Hospital

Pengalaman Bersalin di KPJ Kuching Specialist Hospital, Sarawak

84
SHARES

Jenis Hospital: Swasta

Alamat:

Lot 10420, Block 11, Tabuan Stutong Commercial Centre
Jalan Setia Raja, 93350 Kuching, Sarawak

Nombor telefon: (6) 082-365 777

Laman web: http://www.kpjkuching.com/

Email: [email protected]

Lokasi :

https://goo.gl/maps/J7xGvv8431n

 

[toggle title=”Tentang KPJ Kuching Specialist Hospital” state=”open”]
pengalaman-bersalin-di-kuching-specialist-hospital-logo

Hospital Pakar Kuching (KcSH) merupakan hospital ke-12 di bawah naungan ‘KPJ Healthcare Bhd, kumpulan penjagaan kesihatan yang terbesar di Malaysia dan Wilayah Asia Tenggara. Hospital Pakar Kuching dimiliki dan diuruskan oleh Johor Corporation dan merupakan kumpulan utama pembekal penjagaan kesihatan pakar di Malaysia yang mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman.

Bangunan 4 tingkat KPJ Kuching Specialist Hospital, padat dalam reka bentuk dan dilengkapi dengan standard antarabangsa terletak di Pusat Komersial Tabuan Stutong, Tabuan Laru dan kira-kira 10 kilometer dari Bandaraya Kuching.

Hospital Pakar Kuching akan menjadi hospital sehenti yang menawarkan pelbagai rawatan pesakit luar dan pesakit dalam perkhidmatan pakar antara pencegahan, diagnosis dan rawatan pelbagai penyakit dan keadaan perubatan untuk anestetik prosedur. Terdapat juga pakej saringan kesihatan kami yang direka khas untuk memenuhi keperluan individu dalam kumpulan umur yang berbeza.[/toggle]

1. Kos / Harga Bilik

Suite VIP RM 450.00
Single Standard RM 180.00
2 Katil RM 120.00
3 Katil RM 100.00
Inkubator RM 80.00
Buaian RM 44.00
ICU (Unit Rawatan Rapi) RM 250.00
HDU (Unit Pergantungan Tinggi) RM 200.00
Bilik kes hari RM 40.00 (6 jam pertama)

2. Harga / Kos Bersalin

  • Bersalin normal:RM3000
  • Bersalin pembedahan : RM6000++

 

3. Pakej Bersalin

Tiada pakej.

 

4. Servis, Kemudahan dan Fasiliti

Pemeriksaan Pra-Natal

Kelas Pra-Natal

Pakej Scan 4d

Obstetrik & Ginekologi

 

5. Senarai Doktor Pakar

Obstetrics & Gynaecology

Dr. Chen Kien Nam

Dr. Tan Yiap Loong

Dr. Wendy Loh Leh Hung

 

6. Pengalaman Bersalin Di KPJ Kuching, Sarawak

Di sini kami ingin berkongsi beberapa petikan dan pautan daripada beberapa blogger yang telah menceritakan pengalaman bersalin melalui blog mereka.

Pengalaman Bersalin Di KPJ Kuching, Sarawak, 2014

Antara kisah bersalin yang paling menarik adalah daripada Mama of 3 Gorgeous Babies.

Seronoknya apabila membaca kisahnya yang berjaya bersalin tanpa sebarang koyakan dan tak perlu jahitan!

Ini antara petikan daripada blog post tersebut:

“Saya mmg dah nk teran…..mengiring ke kiri dlm keadaan tenat…saya rasa mcm nak putus dua bdn ni tahan sakit.. hubby kat sebelah dah usap2 kepala…bg semangat.. sakit sgt sampai saya xsedar saya gigit tangan hubby….huhu… Dorang tolak plak g bilik bersalin… Masuk je labor room…Dr Wendy pun sampai… -Terus aktiviti teran meneran bermula… Dr.Wendy mmg baik….maklumlah…swasta kan…saya rasa tenang je wpun sakitnya Allah Taala je yg tau… -Yang handle kat dlm cuma Dr.Wendy dan 2 nurse saje…my hubby mmg kat sebelah genggam tgn saya jd tukang sorak… ….okay..push..push…your baby almost nampak sudah…jgn putus teran…ok..ok..smooth..ok..tarik nafas you….ok..ok..hold your nafas there..ok..ok u push again…ok..ok…there u go your baby shoulder now…ok..ok..”
“…..Apa yang best nya lagi ialah…bila Dr.Wendy cakap pandai u teran…xda koyak..so u xda luka..n xda nak jahitlah ho…Tahniah.. for your baby…besar ho your baby…hihi apalagi…happy nye… xda koyak..xda jahit…Alhamdulillah…”
Menarik kan? Baca selanjutnya di sini untuk mengetahui maklumat seperti gambar dan kos bersalin yang ditanggungnya.

Pengalaman Bersalin Di KPJ Kuching, Sarawak, 2013

Ini pula pengalaman Balkidz Hunny yang melahirkan anak keduanya di KPJ Kuching.

# 2.45pm – Sampai KPJ Kuching. Kalau ikutkan macam kene pergi emergency la kan. Tapi aku taknak sebab aku rasa baik pegi jumpa doktor dulu tengok keadaan camne kan. Kot baru 1-2cm bleh balik pi makan-makan ke tengok wayang ke. HAHA. Sempattt je pikiran aku kan.

# Nasib baik klinik tingkat 1, aku menapak je lah tunggu lift lama nau. So, aku pun Q lah kat klinik tu. Dr Wendy nampak aku terus panggil masuk potong Q sebab nak check bukaan. VE adalah sesuatu yang tidak menyelesakan masa experience aku 1st baby. Tapi kali ni aku rasa sangat okay.

# 4pm – Dah sejam nie, aku still rasa sakit tak berapa nak sakit. Sama je macam kes Isya dulu. Pastu diorang offer epidural pun aku taknak sebab sakit aku rasa masih mampu ditahan. Aku request nak jalan-jalan jap kat nurse tue. Pastu aku pun praktikkan senaman dalam LR yg aku baca. Nasib baik husben ada, so dia pun support sekali tolong. Squat la, half-squat la semua aku buat. Hehehe

Nak tahu apa yang berlaku seterusnya? Ikuti pautannya di sini: http://chentaqieshzahir.blogspot.my/2013/12/b-2nd-badriena.html

Bagaimana dengan anda?

Pernah bersalin di KPJ Kuching? Jika pernah, kongsikan pengalaman bersalin anda di ruangan komen di bawah. Bukannya apa, sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit maklumat, panduan dan manfaat untuk bakal ibu yang lain!

Melalui blog Kuching With Kids, kami ada juga terjumpa ‘review’ dan perbandingan beberapa hospital swasta di Kuching yang terkenal. Sedikit sebanyak membantu anda mengetahui beberapa perkara tentang hospital yang anda pilih untuk bersalin.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×