Famili

Vivo Tampil Dengan Vivo V11 Di Konsert Big Stage Separuh Akhir. Siapa Finalis Pilihan Anda?

9K
SHARES

Anda sekeluarga mesti berdebar menantikan konsert finale Big Stage kan? Maklumlah, masing-masing ada penyanyi pilihan yang anda yakin mampu merangkul gelaran juara.

Tentunya anda sudah menyaksikan para peserta berentap di konsert separuh akhir. Mereka tampil dengan vokal terbaik untuk peluang mara ke peringkat akhir. Terbaiklah!

Minggu Separuh Akhir Konsert Big Stage tajaan Vivo semakin sengit

Cepatnya masa berlalu. Konsert Big Stage tajaan Vivo ni dah masuk minggu separuh akhir. Konsert ini bersiaran secara langsung dari Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam. Saingan semakin sengit sebab minggu ni akan tentukan siapa yang akan mara ke final!

Tema Konsert Big Stage pada minggu separuh akhir ialah Road To Final. Dengar tema pun dah seram bukan? Lagu yang dinyanyikan oleh peserta untuk tema ini secara solo ialah Hajat, Crazy In Love, Hey Ladies, Kau Lupa Janji, Gerhana dan Melompat Lebih Tinggi. Naik bulu roma bila tengok persembahan solo mereka.

Tu baru tugasan pertama. Untuk tugasan kedua, peserta perlu menyanyikan lagu duet. Nak tahu siapa pasangan mereka dan lagu yang dinyanyikan? Tengok kat bawah ni. Persembahan nampak lebih hebat sebab artis jemputan pun bukan calang-calang! ?

  • Afieq Shazwan – Siti Nordiana : Muara Hati
  • Syafiq Farhain – Hazama : Joget Angan Tak Sudah
  • Wani Kayrie – Siti Sarah : Nisan Cinta
  • Baby Shima – Haiza : Ku Mahu
  • Ariff Bahran – Aepul Roza : Mama Papa Larang
  • Sarah Suhairi – Syamel : Perjalananku

Siapa juri jemputan? Kalau juri tetap di Konsert Big Stage ialah Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, kali ni agak berlainan. Tulus, penyanyi terkemuka dari Indonesia diundang sebagai juri jemputan untuk minggu separuh akhir. Favourite admin ni! ?

Peserta yang menjuarai Konsert Big Stage akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 bersama trofi sumbangan Astro. Manakala naib juara dan tempat ketiga akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi. Pemenang tempat keempat dan kelima masing-masing akan mendapat RM10,000 danRM5,000 beserta trofi.

Syafiq Farhain sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak BBNU Of The Week

Pengacara Konsert Big Stage, Alif Satar dan Sherry Alhadad sekali lagi mengumumkan Syafiq Farhain sebagai ‘Gempak BBNU Of The Week‘ untuk Konsert Big Stage minggu keenam. Banyak peminat rupanya Syafiq ni. Anda pun entah-entah salah seorangnya bukan? Hehe.

Baby Shima menjadi pemenang Vivo NEX Superstar, tahniah!

Kalau anda nak tahu, Konsert Big Stage minggu separuh akhir ada anugerah terbaru! Terkejut Baby Shima bila diumumkan sebagai pemenang Vivo NEX Superstar. Memang powerVivo NEX ternyata sangat sesuai dengan penampilan Baby Shima yang menarik seperti superstar! Tahniah Baby Shima!

Lima finalis Konsert Big Stage, siapa pilihan anda?

Keputusan telah pun dibuat. Ariff Bahran terkandas di Konsert Big Stage minggu separuh akhir. Memang sedih. Namun Ariff Bahran cukup berbangga dapat bertahan sehingga ke peringkat separuh akhir. Semoga Ariff Bahran tak patah semangat dan teruskan perjuangan dalam industri muzik tanah air ya!

Jadi, pasti sekarang anda dah tahu siapa yang akan mara ke final bukan? Sini admin bagitahu lagi. Lima finalis Konsert Big Stage ialah Afieq Shazwan, Wani Kayrie, Sarah Suhairi, Baby Shima dan Syafiq Farhain. Tahniah diucapkan! ?

Jangan lepaskan peluang untuk tonton Konsert Big Stage musim pertama yang bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, jam 9 malam, di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Dah final dah pun. Wajib tengok kalau nak tahu siapa juara okay? Tak sabarnya!

Vivo V11, smartphone terbaru daripada Vivo ni nampak lebih moden!

Dah bagitahu tadi yang Konsert Big Stage ditaja khas oleh Vivo bukan? Untuk pengetahuan anda, Vivo kini tampil dengan model terbaru, Vivo V11. Dilengkapi dengan pengimbas cap jari pada skrin, sentuh sahaja dengan jari, dah unlock. Kamera AI pada Vivo V11 juga beri rakaman sempurna untuk anda. Hebat betul!

Berapa harganya? Vivo V11 dijual dengan harga RM1,699 di seluruh negara. Anda boleh dapatkan Vivo V11 di Vivo Store (http://www.vivostore.com.my). Ada dua pilihan warna iaitu Starry Night (Hitam) dan Nebula (Biru dan Ungu). Admin pun dah usha. Warna Nebula tu macam menarik. Hehe. ?

Siapa yang bakal menjadi juara di Konsert Big Stage musim pertama? Kalau nak tahu, kenalah tonton Konsert Big Stage musim pertama, setiap hari Ahad, jam 9 malam, di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Debaran semakin hampir. Confirm saingan sengit nanti!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×