SEKOLAH DIBUKA SEPTEMBER 2021
Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin menjelaskan bahawa sesi persekolahan dijangka dapat dibuka seawal September sekiranya keadaan pulih.
Ia juga berdasarkan pelbagai faktor dan kebenaran dari pihak Majlis Keselamatan Negara dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.
Perkara ini dilaporkan menerusi Buletin TV3 semalam, 22 Jun 2021 (Selasa) pada Berita jam 8.00 malam.
Menurut beliau, sektor pendidikan lebih bersedia di bawah Pelan Pemulihan Negara kerana melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), walaupun sesi persekolahan berkemungkinan dibuka secara berperingkat pada Fasa Ketiga pelan itu.
Jelas Dr Radzi Jidin pelan pemulihan berkenaan juga menjadi asas hala tuju dalam membantu dan memulihkan sektor pendidikan negara selepas lebih setahun lalu terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
Baca juga: Ibu Ayah Kini Boleh Buat Pendaftaran Vaksin Untuk Anak 12 Tahun Ke Atas Melalui MySejahtera
Untuk info lanjut, sila ikuti siaran buletin utama dibawah:
*Sumber: Buletin TV3