Bersalin

7 Cabaran Kembali Bekerja Selepas Berpantang. Susah Juga Rupanya…

2K
SHARES

“Baru 2 hari masuk kerja lepas pantang ni, dah rasa tak larat. Tak sangka pula akan rasa letih macam ni. Normalkah?”

Apabila tamatnya cuti bersalin, tentu ibu-ibu rasa gementar dan sedikit kekok untuk kembali bekerja selepas 2-3 bulan bercuti. Rupanya, bukan senang nak ‘tune in’ semula kepada kerja di pejabat. Kehidupan selepas mempunyai anak kecil pastinya akan membawa perubahan dalam rutin harian anda.

Walaupun dah lama bekerja sebelum ini, keutamaan anda telah berubah. Bahkan, beberapa kebiasaan anda mungkin tidak dapat lagi dilakukan. Disebabkan itu, kebanyakan wanita perlu sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan baru ini.

7 Cabaran Kembali Bekerja Selepas Berpantang

Berikut adalah antara cabaran yang bakal dihadapi oleh hampir kesemua ibu yang kembali bekerja selepas tamat tempoh berpantang.

1. Risaukan Bayi

Hari pertama masuk kerja, entah berapa kali anda menelefon pengasuh untuk bertanyakan sama ada bayi anda OK. Ada juga yang minta dihantar gambar dan video setiap 1-2 jam.

Perasaan ini memang normal kerana sebelum ini 24 jam anda bersama bayi. Bila kali pertama meninggalkan mereka untuk dijaga oleh orang lain, tentulah ada sedikit kerisauan dan paranoid – walaupun dijaga oleh ibu sendiri.

Foto Kredit: islamiclife.com

2. Rutin Mengepam

Sesetengah wanita beruntung jika mempunyai majikan yang sangat menyokong penyusuan ibu. Jika tidak, ibu perlu mencari jalan agar mereka dapat mengambil sedikit masa untuk mengepam dan menguruskan susu perahan di pejabat. Ada juga yang terpaksa mengepam di dalam kereta dek kerana tak sempat mengepam di pejabat.

Hal berkaitan stok susu perahan memang boleh merunsingkan, macam-macam yang tak lekang dari fikiran; Cukupkah stok? Dapatkah memerah dengan konsisten di pejabat nanti? Mahukah si kecil meminumnya? Kalau kena balik lewat macam mana? Bolehkah pengasuh menguruskannya? 

Foto Kredit: jezebel.com

3. Menyesuaikan Waktu Hantar / Ambil Anak Dari Pengasuh

Berbanding dengan sebelum ini, anda atau pasangan perlu menyusun semula jadual untuk menghantar serta mengambil anak di pengasuh / taska.

Kini anda perlu bersiap lebih awal, menyiapkan anak, serta menyediakan segala keperluan dalam begnya. Waktu balik pula, anda perlu pulang tepat pada waktu agar tak terlewat mengambil anak. Tiada lagi istilah stayback, overtime, atau lepak-lepak dengan kawan sementara menunggu trafik reda. Setiap minit kini lebih bermakna!

berhenti kerja jaga anak

Foto Kredit: thestar.com

4. Memilih Pakaian yang Sesuai

Baju ni dah tak muat, baju tu tak ada butang. Baju ni pendek, baju tu pula kurang sesuai. Semuanya serba tak kena!

Selain perubahan dari segi emosi, ibu juga akan mengalami perubahan fizikal. Dengan status sebagai ibu menyusu juga, kini anda perlu menitikberatkan lebih banyak kriteria untuk mengenakan pakaian yang sesuai untuk menyusukan bayi atau mengepam susu.

Dalam masa berpantang juga, tidak semestinya kita akan mendapat semula bentuk badan yang dahulu. Kita pula dah biasa berkain batik dan berpakaian rumah. Jadi, pening kepala juga nak memilih baju formal ke pejabat. Tahu-tahu saja dah tak muat!

Foto Kredit: weight.sdghealth.com

5. Bekerja Dalam Keadaan Kekurangan Tidur

Bekerja atau tidak, ada masanya bayi tetap akan berjaga malam. Puas disusukan dan didodoi, mata mereka tetap tak mahu dipejam. Kita yang letih melayan sampai ke pagi. Masalahseperti ini masih boleh berlaku walaupun si kecil telah menginjak usia 3 bulan, lebih-lebih lagi ketika mereka kurang sihat atau sedang dalam proses menyesuaikan diri kepada perubahan.

Bila dah sampai pejabat, mulalah rasa pening kepala, tidak bermaya, hilang fokus, dan tersangat mengantuk. Kalau setiap hari begini, sesiapa pun boleh bertukar jadi zombie!

Foto Kredit : nutritionistcolumn.blogspot.com

6. Suasana Tempat Kerja Yang Dah Berubah

Sekembalinya anda ke tempat kerja setelah cuti bersalin, mungkin ada rakan sekerja anda telah berpindah, mungkin ada polisi baru yang telah ditetapkan, dan mungkin juga ada perkara baru yang anda tak pernah tahu.

Suasananya tidak lagi seperti dahulu dan anda rasa sedikit terasing apabila belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru itu. Bahkan, segalanya terasa lebih mencabar kerana kini anda perlu mengimbangi pekerjaan dengan kehidupan sebagai seorang ibu.

cara hilangkan gemuruh

Foto Kredit: antennaconsulting.com

7. Kepenatan

Semua perubahan yang dinyatakan di atas ini pastinya akan menjadikan anda sangat penat. Keletihan yang dirasakan bukan sekadar di pejabat, tetapi juga di rumah.

Banyak lagi kerja rumah yang tak pernah habis, dengan tanggungjawab sebagai ibu menguruskan bayi yang tak pernah ada istilah ‘bercuti’. Sebagai seorang isteri juga, kita sentiasa berusaha melayan suami dan menyediakan keperluan mereka walaupun masa yang terluang semakin terhad.

Foto Kredit: parenting.com

Ambil Masa, Jangan Terlalu Stres

Masa peralihan ini sememangnya bukan fasa yang mudah untuk dilalui. Rasa stres, risau, dan suasana kelam-kabut pasti akan terjadi. Namun, sedikit demi sedikit anda pasti akan terbiasa dan dapat mengendalikannya dengan lebih lancar setiap hari. Jika terlalu sukar, pertimbangkanlah untuk mengambil cuti tambahan bagi menguruskan semua keperluan dengan lebih efisyen.

Sebagai suami, bantulah isteri dan berilah sokongan yang tidak berbelah bagi. Luangkan masa dan tanyakan keperluan mereka. Sama-sama mesti toleransi. Jangan anggap ini semua urusan isteri seorang diri saja ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×