Rakyat

[DIKEMASKINI] Garis Panduan Majlis Akad Nikah Terkini Dalam Tempoh PKPP Dari JAWI

55
SHARES

Berikutan dengan peningkatan kes berkaitan Covid-19 yang melanda negara, ramai dalam kalangan masyarakat yang bakal melangsungkan perkahwinan mula risau. Manakan tidak, semua persiapan telah dilakukan dan terpaksa ditangguh oleh kerana menjaga keselamatan orang ramai.

Namun, menerusi Twitter Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Hal Ehwal Agama Islam, beliau berkongsikan SOP dan garis panduan terbaharu berkaitan majlis akad nikah sepanjang tempoh PKPB dan PKPP.

SOP MAJLIS AKAD NIKAH DIKEMASKINI

Menurut laman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), terdapat beberapa penambahbaikan dalam beberapa garis panduan majlis akad nikah dan telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Turut diingatkan untuk orang ramai bahawa sentiasa mematuhi syarat-syarat SOP yang telah ditetapkan.

Dr.Zulkifli turut menambah bahawa kehadiran majlis akad nikah hendaklah mengikut keluasan premis dan tidak melebihi 250 orang. Bukan itu sahaja, bagi pasangan yang dari zon merah, majlis akad nikah hanya dibenarkan di Ibu Pejabat JAWI negeri masing-masing.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×