Kini Trending

The Raincoat Killer: Kisah Benar Pembunuh Bersiri Korea Paling Brutal & ‘Psiko’!

849
SHARES

The Raincoat Killer – Pembunuhan Bersiri Yang Mengejutkan Korea Selatan

Sebuah kes pembunuhan bersiri yang cukup kejam dan mengerikan telah menggegarkan Korea Selatan pada tahun 2003.

The Raincoat Killer merupakan antara tragedi pembunuhan bersiri yang terawal pernah berlaku di negara tersebut.

Biasa menjadikan kalangan orang berada sebagai sasarannya, pembunuh bersiri yang dikenali sebagai Yoo Young Chul sering menggunakan penukul sebagai senjata dan cukup bijak dalam mengelirukan penyiasat dengan memalsukan lokasi jenayah sebagai insiden rompakan atau bunuh diri.

Kini kes ini mendapat perhatian semula melalui terbitan crime documentary dari Netflix yang bertajuk  The Raincoat Killer : Chasing a Predator in Korea.

raincoat killer

Kredit Foto : heavenofhorror.com

Pada tahun 2004, pembunuh yang juga digelar sebagai The Raincoat Killer ini mula mengubah target dengan membunuh pelacur.

Menerusi dokumentari 3 episod ini, penonton juga turut diberi gambaran tentang Yoo sebagai seorang pembunuh bersiri yang tidak tipikal. Contohnya, dia tidak ambil satu pun barang berharga mangsa.

Kaedah pembunuhannya juga cukup rumit untuk dilaksanakan dan tidak menunjukkan sebarang corak yang konsisten sehingga mencabar kredibiliti polis.

Beberapa detektif dan pegawai polis yang pernah terlibat dalam kes ini masih ingat lagi kepayahan yang terpaksa ditempuhi untuk mengagak langkah Raincoat Killer seterusnya apatah lagi untuk menangkapnya dalam masa yang singkat.

Walaupun kes ini sudah berlaku hampir 20 tahun lepas, setiap orang yang ditemubual dalam dokumentari ini masih ingat lagi dengan setiap perbuatan kejam Yoo seperti baru berlaku semalam.

Memang tidak dinafikan setiap jenayah yang dilakukan oleh psikopath ini telah meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat semua yang terlibat dalam kes ini.

Baca juga: The Burari Deaths: Misteri Kematian 11 Sekeluarga Mati Tergantung

raincoat killer

Kredit Foto : asianwiki.com

Motif Jenayah : Rasa Benci Pada Golongan Kaya & Wanita?

Dokumentari ini turut menyentuh kelemahan para penyiasat dan anggota polis ketika itu dalam menyelesaikan kes jenayah ini dengan lebih cepat.

Anggota polis yang ditemubual turut mengakui kesilapan mereka dalam menggunakan kaedah lapuk sehingga menyebabkan ramai lagi mangsa terkorban di tangan Yoo selagi dia masih bebas di luar sana.

Kes jenayah Raincoat Killer secara tidak langsung telah membuka mata para penyiasat dan polis ketika itu untuk menyelesaikan kes dengan pendekatan yang lebih berkesan bagi mengesan motif pembunuh dan seterusnya membantu mereka untuk menangkap penjenayah dengan lebih cepat.

Berbanding pembunuh lain yang biasanya didorong dengan motif yang kuat seperti dendam, iri hati atau tamak, Yoo Young Chul sendiri mengaku jenayah yang dilakukan hanyalah disebabkan oleh rasa bencinya kepada golongan kaya dan wanita.

raincoat killer

Kredit Foto : nypost.com

Dia juga cukup berbangga dengan jenayah yang dilakukan dan tidak lokek bercerita tentang cara pembunuhannya secara terperinci.

Yoo Young Chul yang didapati bersalah bagi 20 kes pembunuhan juga tidak malu untuk mengaku yang kebanyakan pembunuhannya diilhamkan daripada beberapa filem seperti Normal Life dan Public Enemy.

Naluri psikopath Yoo serta langkahnya yang sukar dijangka menjadikan kes Raincoat Killer sebuah tragedi yang sangat sukar dilupakan di Korea Selatan.

Di samping mencerminkan budaya dan cara hidup masyarakat Korea sekitar awal tahun 2000, dokumentari ini juga mengetengahkan isu jurang sosial di kalangan masyarakat menjadikan The Raincoat Killer cukup berbeza berbanding crime documentary Netflix lain yang pernah ditayangkan sebelum ini.

raincoat killer

Kredit Foto : netflix.com

Dokumentari The Raincoat Killer turut diceritakan dengan cukup menarik dengan perincian dan footage ekslusif dari kes tersebut.

Bagi peminat misteri pembunuhan bersiri, anda pastinya akan menyukai crime documentary ini. Jangan lupa untuk tontonnya di Netflix!

Ulasan Sinopsis / Review The Raincoat Killer

THE RAINCOAT KILLER : DISTURBING CONTENT

Documentary pasal seorang penjenayah yang membunuh bukan 1 / 2 mangsa, tapi lebih dari 15 orang mangsa. Berlainan cara, berlainan daerah, dan berlainan jenis jenis mangsa.

Mangsa mangsa yang dibunuh juga dari pelbagai usia & jantina membuatkan polis keliru dengan motif pembunuhan nya. Cara Pembunuhan yang dia lakukan juga mengelirukan polis untuk membuat siasatan.

Kadang dia meninggalkan tempat kejadian seperti mangsa dirompak. Kadang dia meninggalkan tempat kejadian dalam keadaan kebakaran. Setiap situasi berbeza cara.

Kerana strategi nya berbeza beza, daerah yang berlainan, ini menyebabkan institusi polis menjadi kucar kacir. Manakan tidak, terlalu banyak suspek di tuduh, namun semua nya bukan seperti yang dijangkakan. Paling sadis, ada di antara kes, ahli keluarga tu sendiri di tuduh & menjadi suspek utama.

Ada satu kes, dia mengajak seorang wanita ke rumahnya untuk s*x , tapi dibunuh nya dengan menukul mangsa sehingga m*ti. Mayat nya di basuh dengan air sebanyak 5 tan dan bungkus simpan mayat tersebut dalam beg. Utk rahsiakan bau mayat tersebut dia campurkan sekali dengan kimchi lama supaya bau mayat tidak terlalu busuk.

Kenapa dia dipanggil raincoat killer? Kenapa dia bunuh? Macam mana dia jadi macam tu? Haaaa.

Dah Dah Dah. Sampai sini je saya nak story. Xnak spoil. G tengok sendiri. Agak berat kisah ni. Agak disturbing sebab ada lakonkan balik babak2 pembunuhan tu, ada visual mangsa dibunuh, ada darah2. Memang sedikit berat bagi yang lemah.

Siapa dah tengok? Kejam giler kan? Ni geng geng ted bundy.

– Bunga Lavender

raincoat killer

Sumber tangkap layar: Movie Lovers Malaysia

 

THE RAINCOAT KILLER

Personal rating: 8/10

Kejam gila tau dia ni. Sebabkan kes dia banyak perubahan berlaku dalam institusi polis korea. Jangan baca review ni kalau takot. Tambah pula nak tengok. Kalau ok xda masalah.

Ni bukan movie ka drama ka tau ni Dokumentari tentang kisah benar seorang pembunuh bersiri pertama di Korea yang pernah menggegarkan institusi polis dan negara mereka. Boleh tengok nanti polis,forensik,detektif yang pernah membantu dalam kes ni cerita satu persatu. Footage pembunuh ni bercerita pon ada.

Kita yang tengok ni pon jadi ketar dan takut.

Kisah Yoo Yong Chul yang telah membunuh ramai orang dengan secara kejam. Ada mangsa dibakar,dihentak dengan objek tajam hingga pecah kepala,ditikam hingga hancur wajah dan banyak lagi. Polis sendiri x dapat senaraikan berapa banyak mangsa Yoong Chul. Mangsa-mangsa dibunuh dengan cara yang berbeza dan ditempat yang berbeza dalam masa yang terdekat membuatkan polis huru hara memburu Yong Chul.

Apabila dapat ditangkap Yong Chul juga seperti tidak ada perasaan mahupun simpati bercerita secara teliti bagaimana dia membunuh mangsa. Ada satu scene diceritakan oleh detektif yang bertanya tentang getah rambut yang ada di dalam tandas Yong Chul dengan selamba dia cerita dia mengikat rambut mangsa yang kepalanya telah dipenggal untuk mengeringkan darah mangsa.

Mayat yang telah dikerat juga Yong Chul campurkan dengan Kimchi untuk menghilangkan bau lalu ditanam. Sangat kejam.

Pi la tengok sendiri kat netflix. Xyah tengok dengan anak2. Xdak scene pelik2 pon sebab banyak depa censored. Tapi memang rasa geram,takut dan pelik dengan otak org mcm dia ni. Xtaw takut apa dah.

– Bella Park

 

Trivia: Kes Bunuh Ini Menjadi Inspirasi Filem ‘The Chaser’

Kekejaman dan kelincahan Yoo dalam memuaskan keinginannya dalam membunuh turut menjadi inspirasi bagi filem The Chaser yang ditayangkan pada tahun 2008.

Filem ini menceritakan tentang cabaran polis dalam membuktikan kesalahan seorang psikopath tentang jenayah yang dilakukan.

raincoat killer

Jika polis tidak dapat menjumpai bukti dalam masa 12 jam, psikopath ini bakal dibebaskan dan akan lebih berleluasa membunuh ramai lagi orang.

The Chaser merupakan antara filem yang wajib tonton bagi penggemar genre thriller action.

Konsep filem yang begitu unik ketika itu ditambah pula dengan asas filem yang berlatar belakangkan daripada kisah jenayah sebenar telah membuatkan The Chaser pecah panggung dan menjadi filem ketiga yang paling ditonton pada tahun tersebut di Korea Selatan.

 

Jom saksikan di Netflix:

The Raincoat Killer: Chasing a Predator in Korea – Netflix Documentary

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×