Famili

Tingginya Kos Rawatan Kanser! Takaful IKHLAS, Tawar Pelan Khas Bantu Ringankan Beban Pesakit Kanser.

104
SHARES

Musim-musim pandemik ni, kita tak boleh lari dengan perasaan resah dan gelisah memikirkan macam-macam perkara, terutamanya soal kesihatan. Kos rawatan pulak makin lama makin mahal. Tambah-tambah bagi penyakit kronik seperti kanser.

Selain daripada beban kos rawatan yang tinggi, sekiranya ada sesuatu terjadi kepada diri kita, macam mana dengan nasib keluarga yang ditinggalkan? Kalau boleh, taknak lah susahkan mereka apabila kita tiada nanti. Sebab tulah pentingnya untuk anda sediakan perlindungan dari awal!

Haa..admin ada berita baik yang mungkin boleh redakan sedikit susah hati anda tu. Takaful IKHLAS kini menyediakan Cancer Rider dengan amaun perlindungan rider sehingga RM1.5 juta untuk tempoh perlindungan dari 5 hingga ke 85 tahun. Cancer Rider juga menyediakan pelbagai manfaat buat pesakit kanser. Nak tahu apakah manfaatnya? Jom kami kongsikan!

Cancer Rider ni merupakan pelan tambahan bagi pelan perlindungan IKHLAS Bersama daripada Takaful IKHLAS. Ianya direka bertujuan untuk mengambil kira keperluan anda dan insan yang tersayang sekiranya didianogsis dengan penyakit kanser.

Pelan perlindungan IKHLAS Bersama adalah pelan perlindungan komprehensif dengan kadar sumbangan mampu milik berserta tempoh perlindungan yang fleksibel dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kematian pula, IKHLAS Bersama menyediakan bayaran segera sebanyak 10% daripada amaun perlindungan asas atau sehingga RM20,000 kepada waris.

ANTARA MANFAAT* CANCER RIDER IALAH:

  1. Manfaat elaun hospice care sehingga RM10,000. Manfaat ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.
  2. Manfaat elaun rawatan sebanyak RM100 sehari ketika anda menjalani rawatan Kemoterapi, Radioterapi, Imunoterapi dan pembedahan pasca kanser.
  3. Pampasan sebanyak 100% daripada amaun perlindungan rider sekiranya anda didiagnosis dengan kanser tahap akhir.
  4. Pampasan sebanyak 30% daripada amaun perlindungan rider sekiranya anda didiagnosis dengan kanser tahap awal.

*Tertakluk terma dan syarat

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?

Individu yang berusia antara 30 hari hingga 60 tahun.

Jom daftar pelan Cancer Rider hari ini juga!

Jadi, tunggu apa lagi?

Macam mana nak daftar untuk perlindungan IKHLAS Bersama dan Cancer Rider? Mudah je. Anda boleh dapatkan pelan ini melalui Wakil Perunding Takaful IKHLAS yang sah ataupun layari laman web Takaful IKHLAS untuk maklumat lanjut.

Takaful IKHLAS, Kami Melindungi Anda.

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×