Advertorial

Tissot PRX Powermatic 80, Jam Tangan Retro, Evergreen, Tahan Lasak & Kalis Air. Jam Impian Anda!

5.2K
SHARES

Jam tangan memainkan peranan yang penting dalam aktiviti seharian. Tidak hanya berfungsi sebagai penjaga masa, sebaliknya jam tangan juga merupakan simbol taraf kehidupan dan memberikan gambaran awal personaliti pemiliknya.

Oleh itu, tak pelik apabila ada sesetengah pengeluar jam sanggup berbelanja besar untuk melakukan research and development bagi menghasilkan jam berkualiti tinggi, dengan fungsi dan gaya moden tetapi evergreen untuk dikenakan pada bila-bila masa sahaja.

Tissot PRX Powermatic  80 Hasil Inovasi Jam Tangan Tissot tahun 1978!

Tissot PRX Powermatic 80 merupakan jam tangan dengan rekaan retro idaman ramai. Ianya hasil inovasi daripada jam tangan keluaran Tissot sebelum ini ketika zaman revolusi dunia berlangsung sekitar tahun 1978.

Namun begitu anda perlu tahu, walaupun rekaanya klasik tetapi unsur moden telah dimasukkan pada sentuhan body jam tangan ini bagi memastikan ianya tidak ketinggalan zaman dan binaannya kelihatan lebih fun, eksklusif, teguh dan mewah. Maka, tak hairanlah, Tissot PRX Powermatic 80 sesuai digayakan kemana sahaja anda pergi.

Reka Bentuk Mantap! Hasil Finishing Kemas!

Selain itu, Tissot PRX Powermatic 80 juga dibina menggunakan keluli tahan karat yang diberikan sentuhan satin pada permukaan casing jam tangan. Bezel keluli bagi model ini ada dua warna iaitu Rose gold dan juga silver.

Bukan itu sahaja, bahagian tengah bulatan jam juga cantik rekaannya. Ada 3 warna yang ditawarkan iaitu biru, silver dan hitam. Ketiga-tiganya menarik tetapi warna silver dengan sentuhan bezel keluli rose gold, merupakan pilihan utama penulis. Cantik sangat, sesuai digayakan oleh mereka yang gemarkan sentuhan warna lembut.

Kalis Air Dan Tahan Lasak!

Disamping itu, anda juga perlu tahu bahawa jam tangan Tissot PRX Powermatic 80, merupakan jam tangan kalis air dan mampu berada pada kedalaman sekitar 100 meter dibawah permukaan air. Lebih awesome lagi, sebab tali jam tangan ini didatangkan dalam bentuk bracelet. So, ianya tak mudah putus dan senang nak jaga.

Tambahan pula, jarum jam dan digit didalam Tissot PRX Powermatic 80 disalut dengan Super-LumiNova. Oleh itu, tak ada masalah untuk anda tengok jam kerana jarum dan digit didalamnya akan bersinar ketika berada di kawasan gelap.

Sesuai Digayakan Sesiapa Sahaja!

Jam tangan Tissot PRX Powermatic 80 sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja yang ingin tampil sophisticated bermula daripada golongan berusia muda sehinggalah mereka yang dah berusia separuh abad. Reka bentuknya yang fun, eksklusif dan elegen menambahkan lagi gaya segak dan menawan si pemakainya.

Buat anda pengumpul koleksi jam tangan klasik dan retro, sekurang-kurangnya anda perlu ada 1 model jam tangan Tissot PRX Powermatic 80 dalam koleksi peribadi anda.

Berminat dan nak tahu lebih lanjut mengenai jam tangan Tissot PRX Powermatic 80? Anda boleh layari laman web rasmi mereka di https://www.tissotwatches.com/en-my/tissot-prx.html

Tissot jenama jam tangan yang terkenal di Swiss serta cukup berpengalaman dalam pembuatan jam tangan sejak tahun 1853. Anda pasti teruja dengan kualiti jam tangan keluaran mereka. Untuk pembelian Tissot PRX Powermatic 80 anda boleh singgah ke outlet mereka yang berdekatan dengan anda.

Website: Tissot

Facebook: Tissot

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×