Inspirasi

Video Merdeka Digi Ini Akan Meruntun Jiwa & Buatkan Anda Bangga Jadi Rakyat Malaysia!

1.1K
SHARES

Tahun 2020 sememangnya memberikan putaran 360 darjah kepada dunia. Apa yang terjadi tahun ini merupakan kejadian yang tidak disangka-sangka akan berlaku dan ianya memberikan impak yang besar kepada rakyat Malaysia. Ada yang kehilangan kerja, ada juga yang terpaksa tutup perniagaan mereka.

Disaat-saat begini, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah berkerjasama dan menyokong antara satu sama lain, di samping meningkatkan lagi semangat kekitaan untuk terus maju!

Video dari Digi ini memaparkan rintangan yang rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum perlu hadapi dan bagaimana mereka mengharungi kesusahan tersebut. Sebak apabila melihat kepayahan mereka tapi dengan sokongan yang mereka peroleh, mereka boleh bangkit dari kepayahan ini.

Sebab KITA rakyat Malaysia, KITA adalah satu!

Buatan Malaysia dengan buatan luar, KITA boleh lawan!

Peniaga kecil-kecilanlah yang paling terkesan akibat pandemik yang melanda. Melihat video ini, kekuatan mereka sangat meruntun jiwa admin. Bagaimana kuatnya mereka untuk menghadapi segalanya dan juga betapa kuatnya mereka untuk bangkit dan menggunakan segala alternatif yang ada untuk terus maju kehadapan.

KITA sebagai rakyat Malaysia perlu berbangga dengan barangan buatan KITA setaraf dengan buatan negara luar. Apa saja yang mereka lakukan, kita boleh lakukan dengan lebih baik dan yang paling penting, bersesuaian dengan kehendak dan citarasa rakyat Malaysia!

Semangat mereka inilah yang membuatkan kita bersemangat kerana KITA BUATAN MALAYSIA!

Melihat bagimana mereka bersemangat untuk terus maju memberikan rakyat Malaysia yang lain semangat untuk saling membantu dan juga saling berkerjasama bagi menaikkan industri di tanah air kita sendiri!

Jika anda berminat untuk tahu dengan lebih lanjut lagi mengenai kisah artisan Malaysia ini, anda boleh ikuti hasil kerja mereka di Facebook page atau Instagram mereka. Anda pasti akan lebih teruja bila tengok Instagram dan Facebook feed mereka!

Sokong pembuat seni tempatan dengan membeli jualan mereka di MyDigi App & Shopee!

Rakyat Malaysia memang penuh dengan semangat kekitaan, jadi admin tahu mesti anda terus rasa nak beli barangan buatan mereka ini kan?

Anda boleh dapatkan barangan artisan ini di aplikasi MyDigi dengan diskaun istimewa untuk mengalakkan lagi pembelian barangan buatan mereka. Anda juga boleh tebus ganjaran untuk membeli barangan istimewa ini. Klik saja link INI!

Selain itu, Digi juga berkerjasama dengan Shopee dengan menyediakan laman sesawang khas untuk mereka mempromosikan artisan-artisan terbaik Malaysia.

Anda juga boleh terokai lebih banyak barangan buatan Malaysia di Shopee dengan harga yang terbaik! Berikan pengiat seni ini semangat untuk membuat lebih banyak hasil kreatif dan tunjukkan kepada mereka bahawa mereka mendapat sokongan rakyat Malaysia.

Ingat, KITA BUATAN MALAYSIA! Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik dekat SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×