Dapur

Resipi Egg Muffin 15 Minit Siap. Lazat, Ringkas & Berkhasiat

resipi egg muffin

Bila dah mula sekolah, ibu-ibu mesti asyik cari idea untuk sarapan atau nak buat bekal anak, kan? Kalau boleh mestilah nak yang paling senang tapi tetap sedap dan berkhasiat.

Selain menyediakan nasi goreng, apa kata kita buat sedikit kelainan dengan egg muffin hasil olahan Puan Yanie Rosdi. Hanya 15 minit boleh siap. Bahan-bahan yang diperlukan pun ‘confirm’ dah ada di rumah.

Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.

Resipi Egg Muffin 15 Minit Siap. Lazat, Ringkas & Berkhasiat

Hanya 15 minit dah cukup untuk buat makanan sihat bagi anak-anak. Nak tahu caranya? Jom tengok bahan-bahannya dulu.

Bahan-bahan

  • 5 biji telur
  • Mixed vegetable
  • Esen vanila
  • Serbuk lada putih
  • Secubit garam

Cara-cara

Berikut adalah langkah mudah untuk membuatnya.

1. Campur Bahan

Pertama sekali, campurkan semua bahan di atas dan pukul sehingga sebati.

resepi egg muffin

2. Sediakan Dulang Acuan

Seterusnya, sapukan sedikit planta di dalam dulang acuan. Kalau tak ada planta, boleh juga minyak sapi atau minyak biasa.

3. Tuangkan Ke Dalam Acuan

Sekarang, masukkan bancuhan bahan tadi dalam acuan. Agak-agak jangan terlalu penuh.

4. Bakar

Bila dah isi semuanya dalam dulang, ia bolehlah mula dibakar.

Setkan ketuhar pada 180 darjah celcius selama lebih kurang 15 minit.

5. Siap

Beginilah kejadiannya. Dah siap untuk dimakan begitu saja. Nak cicah dengan sos, mayonis, atau apa-apa pun terpulanglah pada anda. Sedap dimakan panas-panas. Kejap saja dah ‘licin’. Jadi, pastikan ada buat extra untuk Mummy juga ya!

Pelbagaikan Ikut Kreativiti Masing-masing

Anda boleh berksperimen dan masukkan macam-macam lagi bahan kegemaran anda di dalam egg muffin ini. Resepi ini mudah untuk dipelbagaikan mengikut kesesuaian dan bahan yang ada di rumah. Mesti takkan bosan memakannya!

Contohnya, bagi yang suka lebih rasa lemak, boleh parutkan sedikit keju. Kalau suka daging / ayam, boleh juga masukkan sedikit cebisannya. Jika anda anda lebih gemarkan sayuran segar, boleh tukarkan mixed vegetable dengan hirisan sayuran segar seperti carrot, tomato, bayam dan sebagainya.

Selamat mencuba.

 

*Resepi Egg Muffin 15 Minit ini dikongsikan oleh Puan Yanie Rosdi dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang pertanyaan dan lebih banyak perkongsian tips, boleh follow beliau di SINI.

Yang Popular

To Top