2-4 Tahun

Terapkan 10 Perkara Ini Semasa Kecil Supaya Anak Lebih Berdisiplin Apabila Dewasa

706
SHARES

Anak terlalu manja? Makin lama jika dibiar, makin parah akibatnya. Bukannya apa, susah sebenarnya jika anak-anak terlalu manja dan tidak tahu untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Oleh itu, untuk mendisiplinkan anak perlu mula dari peringkat yang awal iaitu semasa anak masih kecil atau di peringkat persekolahan. Jadi, kami senaraikan 10 perkara yang anda boleh lakukan supaya anak memjadi lebih teratur dan berdisiplin apabila dewasa nanti.

1. Bangun tidur kemas katil

http://lindsayslist.co/

http://lindsayslist.co/

Ini adalah perkara yang paling asas untuk dilakukan. Tempat tidur adalah antara tempat yang mempunyai nilai sentimental pada kita bukan? Oleh itu, amat penting untuk anda mengajar anak sejak dari kecil lagi mengenai cara mengemas katil. Sebagai permulaan, tunjukkan dahulu cara untuk mengemas katil, lama kelamaan anak pasti akan ikut segala perlakuan kita semasa mengemas katil.

2. Bilik – tuala sidai lepas guna

www.pinterest.com

www.pinterest.com

Pernah tak semasa zaman anda masih belajar ketika di asrama, kadang-kadang kita nampak masih ada lagi orang yang tidak tahu untuk menyidai tuala yang lembap selepas mandi? Apa yang mereka lakukan adalah dengan membiarkan sahaja tuala tersebut di atas katil. Sakit mata melihatnya. Justeru, disiplin ini harus diterapkan dalam kehidupan harian supaya anak menjadi lebih disiplin dan tidak menyusahkan orang lain.

3. Baju kotor tak letak bersepah

http://mothering-matters.com/

http://mothering-matters.com/

Ini adalah lagi satu situasi yang menganggu orang lain. Ibu bapa perlu terapkan disiplin meletakkan baju kotor di tempat yang sepatutnya dan patut dijadikan ‘habit’. Komunikasi antara ibu bapa dan anak adalah sangat penting supaya anak mudah untuk mendengar kata anda. Apabila anak mula pandai meletakkan baju kotor di tempat yang telah disediakan, secara berperingkat mereka juga akan mula mencuci baju dengan sendiri!

4. Basuh pinggan lepas makan

http://www.nannytomommy.com/

http://www.nannytomommy.com/

Selain dari adab ketika makan, adab selepas makan juga perlu diterapkan dalam minda anak-anak. Jangan biarkan anak anda terus bangun dan masuk ke dalam bilik apabila selesai makan, sebaliknya, ajak mereka untuk membasuh pinggan, mengemas meja makan dan sapu sampah di ruangan makan bersama-sama dengan anda. Dengan cara itu, bukan sahaja mereka belajar tentang disiplin diri tetapi boleh juga mengeratkan hubungan bersama anda.

5. Belajar basuh kasut sekolah sendiri

http://megahasz.blogspot.my/

http://megahasz.blogspot.my/

Bukan semua anak rajin untuk membasuh kasut sekolah mereka sendiri. Jika baju pun malas nak basuh, apatah lagi kasut sekolah. Sebagai ibu bapa, pada peringkat awal anda boleh mengajar dengan menunjukkan cara untuk membasuh kasut tetapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk anak mengelat. Sebaliknya, bersikap lebih tegas dengan memberitahu bahawa kasut sekolah perlu sentiasa bersih supaya tidak dimarahi oleh guru di sekolah dan tidak didenda!

6. Cuci tandas

http://www.momtastic.com/

http://www.momtastic.com/

Mencuci tandas adalah bukan perkara yang sering dilakukan terutamanya anak-anak. Mencuci tandas di sini juga boleh bermaksud adalah dengan menjaga kebersihan tandas. Contohnya, jangan membuang sampah di dalam tandas dan ‘flush’ jamban selepas digunakan. Anda boleh juga membuat jadual mencuci tandas untuk melatih anak-anak supaya mereka peka dan sedar akan tanggungjawab tersebut. Barulah anak bila dewasa nanti akan jadi seorang yang pentingkan kebersihan.

7. Sidai dan lipat baju

http://www.learning4kids.net/

http://www.learning4kids.net/

Apabila sudah ajar anak membasuh baju sendiri dan tidak meletakkan baju kotor merata-rata, anda boleh mula mengajar anak kepentingan untuk menyidai dan melipat baju sendiri. Tunjukkan cara yang betul dan mudah supaya anak lebih tertarik untuk melakukannya secara sendiri, bukannya dengan menggunakan nada tinggi seperti menyuruh. Terangkan kepada mereka bahawa sangat penting untuk menyidai dan melipat baju sendiri supaya baju tidak mudah hilang. Mesti anak akan ikut cakap kita.

8. Curfew atau ‘Perintah Berkurung’

http://www.wdbj7.com/

http://www.wdbj7.com/

Perintah berkurung mungkin kedengaran kasar tetapi ia sebenarnya bermaksud limit masa untuk anak-anak. Jika anak mempunyai kelas tambahan di sekolah dan akan pulang sedikit lewat dari kebiasaan, pastikan mereka sampai di rumah sebelum malam. Nyatakan waktu untuk mereka berada di rumah dan jelaskan bahawa mereka akan mendapat denda jika pulang lebih dari waktu yang ditetapkan. Melalui cara ini, anak akan lebih berdisiplin dan lebih menghargai masa.

9. Jangan menyampuk orang tua bercakap

http://akamommagazine.com/

http://akamommagazine.com/

Kebijaksanaan anak dalam komunikasi adalah sangat penting. Tetapi, bahaya juga jikalau anak anda ‘terlebih pandai bercakap’. Banyak situasi yang kita alami sekarang ini adalah anak-anak lebih cenderung untuk menyampuk perbualan antara orang dewasa. Ini bermaksud bahawa rasa hormat dalam kalangan anak-anak sudah kurang. Didik anak anda bila waktu yang sesuai untuk menyuarakan pendapat dan bila tidak sesuai supaya mereka lebih hormat kepada orang sekeliling.

10. Ajar berdikari

http://www.ravishly.com/

http://www.ravishly.com/

Apa yang paling penting untuk anak lebih berdisiplin adalah dengan cara berdikari. Contohnya di Korea, ibu bapa sudah mula mengajar anak mereka sejak dari sekolah rendah lagi untuk pandai dalam semua perkara, contohnya, mereka menyuruh anak mereka keluar membeli barang makanan rumah dengan sendiri! Tidak semestinya kita perlu ikut secara keseluruhan tetapi, amat penting untuk melatih anak supaya mereka serba tahu.

Sebagai konklusi, perkara ini perlu diterapkan dalam kalangan anak-anak bukanlah untuk menambahkan beban atau seperti ‘mendera’ anak. Sebaliknya, anda perlu mengambil kesan positif dari proses pembelajaran ini bagi melahirkan anak-anak yang  lebih pandai dan lebih berdisiplin di masa hadapan.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×