Kalau sebelum ini media sosial menjadi viral dengan apam 3 bahan, kek keju 3 bahan, dan kek coklat 2 bahan, kali ini kita tengok satu lagi resepi mudah iaitu kek buah 3 bahan. Maklumlah, kek buah ini pun ada peminatnya tersendiri. Tak semua orang minat pada kek coklat dan kek keju saja, bukan?
Resepi asal hasil olahan CikPuan Aley Arif ini tentunya sangat sesuai disediakan untuk pelbagai majlis mahupun dimakan sendiri di rumah bersama keluarga. Walaupun menggunakan hanya 3 bahan, hasilnya tetap gebu, lembap, dan lembut.
Mari kita ikuti resepi tersebut selengkapnya di bawah ini.
Resepi Kek Buah 3 Bahan
Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 500g dried mixed fruit (boleh dibeli di kedai kek atau pasaraya)
- 1 cawan jus oren (saya guna Minute Maid)
- 1 cawan tepung naik sendiri (tak kisah jenama apa-apa)

Dried mixed fruit 500g

Jus oren Minute Maid

Tepung naik sendiri
Cara-cara
Ini pula disenaraikan langkah-langkah membuatnya yang semudah ABC. Hanya 3 langkah saja!
1. Rendamkan Dried Mixed Fruit
Mula-mula, masukkan dried mixed fruit dalam satu bekas.
Kemudian, masukkan 1 cawan air jus oren. Biarkan selama 2 jam.
2. Gaulkan Tepung
Seterusnya, masukkan 1 cawan tepung naik sendiri. Gaul sebati.
3. Bakar
Apabila adunan dah cukup sebati, bolehlah terus masukkan ke dalam loyang.
Bakar dengan suhu 130°c selama 2 jam.
Inilah hasilnya apabila siap. Nampak sedap tak?
Senangnya, Rugi Kalau Tak Cuba!
Mudah betul cara membuat kek buah ini kan? Kalau agak-agak teringin, cubalah buat sendiri di rumah. Bahan yang digunakan tak banyak, langkahnya juga cukup ringkas.
Selepas ini, anda tak perlu bersusah-payah beli di kedai lagi. Siapa yang dah mencuba sendiri di rumah dengan resepi ini, bolehlah komen dan kongsikan hasilnya kepada rakan-rakan lain. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca di luar sana.
Selamat mencuba!
*Resepi asal kek buah 3 bahan ini adalah hasil olahan Cikpuan Aley Arif dan ia diterbitkan dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh rujuk post asal beliau di SINI.