotel, membawa pulang hadiah serta pelbagai barangan Real Madrid. Wahhh! Seronok kan!
Suplemen pemakanan PediaSure ini mengandungi pelbagai jenis nutrisi & dapat membantu meningkatkan fungsi imun anak anda!
PediaSure ialah suplemen pemakanan kanak-kanak yang lengkap & seimbang untuk kanak-kanak berumur 1-10 tahun yang terbukti secara saintifik untuk tumbesaran 50% lebih cepat dan kurang hari sakit⁴. Ia dirumus dengan 38 nutrien utama termasuk Arginina dan Kalsium untuk tulang yang lebih panjang dan kuat⁵‚⁶ bersama dengan pre & pro-biotik untuk menyokong sistem imun.
Selain itu, PediaSure juga merupakan suplemen pemakanan kanak-kanak No.1 yang disyorkan oleh pakar!*
Dengan produk PediaSure 10+ baharu ni, ia mampu memberikan nutrisi seimbang lengkap pertama yang dirumus secara saintifik untuk remaja 10-15 tahun untuk mengejar peluang pertumbuhan terakhir. Ia juga dirumus dengan Triple Growth System untuk meningkatkan ketinggian, tenaga dan menyokong fungsi imun.
Jom bantu anak anda berkembang menjadi hebat dengan PediaSure & jangan lupa untuk menonton program Pediasure Grow to Great™!
Jangan lupa untuk menonton program siri dokumentari Pediasure Grow to Great™ yang bakal disiarkan di TV3 setiap Sabtu jam 7 malam pada 27 Ogos sehingga 1 Oktober ini!
Jom sama-sama kita memahami bagaimana pemakanan boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi mereka dan penting dalam menyokong pertumbuhan mereka. Ketahui lebih lanjut mengenai PediaSure di SINI.