Rakyat

Kanak-kanak Mudah Jatuh Sakit Ketika Jerebu. 7 Tindakan Ibu Ayah Mesti Tahu

536
SHARES

Seperti yang ramai sedia maklum, kebakaran hutan di Indonesia sekali lagi menyebabkan Malaysia dilanda jerebu. Tambahan pula dengan letusan Gunung Kerinci yang baru dilaporkan lewat malam semalam, keadaan jerebu mungkin mengambil sedikit masa untuk reda.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1 Ogos 2019, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah melaporkan beberapa negeri di Malaysia bakal menerima tempias jerebu susulan kebakaran hutan di 5 wilayah di Indonesia.

Jerebu akan berlaku berterusan dalam tempoh sekitar 7 hari berikutan monsun Barat Daya dengan cuaca kering dan stabil.

Jerebu rentas sempadan dari Sumatera boleh mempengaruhi keadaan terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan di sebelah utara semenanjung seperti Pulau Pinang.

Sehingga jam 3 petang semalam, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara berada di tahap sederhana kecuali terdapat 2 kawasan yang merekodkan bacaan tahap tidak sihat kerana terdapat kebakaran di kawasan berkenaan iaitu:

  • Johan Setia, Selangor
  • Rompin, Pahang

Orang ramai diminta supaya peka dengan perubahan kepada tahap kualiti udara di kawasan masing-masing.

Foto kredit: says.com

Kanak-kanak Antara Golongan Berisiko Tinggi Ketika Jerebu

Menurut portal KKM, keadaan jerebu yang berterusan boleh mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti

  • kanak-kanak
  • orang tua
  • wanita mengandung
  • pesakit jantung dan respiratori
  • orang yang sensitif kepada habuk,
  • orang yang merokok
  • mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

Antara kesan yang boleh berlaku akibat pendedahan kepada jerebu termasuklah sakit mata, selesema, batuk, asma, sakit tekak dan masalah pernafasan. Ia juga boleh memburukkan keadaan penyakit kronik seperti radang paru-paru dan sakit jantung.

7 Langkah Pencegahan Ketika Jerebu

Sebagai langkah berjaga-jaga, KKM menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan sebagaimana berikut:

1. Kurangkan Aktiviti Fizikal

Kurangkan aktiviti fizikal yang menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan metabolisma badan.

Keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu dan cuaca panas;

2. Hadkan Aktiviti Luar Rumah

Sentiasa berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai dan pelindung diri seperti payung dan topi;

3. Tutup Tingkap

Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

4. Elak Pembakaran Terbuka

Selain pembakaran sampah secara terbuka, elakkan juga aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.

5. Guna Mod Kitaran Udara Dalaman Pada Air Cond Kereta

Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.

Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.

6. Banyakkan Minum Air Kosong

Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). Ini adalah bagi mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal-atur suhu badan.

7. Kerap Mandi

Kerapkan mandi bagi menyejukan badan.

Cuci muka dan basuh tangan dan dengan sabun selepas melakukan aktiviti luar.

Dapatkan Rawatan Jika Perlu

Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.

Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu dan cuaca panas menerusi laman sesawang KKM seperti berikut:

https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/51-jerebu

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183

Cuaca Panas & Kesihatan

Stay safe ya parents!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×