Dapur

Makanan Bayi Lebih Sedap Dan Mudah Dengan ‘Homemade’ Serbuk Ikan Bilis Ini. Jom Cuba!

264
SHARES

Kalau anda selalu mengikuti perkembangan Yusuf Iskandar iaitu anak kepada selebriti terkenal Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini, mesti anda pernah tengok ibunya masak menggunakan serbuk ikan bilis kan? Sebenarnya, semasa anak sedang membesar, lebih elok sekiranya kita menggunakan serbuk ikan bilis untuk bagi menggantikan penggunaan garam dalam makanan anak kecil. Jadi, cara yang lebih mudah adalah menggunakan serbuk ikan bilis. Dengar macam sedap kan? Jadi, inilah cara untuk membuatnya!

siraplimau.com

HOMEMADE SERBUK BILIS UNTUK MAKANAN BAYI

http://www.independent.co.uk/

Bila anak dah makin besar kan, mesti kita tak sabar nak masak macam-macam makanan untuk anak kan?
Seeloknya kita elakkan gula dan garam dalam masakan anak-anak. Boleh gantikan garam dengan serbuk ikan bilis untuk sedikit ada rasa masin.

Proses untuk buat serbuk ikan bilis ni seeloknya kita rendam dulu ikan bilis sekurang-kurangnya 4jam untuk pastikan 95% sodium larut. Kita ganti air rendaman tu supaya hilang rasa masin garam. Lepas tu tapis air dan sangai atas kuali. Tak perlu gunakan minyak. Sangai atau goreng ikan bilis tanpa minyak sampai garing atau rangup. Jangan sampai hangit pulak. Kemudian sejukkan dan blend sampai hancur.

Guna penapis untuk pastikan serbuk bilis betul-betul hancur dan halus. Penggunaan serbuk bilis tu tak perlu letak banyak. Cukup satu sudu kecil bergantung saiz hidangan anak.

p/s: Kenapa perlu rendam dulu? Sebab proses keringkan ikan bilis dari laut sama macam buat ikan kering. Garam digunakan sebagai bahan pengawet. Semoga bermanfaat untuk mommiess.

BAHAN-BAHAN DAN CARANYA

Ikan bilis

www.facebook.com/fadzielah.ayub

Gorengkan ikan bilis.

www.facebook.com/fadzielah.ayub

Kisarkan sehingga halus.

www.facebook.com/fadzielah.ayub

*Mudah saja kan? Lepas ni setiap kali nak masak, senang saja boleh digunakan terus.

Sumber: Fadzielah Ayub

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×