Famili

[VIDEO] Iklan Raya TNB Buat Orang Ramai Sedar Pentingnya Hargai Masa Bersama Keluarga

762
SHARES

Syawal bakal tiba tidak lama lagi. Bagaimana persiapan raya anda untuk tahun ini? Walaupun raya kali ini agak berbeza, kita tetap harus raikannya dengan gembira.

Kami yakin anda tidak terkecuali dalam menghadapi ujian sepanjang musim pandemik ini. Namun, kita perlu fikirkan ada hikmah di sebaliknya. Seperti situasi yang dihadapi oleh Aida dalam iklan raya TNB ini..

Aida muncul kembali dengan bisnes kuih rayanya

Anda masih ingat dengan Aida? Sebelum ini Aida pernah muncul dalam iklan raya TNB pada tahun 2017. Ramai yang minta TNB untuk munculkan Aida kembali kerana karakternya yang kelakar itu cukup menghiburkan.

Oleh itu, istimewa pada tahun 2021, TNB ambil keputusan untuk munculkan Aida sekali lagi dalam iklan raya TNB. Kali ini bisnes kuih raya Aida sudah semakin maju. Dia sangat sibuk menguruskan bisnesnya.

Terlalu fokus bekerja, sampaikan terlalu sibuk dan abaikan keluarganya

Nampaknya, Aida sangat fokus bekerja untuk memastikan kehidupan keluarganya terjamin. Malangnya, Aida terlalu sibuk, sampaikan tidak sempat untuk luangkan masa bersama keluarga.

Bisnes kuih raya terus merudum sebab pandemik

Namun, pandemik yang melanda terus buat bisnes kuih raya Aida jatuh mendadak. Disebabkan oleh wabak dan keselamatan pekerjanya, Aida meminta mereka pulang supaya selamat bersama keluarga.

Anda rasa bagaimana nasib Aida selepas ini?

Pandemik ajar Aida hargai masa bermakna bersama keluarga

Setelah bisnes kuih raya Aida merosot, Aida selalu bersedih dan meratapi nasibnya. Namun emak Aida berjaya mengalihkan perhatiannya dengan mengajak Aida untuk turut serta dalam persiapan raya.

Disebabkan sudah tidak terlalu sibuk, sekarang Aida lebih banyak meluangkan masa untuk buat persiapan raya bersama keluarga. Memang seronoklah mereka!

Pandemik membuatkan Aida sedar yang dia cukup bertuah dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Apa yang paling penting, kita kena fikir ada hikmah di sebalik setiap ujian yang melanda.

Kami berharap anda sekeluarga tabah menghadapi ujian di sepanjang musim pandemik ini. Hargai keluarga anda selagi mereka masih ada.

Masa bersama lebih bermakna. Eratkan keluarga di mana jua anda berada. Selamat Hari Raya semua!

Anda mahu tonton video penuh iklan raya TNB yang cukup menarik ini? Klik sini: https://youtu.be/VEvCplqeMvE

Oh dan last sekali, untuk peminat setia si Jero, kameo watak kucing femes dalam setiap filem pendek TNB, jangan lupa untuk ikuti update Jero di Instagram TNB ye!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×