Hebahan

11street Rai Ulang Tahun Pertama Dengan Tawaran ‘Shocking Deals To Life’

1
SHARES

11street  (www.11street.my), e-mall Malaysia paling mengujakan meraikan ulang tahun pertamanya dengan membawakan tawaran Shocking Deals To Life, sambutan bertemakan karnival bagi berkongsi kegembiraan dalam berjimat serta membeli belah atas talian. Ini semua sebagai tanda penghargaan kepada pengguna atas sokongan padu mereka sejak pelancarannya pada 11 April 2015.

CEO 11street, Hoseok Kim berkongsi demi bergerak ke hadapan, 11street ingin terus memperluaskan asas pelanggan dan meningkatkan pengalaman pengguna sedia ada dengan seksyen Shocking Deals* yang telah dioptimumkan untuk aplikasi mudah alih.

????????????????????????????????????

Memperkenalkan Celcom Xpax’s Reload Savings untuk Magic SIM

Pada karnival ulang tahun pertamanya, 11street turut mengumumkan kerjasama dengan XPax, jenama unggul prabayar untuk belia di bawah Celcom Axiata Berhad dengan melancarkan 10% Penjimatan Pra-bayar Ekslusif Sepanjang Tahun untuk Magic SIM sebagai sebahagian daripada Shocking Deals, di mana pelanggan baharu Magic SIM boleh menikmati lebih banyak kredit dengan Shocking Deals yang mengujakan ini.

Pada acara itu, Ketua Pemasaran & Pegawai Jualan Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, “Kini, hampir 80% daripada pelanggan Celcom adalah pengguna prabayar. Bagi memanfaatkan pengguna kategori ini dan juga untuk menarik lebih ramai pelanggan prabayar, promosi sepanjang tahun kami menawarkan penjimatan yang mengejutkan”, katanya.

“Bekerjasama dengan 11street akan memperluaskan lagi ruang bagi pelanggan-pelanggan kami untuk mendapatkan produk kami. Tambahan pula, promosi penjimatan tambah nilai sepanjang tahun akan memanfaatkan para pelanggan kami,” tambahnya lagi.

Magic SIM yang baru boleh dibeli melalui aplikasi 11street yang membolehkan pengguna menikmati diskaun 10% untuk setiap tambah nilai di 11street bagi 12 bulan akan datang.

Memperkenalkan Duta Baru 11street – Zizan Razak dan Elizabeth Tan

Selain daripada pelancaran promosi ekslusif simpanan tambah nilai, kedua-dua duta baharu jenama, Zizan Razak, pelakon dan penghibur dan Elizabeth Tan, buah hati Youtube yang kini seorang penyanyi membuat penampilan pertama mereka pada sambutan ulang tahun pertama 11street.

“Walaupun usia kami baru setahun, impian kami adalah untuk melangkah lebih jauh dan sebab itulah kami memilih dan menyambut Elizabeth dan Zizan ke dalam keluarga kami yang semakin berkembang ini. Mereka adalah kunci untuk membuka perjalanan kami untuk lebih dekat kepada pengguna di Malaysia bagi memenuhi keperluan dan keinginan membeli belah mereka.”

“Melihat kedua dua Zizan dan Lizzy, jenama segar dan dinamik seperti 11street boleh dikaitkan dengan keremajaan serta tenaga yang menyerlah melalui minat dan semangat mereka yang tidak mudah tunduk dan boleh melakukan apa saja. Berikutan dengan aura positif mereka berdua, kami percaya duo ini akan membawa 11street ke tahap yang lebih tinggi dan disayangi oleh semua rakyat Malaysia seperti sekarang”, kata Kim.

Sambil menikmati karnival penuh keriangan dan kejutan seperti permainan menarik, kupon, dan aktiviti, enam pemenang bertuah peraduan “Fly high LIKE A STAR with 11street” (Terbang tinggi SEPERTI BINTANG bersama 11street) telah diumumkan pada acara tersebut. Pemenang-pemenang bertuah ini memenangi peluang mengikuti pengalaman menaiki helikopter dan seterusnya menikmati sesi makan malam intim bersama kedua duta jenama 11street, Zizan dan Elizabeth.

Selain daripada itu, sebagai hadiah kepada pelanggan setia aplikasi 11street, 11street juga turut melancarkan “11 Days of Shocking Giveaways” dengan tawaran yang sangat menarik pada harga yang cukup rendah. Sepanjang kempen ini, kupon mengejutkan akan disediakan setiap hari untuk jenama-jenama popular, termasuk BHPetrol, Caring Pharmacy, Laneige, Melissa Shoes, OPPO, Seagate, Tefal, TGV dan banyak lagi.

*Shocking Deals di 11street menjanjikan harga rendah buat semua pengguna. Sekiranya pengguna menjumpai item yang sama tetapi dengan harga yang lebih rendah di mana-mana laman beli belah atas talian yang lain, mereka akan membayar balik 110% perbezaan dalam bentuk kredit kepada pengguna!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×