Hebahan

Pelajar CUCMS Bawa Program Amal Ke Tahap Yang Lebih Tinggi

765
SHARES

Pelajar Perubatan tahun keempat dari Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) telah menganjurkan program amal yang dinamakan Program Kesedaran Perubatan Holistik CUCMS-Acheh 2016 (CHARMS) di Banda Aceh, Indonesia yang berlangsung pada 26 hingga 30 Julai 2016. Program ini bertujuan untuk membentuk dan meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang seperti komunikasi, klinikal dan pengurusan.

charms-2016-medicak-check-up-team-rumpet

Pada Disember 2004, Banda Aceh telah musnah dilanda gempa bumi dan tsunami yang terjadi sepanjang pantai Aceh. Bencana alam tersebut meragut lebih 221,000 nyawa di Aceh dan sebagai impak dari kejadian tersebut, Banda Aceh mengalami pembangunan yang perlahan dari segi kesihatan, pendidikan, infrastruktur dan banyak lagi. Atas sebab tersebut, pasukan pelajar CUCMS telah memilih Aceh sebagai destinasi untuk melaksanakan program ini.

CHARMS menyokong semangat komuniti dan memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar. Ia memperkenalkan pelajar kepada dunia sebenar sebagai seorang profesional dalam bidang penjagaan kesihatan disamping memberi pendedahan kepada mereka untuk memahami kepentingan peranan seorang pengamal perubatan dalam masyarakat.

prof-latiff-give-briefing-regarding-sunathon

Prof Dr Abdul Latiff Mohamed, Timbalan Presiden Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa berkata, “Program ini adalah benar-benar penting dan berharga untuk para pelajar dimana ia memberi mereka perspektif holistik yang baru untuk melihat masyarakat. Kami percaya dengan pengalaman amali, pelajar-pelajar kita akan belajar apa yang diperlukan untuk menjadi seorang pengamal penjagaan kesihatan, ”

Tujuan utama program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran pada masa yang sama mendidik orang ramai untuk mengelakkan penyakit dengan menjaga alam sekitar dan melakukan pemeriksaan kesihatan dengan kerap. Pelajar CUCMS menjalankan pemeriksaan kesihatan, pergigian dan memberi latihan Asas Sokongan Hayat (Basic Life Support) untuk orang awam bagi menghadapi kecemasan dimasa depan.

villagers-from-all-over-lhoong-district

Antara acara yang dijalankan ialah berkhatan beramai-ramai yang dilakukan oleh pasukan Sunathon. Sebanyak 30 kanak-kanak telah menjalani proses berkhatan dan ia merupakan sesi yang berjaya. Kehadiran ibu bapa mereka membantu untuk menenangkan kanak-kanak sambil pasukan Sunathon menjalankan proses berkhatan.

CHARMS berfungsi untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada masyarakat dan CUCMS telah menjalankan program-program amal ke negara-negara jiran seperti Vietnam, Kemboja dan Filipina atas sebab yang sama. Rawatan yang dijalankan adalah gabungan pendekatan moden dan Islam malah semua ubat-ubatan yang dibawa adalah halal dari Malaysia.

charm-2016-rumpet

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Dakwah di Aceh Dr Tgk Hasanuddin Yusuf Adan MCL MA berkata, “Cyberjaya University College of Medical Sciences menggunakan pendekatan Islam dalam amalan penjagaan kesihatan dimana sama seperti pengamalan di hospital di Aceh. Kami sedang berusaha untuk menerima pakai kaedah yang sama dalam masa terdekat untuk masyarakat setempat. ”

Pihak kami amat gembira kerana dapat membantu orang dan meningkatkan taraf kesihatan mereka pada masa yang sama. Sepanjang program ini, peserta dijangka dapat meningkatkan potensi mereka dan membina kekuatan seperti mental, fizikal, rohani dan emosi. Sebagai satu pasukan, mereka perlu mempunyai persediaan yang cukup dari segi psikomotor, kemahiran kognitif, kerjasama dan semangat pasukan demi memainkan peranan masing-masing di sepanjang program berjalan.

charms-2016-banda-aceh-lhoong

“Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua peserta menjadi inspirasi dan kami sebagai tenaga pengajar gembira kerana dapat memupuk sifat ambil berat tentang orang ramai dalam diri pelajar-pelajar kami.” tambah Prof Dr Abdul Latiff.

Kolej Universiti Cyberjaya berharap program ini akan memberi pengajaran yang berguna kepada para peserta untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih baik dalam kerjaya masa depan kerana mereka memahami bahawa setiap nyawa adalah penting. Ia selaras dengan nilai yang diterapkan oleh Kolej Universiti Cyberjaya, iaitu “Memupuk Semangat untuk Menjaga”.

 

MENGENAI CYBERJAYA UNIVERSITY COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES (CUCMS)

Cyberjaya University College of Medical Sciences merupakan universiti peringkat atasan di Malaysia yang menumpukan perhatian kepada program-program penjagaan kesihatan. Universiti tersebut telah menerima penarafan Tahap-5 (Cemerlang) oleh MQA. Terletak secara strategic di Cyberjaya, universiti tersebut kini mempunyai lebih daripada 3,500 pelajar yang mendaftar di lebih daripada 20 program. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603 8313 7000 atau menerusi emel di [email protected].

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×