Rakyat dari negara Thailand amat dikenali ramai dengan kreativiti yang diselitkan dalam gaya hidup seharian mereka. Kreativiti ini juga dipaparkan dalam aktiviti jual beli di pasaraya. Apa yang menariknya, sebuah pasaraya di Chiang Mai, Thailand mendapat pujian ramai kerana menggunakan langkah yang lebih organik dalam mempamerkan produk. Apa yang mereka buat?
GUNA DAUN PISANG GANTI PLASTIK
Pendekatan yang lebih organik dilakukan oleh Pasaraya Rumping ini dimana mereka menggantikan bungkusan plastik dengan daun pisang untuk membalut sayur-sayuran yang dijual. Bukan sahaja dapat mengurangkan penggunaan plastik untuk menjaga ekosistem Bumi, cara balutan ini juga kelihatan cantik dan menarik.
Bukan sahaja kelihatan lebih segar, kaedah ini juga memudahkan para ibu yang secara kebetulan mahu menggunakan daun pisang dalam masakan tapi bukan dalam kuantiti yang banyak. Alang-alang beli sayur lain, dapat juga daun pisang kan?
*Bila pula di Malaysia mahu menggunakan kaedah sebegini?
Sumber : Mothership