Pilihan Editor

Satu Malaysia Kecoh Bila Scha Alyahya Umum Cari ‘Pengganti’! Kenapa? Sebab #Watsonsmti Ke?

5.6K
SHARES

Watsons Malaysia sedang melakukan pencarian wajah baharu influencer terkemuka di Malaysia melalui salah satu pertandingan platform digital media sosial iaitu Watsons Malaysia’s Top Influencer 2018. Acara menerusi media sosial yang melantik selebriti terkenal, Scha Alyahya sebagai jurucakap ini telah bermula dengan cabaran pertama pada 4 October yang lalu dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai.

TOP 25 SUDAH DIPILIH!

Mempunyai 7 cabaran secara total yang perlu dilakukan secara berperingkat, kini sebanyak 25 peserta sudah dipilih untuk meneruskan dengan cabaran ketiga yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Apa yang menariknya, seorang peserta terbaik juga telah dipilih berdasarkan cabaran kedua dan berjaya mendapat Watsons Point sebanyak 1K! Banyak tu!

PARA PESERTA SUDAH MULA BERKEMPEN #watsonsmti

Sebelum memulakan cabaran ketiga, para peserta Top 25 juga sudah mula ‘berkempen sakan’ dengan mencipta fanclub menggunakan #hashtag mereka tersendiri di laman Instagram masing-masing. Memang persaingan yang sengit dapat dilihat dari setiap peserta untuk menunjukkan kreativiti tersendiri. Memang pening kepala nak pilih mana yang kreatif dan berdebar nak tahu siapa yang bakal terpilih! Haa, inilah beberapa peserta favourite admin:

#gengkikin #SquadAthilladhun #teamaiman

#TeamEleena #TeamZarulSukri #TeamLil #teamscarlett

#teamafiq #teameva #teamfj #gengalfi

#teamadirafitrah

CABARAN KETIGA #watsonsmti SUDAH BERMULA! SIAPA AKAN KE TOP 12?

Cabaran ketiga yang diberikan kepada 25 peserta adalah bertemakan ‘Creative Social Media Story’ . Kesemua 25 peserta sudahpun menerima barangan misteri dari Watsons dan perlu mengambil 5 gambar atau video bersama barangan misteri tersebut. Bukan itu sahaja, mereka perlu memuat naik gambar atau video tersebut menggunakan cara yang paling kreatif dan jangan lupa untuk letak #watsonmti dan #ohbulanofficial. Siapakah yang bakal terpilih untuk ke Top 12? Tunggu….

Jangan lupa untuk ke laman Instagram OhBulan (@ohbulanofficial) dan Watsons Malaysia (@watsonsmy) untuk mengetahui segala update terkini. Mana tahu, peserta yang anda sokong boleh menang kan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×