Pilihan Editor

[VIDEO] Persoalan & Teka-Teki, Iklan Raya Ini Boleh Buat Anda Bingung Fikirkan Jawapannya!

4.1K
SHARES

Tahun ini seperti kebiasaan, banyak video iklan raya yang dihasilkan dan ada yang dah jadi buah mulut netizen. Mana taknya, kebanyakan video membawa mesej yang bermakna dan jalan cerita yang menarik.

Ada lagi satu yang admin impressed sebab iklan rayanya ada teka-teki dan mesej dia memang mendalam!

LUAR NAMPAK KASAR, TAPI ISI LEMBUT. SIAPAKAH AKU?

Unikkan iklan raya daripada Sunway ni? Buat masa ni, Sunway je pakai konsep riddle. Nampak lain daripada yang lain dan jujurnya admin try hard nak selesaikan teka-teki ni. Banyak kali ulang nak cari jawapan punya pasal. Anda dah dapat jawapannya? Sebenarnya ada dua jawapan tau!

Admin bagi cluelah sikit. Dua-dua jawapan ada dalam gambar di bawah ni. Haa.. Dapat ke tidak??

KONSEP UNIK DENGAN MESEJ MENDALAM

Sendiri, kewujudan aku tiada maknanya..

Setuju sangat petikan dari video ni. Kadang-kadang usaha atau inisiatif yang kita buat sendiri tak dapat dilihat. Tapi jika kita buat bersama-sama, usaha itu mampu beri impak yang besar dalam kehidupan seharian golongan yang memerlukan.

Kita mungkin rasa remeh tapi sebenarnya benda seperti ini mampu mengukir senyuman seseorang di pagi Aidilfitri.

Salam lebaran dari kami di SirapLimau.

Most Popular

Waktu Solat

1 January 2017, Thursday
Subuh
00:00am
Syuruk
00:00am
Zuhur
00:00am
Asar
00:00am
Maghrib
00:00am
Isyak
00:00am

Waktu Solat Ini Dibawakan Oleh
Waktu Solat Malaysia

To Top