Rakyat

Bayaran BKC Fasa 2 Mulai 25 November. Ini Cara Semakan Status & Kategori Penerima

86
SHARES

BAYARAN BKC FASA 2 (BANTUAN KHAS COVID19) MULAI 25 NOVEMBER 2021 (KHAMIS)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa Dua akan diberikan secara berperingkat bermula 25 NOVEMBER 2021.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri melalui sebuah kenyataan khas oleh Perdana Menteri hari ini.

Menurutnya, BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang dibuat mulai 25 November ini melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin dengan peruntukan RM300 juta.

Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

Berikut dikongsikan cara buat semakan status BKC bagi memastikan sama ada anda merupakan penerima bantuan tunai BKC ini.

Cara Buat Semakan Status

Cara semakan status boleh dibuat seperti berikut:

  1. Layari laman web BKC di pautan berikut: https://bkc.hasil.gov.my
  2. Isikan nombor kad pengenalan pada ruang yang tersedia
  3. Masukkan kod keselamatan dengan betul
  4. Status anda akan dipaparkan seperti dalam gambar di bawah.

 

Cara semakan bkc

 

Jika anda merupakan penerima BKC, anda akan mendapat status seperti berikut:

Semakan bkc

Jika tidak berjaya, paparan status anda adalah seperti berikut:

Semakan bkc status

Jumlah Bayaran BKC Fasa 2

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima BKC yang layak mengikut kategori:

bkc fasa 2

Perdana Menteri pada masa sama menegaskan bahawa kerajaan sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat selain berharap pembayaran BKC ini mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kerajaan juga akan terus komited memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara berkesan,” katanya.

Maklumat lanjut BKC boleh dirujuk melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my.

Info lengkap termasuk kriteria penerima dan jumlah bantuan yang bakal diterima juga boleh didapatkan melalui Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×