Dapur

Tips Rahsia Kuih Cek Mek Elok Menjadi, Tak Pecah & Tak Kecut!

21
SHARES

“Sedapnya kuih cek mek ni. Macam mana nak buat…”

Kuih cek mek merupakan kuih tradisional di Pantai Timur dan merupakan hidangan kegemaran bagi para pelancong yang ke sana. Mudah sahaja cara membuat kuih cek mek tetapi perlu menggunakan teknik yang betul kerana ia mudah pecah dan kecut.

Jadi, bagi anda yang ingin mencuba membuat kuih cek mek di rumah, jom cuba perkongsian resepi Puan Ju Mohamad di laman Facebooknya. Pasti menjadi dan paling penting tak pecah. Air gula pun banyak!

Baca juga: Resepi Biskut Lemak Tumis Telur, Menu ‘Rare’ Untuk Sarapan

TIPS RAHSIA KUIH CEK MEK ELOK MENJADI, TAK PECAH & TAK KECUT

Kuih Cek Mek

Tip 1: Uli adunan malam, bulat-bulatkan, letak dalam peti ais. Esok baru goreng. Nanti tepung tu cantik. Tak bau gandum. (**bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula).

Tip 2: Masa mula-mula masukkan Cek Mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar tu jadi kulit. Lepas tu, baru perlahankan api.

Kuih Cek Mek

– Teknik ni kita nak elakkan dari Cek Mek jadi buncit dan pecah keluar air gula masa goreng disebabkan api perlahan.

– Letak gula masa nak goreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dalam kuali.

– Gula terpulang nak letak banyak mana. Yang ni saya letak gula banyak, masa nak makan saya buang sikit air gula sebab manis sangat.

Kuih Cek Mek

ADUNAN 

– Part ni susah sebab nak bagi sukatan sebab bergantung pada ‘keadaan’ ubi. Ada ubi ok. Kadang-kadang nasib tak baik, terkena ubi lembik walaupun jenis sama.

Yang saya guna ni, ubi keledek yg kulit oren kemerahan (isi oren).

– Rebus ubi dengan sedikit garam sampai empuk – kasi kering air (Jangan letak air banyak sangat).

– Saya sejukkan depan kipas *makesure kipas bersih tak bersawang.

– Lenyek ubi, saya lenyek dengan tapak gelas je (nak tumbuk pakai lesung pun boleh)

– Uli bila ubi dah sejuk. Masukkan tepung gandum sikit-sikit dan uli sampai tepung tak lekat dekat tangan (saya tak pandai bagi sukatan). Makesure jangan banyak tepung. Nanti keras.

Tepung ni nak bagi ubi keledek jadi doh je. Sikit je guna. Ada tips letak baking powder, ada yang letak marjerin. Untuk adunan saya guna ni, saya guna tepung gandum sahaja. Tak ada letak apa-apa. Garam dah letak masa rebus ubi. Tapi kalau rasa tak cukup masin, boleh tambah masa uli. Selamat mencuba

Sumber: Facebook Ju Mohamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×