Asuh

Patutlah Anak Kuat Meragam Sejak PKP, Rupanya Mak Ayah Salah Susun Rutin Harian…

20
SHARES

Perkara yang merunsingkan bagi seorang ibu ialah ketika anak kecil mereka merengek dan menangis tanpa sebab. Bagi ibu yang bekerja, mereka akan menjadi lebih bingung kerana perkara seperti ini jarang dihadapi oleh mereka kerana anak mereka pasti dijaga oleh pengasuh. Perkara ini kadangkala membuatkan ramai ibu risau akan perkara tersebut. Sesetengah mereka juga merasakan ini adalah tidak normal atau anak mereka sakit. Walaubagaimanapun, perkongsian oleh Pakar Laktasi, Dr Nurhaya Yacob melalui laman Facebook Lactation Center menerangkan perkara sebenar yang berlaku.

Perlu Tahu Rutin Harian Anak

Dalam tempoh PKP ni memang ramai yang PM kata anak dia tak mahu menyusu, asyik menangis keraskan badan. Maknya pula sangat yakin anaknya itu lapar, tapi apabila nak di susukan bayi mengamuk dan ibu bingung kenapa. Adalah kerana susunya atau anaknya sakit. Anaknya berusia 5 bulan.

Benda pertama saya akan tanya dulu adalah apakah rutin anak? Masa itu masa tidur ke? Anak sebelumnya tidur bila? Dah berapa lama berjaga?

Nampak macam remeh je kan, tapi apabila ia menganggu penyusuan sehingga mak sampai bebai “tak nak menyusu sudah” maka saya kira sedikit sebanyak perlulah saya kongsikan sedikit ilmu tentang ini.

Ketegangan PKP ini nyata. Walaupun sudah 30 hari dan kita sudah mulai selesa, tapi tekanan tetap ada. Lebih tertekan lagi apabila kita tak tahu rutin anak kerana di jaga oleh penjaga ataupun kita tertekan nak terkejar-kejar dengan work from home, anak dan keperluan di rumah seperi kerja rumah dan makan minum anak dan keluarga.

Namun anak yang menangis tadi itu mungkin dia lapar. Tapi laparnya mungkin juga di selubungi dengan overtired atau keletihan melampau. Kita mungkin tak sedar kerana kita buat kerja macam biasa, anak menangis di kira feeding cue dan ambil menyusu. Tetapi sebenarnya anak sudah berada di dalam keadaan letih melampau.

Anak Anak Perlu Tidur Yang Cukup

Menurut American Academy of Pediatric (AAP) yang menyokong American Academy of Sleep Medicine :

Bayi 4 bulan sehingga 12 bulan perlu mendapatkan tidur kira-kira 12 ke 16 jam dalam sehari/24jam untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. Jumlah masa ini juga termasuk dengan tidur siang (naps) Sekiranya ibu lihat anak tidur jam 10 malam bangun jam 6 pagi. Di situ anak ibu sudah dapat 8 jam tidur. Bangun menyusu itu biasa dan perlu(on demand). Ini bermaksud balance 4-8 jam lagi perlu di dapatkan ketika tidur siang/nap. Dan anak usia 4 bulan hingga 12 bulan boleh berjaga kira-kira 3 ke 4 jam dalam satu-satu masa.

Maksudnya kalau anak bangun jam 6 pagi jam 9 pagi ibu sudah perlu prep anak untuk tidur. Kalau anak sudah nap terlebih dahulu sebelum jam 10 itu tak apa, tapi sekiranya lebih dari waktu itu contohnya jam 11 pagi ibu baru selesai semua kerja rumah dan memasak anak mungkin ok bermain bersendiri atau dengan anak-anak yang lain, anak itu akan menjadi terlalu letih dan meragam. Tantrum dan cranky sangat-sangat.

Walaupun anak tadi terlihat girang ketika bermain dengan adik beradik yang lain, ibu sebaiknya mula menyediakan anak untuk tidur dan mulakan rutin tidur seperti gelapkan bilik, dinginkan dan lakukan rutin. Ini kerana mereka sudah terlalu letih. Tapi antara main dan tidur, mestilah main lagi best. Jadi anak leka. Mengantuk dan terlalu letih adalah berbeza. Tak sama.

Sebaiknya ibu mula melihat rutin anak yang satu ini. Iaitu tidur. Jangan biarkan anak overtired. Ini boleh menganggu proses penyusuan ibu. Nap pula kira-kira 1-3 jam. Akhirnya nanti ibu akan dapat jumlah jam tidur seperti yang di sarankan oleh AAP. Anak sekitar usia begini akan nap kira-kira dua kali sehari.

Anak 1 tahun hingga 2 tahun pula tidur kira-kira 11 ke 14 jam dalam sehari/24jam untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. Jumlah masa ini juga termasuk dengan tidur siang (naps) Mereka sudah boleh berjaga agak lama 4 hingga 5 jam. Maka nap mereka di siang hari boleh sekali sahaja pada jam 1 tengah hari contohnya.

Anak-anak 3 hingga 5 tahun perlu mendapatkan 10-13 jam dalam sehari/24 jam untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. Jumlah masa ini juga termasuk dengan tidur siang (naps). Insyallah dengan menjaga masa tidur anak, ibu akan menjadi lebih efektif dalam menguruskan masa dan kerja di rumah. Sebelum ini mungkin kita tak berapa beri perhatian kerana anak di jaga oleh penjaga pada waktu bekerja.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Dr Nurhaya Lactation Center

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×