Cantik

Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Siti Khadijah, Tradisi Bertemu Inovasi!

2
SHARES

Jenama telekung terkenal, Siti Khadijah, kini dah melangkah 15 tahun dengan penuh kejayaan!

Sempena ulang tahun ini, Siti Khadijah mencipta sejarah dengan pembukaan rasmi Laman Khadijah – The Home of Siti Khadijah di Nilai.

Apa yang menarik? Pastinya Galeri Pelawat Siti Khadijah jadi tarikan utama!

Bukan sekadar tempat pameran telekung, galeri ini membawa pengunjung menyelami kisah penuh inspirasi di sebalik 15 tahun legasi jenama ini. Dari tradisi ke inovasi moden, semua terserlah di sini.

Majlis perasmian berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Para tetamu VIP, wakil media, dan selebriti diraikan dengan lawatan eksklusif ke sekitar Laman Khadijah. Acara ini turut dimeriahkan dengan sesi demonstrasi jahitan tradisional yang menyerlahkan kehalusan seni pembuatan telekung, yang sinonim dengan jenama ini.

Acara kemuncak pada hari istimewa ini adalah fesyen show eksklusif yang menampilkan koleksi istimewa seperti Hegira dan Anbot.

Koleksi ini dipersembahkan dengan penuh elegan, menggabungkan elemen tradisi dan sentuhan moden. Pertunjukan ini membuktikan bahawa telekung bukan sahaja simbol kesederhanaan, malah mampu menjadi lambang gaya hidup kontemporari.

Tak cukup dengan itu, Festival Siti Khadijah turut berlangsung hingga 25 November 2024 di Laman Khadijah.

Malah, festival ini juga dirasmikan di semua butik Siti Khadijah di seluruh negara hingga 5 Januari 2025, dengan diskaun hebat dan peluang memenangi hadiah premium untuk pembelian minimum RM400.

Jadi, kalau nak rasa pengalaman tradisi bertemu inovasi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Laman Khadijah. Jumpa anda di sana!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×