Famili

Selepas Lagu Duet, Peserta Konsert Big Stage Dicabar Keluar Dari Zon Selesa Di Minggu Ke-4

8.9K
SHARES

Banyak perkara yang boleh menyebabkan anda tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga. Antaranya kekangan masa, sibuk dengan kerja, dan lain-lain. Sedikit sebanyak, ia boleh mengguris hati keluarga anda. ?

Kalau rancang betul-betul, pasti boleh luangkan masa bersama keluarga. Apa kata anda tonton televisyen bersama keluarga pada hari Ahad. Waktu malam, ada program realiti di televisyen yang menarik. Meh tengok.. ?

Konsert Big Stage, dominasi BBNU (Budak Baru Nak Up) tajaan Vivo

Ini dia! Konsert Big Stage merupakan program realiti tajaan Vivo yang tengah hangat sekarang. Para peserta pula merupakan artis BBNU (Budak Baru Nak Up). Mereka terkenal di laman sosial dan ada yang belum pernah masuk ke program realiti sebegini.

Konsert Big Stage telah bermula dan baru sahaja habis minggu keempat. Ia bersiaran secara langsung dari Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam. Jom tengok apa yang peserta telah buat di Konsert Big Stage minggu ketiga.

Minggu ketiga, peserta berduet dengan artis ‘Sama-Sama Up’

Kalau sebelum ini peserta dikehendaki menyanyi secara solo, minggu ketiga, mereka perlu menyanyi secara duet! Peserta berduet dengan artis yang sedang meningkat namanya. Kena sangat dengan tema ‘Sama-Sama Up‘ untuk minggu ketiga. Wee.. ?

Artis yang berduet dengan peserta Konsert Big Stage ialah Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Shiha Zikir, Ayda Jebat, Zizi Kirana, Ara Johari, Hael Husaini, Indah Ruhaila dan Wany Hasrita. Patutlah peserta lebih bersemangat kali ni. Semua artis hebat belaka.

Untuk minggu ketiga, lagu-lagu yang dinyanyikan ialah You Are The Reason, Laksamana Raja Di Laut, Marry You, Makhluk Tuhan Paling Seksi, Drama, Sampai Bila, Takkan Pernah Hilang, Selamat Tinggal Sayang, dan Rahsia Kita. Fuh! ?

Untuk pengetahuan anda, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir menjadi juri tetap di Konsert Big Stage. Juri jemputan untuk minggu ketiga pula ialah Mark Adam. Kelakar habis konsert pada malam tu! Hehe. ?

Peserta yang tersingkir di Konsert Big Stage minggu ketiga ialah Andi Bernadee. Walaupun tersingkir, Andi menganggap penyingkirannya secara bermaruah kerana sudah memberikan persembahan terbaik pada malam itu. All the best, Andi!

Jom kita tengok apa pula cabaran yang peserta dapat di minggu keempat. Dengar cerita, mereka kena menyanyikan lagu bukan genre mereka. Habislah..

Minggu keempat, peserta kena keluar daripada zon selesa

Selepas lagu duet, peserta diberi cabaran untuk tema ‘Tapi Bukan Aku‘ di Konsert Big Stage minggu keempat. Mereka harus menyanyikan lagu bukan dari genre mereka. Bukan cabaran biasa-biasa! ?

Lagu-lagu yang dinyanyikan pada minggu keempat ialah Sway, Ddu-Du Ddu-du du, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Sayang, Treasure, Deen Assalam, Senggol Senggolan, Cubit Cubitan, dan Amboi. Boleh nampak peserta berusaha keras pada malam itu. Terbaiklah!

Siapa juri jemputan untuk minggu keempat? Kemunculan Ben Ladin yang mendendangkan single barunya, Hikayat Benladin mengudang tanda tanya. Takkanlah Ben Ladin yang berumur 17 tahun ni jadi juri jemputan. Tiba-tiba, Mas Idayu muncul! Apa perasaan Baby Shima ya? Ada nampak mami happy? ?

Faizal Tahir guna imuniti, namun Sissy Imann tersingkir

Akhirnya! Faizal Tahir memutuskan untuk menggunakan imuniti pada minggu keempat kerana menganggap semua peserta berusaha dengan baik untuk menyanyikan lagu bukan genre mereka. Namun, sedikit kekeliruan tentang penggunaan imuniti membuatkan Sissy Imann yang tersingkir. Harap Sissy tak patah semangat ya.

Hanya tinggal 7 peserta di Konsert Big Stage sekarang. Minggu depan mereka akan nyanyikan lagu yang paling hot. Semua lagu hebat-hebat. Wajib tengok ni!

Juara Konsert Big Stage akan memenangi wang tunai bernilai RM100,000 bersama trofi sumbangan Astro. Naib juara dan tempat ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi. Pemenang tempat keempat dan kelima akan membawa pulang RM10,000 danRM5,000 beserta trofi juga. Meletoplah!

Konsert Big Stage musim pertama bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 9 malam, di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Jangan lupa ajak keluarga tengok sekali ya! ?

Penampilan Vivo NEX oleh Vivo, smartphone inovasi baru!

Konsert Big Stage merupakan tajaan Vivo. Kalau nak tahu, sekarang Vivo ada model terbaru, iaitu Vivo NEX. Inovasi baru dalam smartphone tau. Ia dilengkapi dengan ‘indisplay fingerprint scanning‘. Anda boleh imbas cap jari hanya pada skrin yang digunakan sebagai kata laluan. Sangat gempak!

Reka bentuk dan teknologi pada Vivo NEX ni pasti buat anda selesa apabila menggunakannya. Ia dijual dengan harga RM2,799 di seluruh negara. Boleh dapatkan Vivo NEX di Vivo Store (http://www.vivostore.com.my/).

Jangan lupa tonton Konsert Big Stage musim pertama yang bersiaran secara langsung, setiap hari Ahad, jam 9 malam, di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Sama-sama kita nantikan. ?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×