Famili

Telus Dalam Melaksanakan Ibadah Korban! Ini Sebab Perkhidmatan EZ Qurban Dipercayai Ramai.

6.8K
SHARES

Ibadah korban merupakan sunnah muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut dalam islam tetapi tidak diwajibkan. Ianya merupakan satu ibadah yang memberikan kita peluang untuk berkongsi rezeki yang kita ada dengan rakan seagama yang lain.

Walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) ibadah korban sebenarnya masih boleh dilaksanakan. Jika anda tidak tahu saluran dan cara yang betul untuk melaksanakan ibadah ini, kenapa tidak anda lakukan sahaja ibadah korban ini melalui EZ Qurban? Ianya lebih mudah dan telah mendapat pengiktirafan banyak pihak.

EZ Qurban Tawar Ibadah Korban Di Lebih 35 Negara!

Bagi anda yang belum familiar dengan EZ Qurban, mereka sebenarnya merupakan satu platform secara dalam talian yang menyediakan perkhidmatan melaksanakan ibadah aqiqah dan korban. Tahukah anda melalui EZ  Qurban anda boleh melaksanakan ibadah korban di lebih 35 negara? Antaranya Kenya, Chad, Uganda, Tanzania, Burundi, Palestin, India, Bangladesh, Kemboja, Indonesia dan banyak lagi termasuklah di negara kita sendiri.

Kemudian, daging-daging korban ini akan diedarkan kepada saudara Islam yang amat memerlukan seperti di kem-kem pelarian dan kawasan pedalaman.

Korban Mengikut Kemampuan Anda!

Satu kelebihan melaksanakan ibadah korban dengan menggunakan perkhidmatan EZ Qurban ialah terdapat tiga pilihan harga korban. Jadi anda boleh pilih mengikut kemampuan anda. Berikut ialah sebut harga bagi ibadah korban melalui platform EZ Qurban:

  • Harga Korban di luar negara: RM320/bahagian,
  • Korban di Malaysia: RM720/bahagian.
  • Korban di Palestin: RM1900/bahagian.
**Harga yang dinyatakan adalah harga ibadah korban tahun 2021. Sila rujuk pautan yang disediakan.

Selain itu, anda juga boleh berlapang dada kerana pihak EZ Qurban menjamin bahawa korban yang anda laksanakan akan diagihkan sebaiknya. Maka, tiada lagi rasa khuatir dimana nak adakan ibadah korban dan apa saluran yang betul untuk melakukannya.

Tambahan pula, pihak EZ Qurban  turut memberikan sijil pengesahan pelaksanaa ibadah korban kepada semua peserta.

EZ Qurban Telus Dalam Melaksanakan Tugasnya!

Berpengalaman selama 14 tahun dalam melaksanakan ibadah korban, EZ Qurban telus dalam melaksanakan tugas mereka sejak tahun 2007 lagi

Melantik Amanah Warisan Berhad (AWARIS) selaku pemegang amanah yang tertakluk di bawah Akta Pemegang Amanah 1949, semua transaksi kewangan EZ Qurban termasuk urusniaga dengan pembekal di seluruh dunia di awasi sepenuhnya oleh pihak AWARIS Berhad untuk mengelakkan sebarang unsur penipuan dan penyelewengan berlaku.

Maka, tidak hairanlah jika EZ Qurban telah menerima banyak penghargaan antaranya;

  1. ISO 9001:2015 (SISTEM PENGURUSAN KUALITI) Penyediaan Pengurusan Jenama EZ Qurban dan Pengurusan Aqiqah & Qurban,
  2. ANUGERAH KECEMERLANGAN ISLAM 2020 Anjuran MAJLIS DAKWAH NEGARA: Jabir Ibn Hayyan ‘People’s Choice
  3. Tahun 2021 : THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BEST BRANDS bagi kategori ‘Korban and Aqiqah Services’

Buat anda yang nak laksanakan ibadah korban pada tahun ini, bolehlah daftar dengan pihak EZ Qurban. Penyertaan untuk korban bagi tahun 2021 masih lagi dibuka sehingga 12 Julai bagi pelaksanaan ibadah korban di dalam negara & 21 Julai untuk ibadah korban di luar negara. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk sama-sama bersedekah dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan diluar sana.

Klik SINI untuk pendaftaran melaksanakan ibadah korban tahun ini atau anda boleh hubungi talian hotline, 03-618 619 11.

Nak tahu lebih lanjut mengenai servis yang EZ Qurban sediakan? Anda boleh klik link dibawah.

Website: EZ Qurban

Facebook: EZ Qurban

Instagram: EZ Qurban

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×