Famili

Olympus Anjur Bengkel Teknik ‘Light Painting’ Secara Percuma. Boleh Cuba Praktikkan Raya Ni!

11.3K
SHARES

Dah jadi kebiasaan sebagai ibu bapa, kita mesti nak abadikan detik-detik manis anak-anak. Pantang anak buat keletah yang comel sikit, semua nak ambil gambar. Nak-nak bila menjelang musim perayaan ni. Mesti anak-anak teruja dapat bermain bunga api. Dan kita pun dapat bonding time bersama mereka.

Jika ini pengalaman pertama anak anda bermain bunga api, takkan tak nak simpan kenangan menarik ni kan. Lagi best  kalau anda menggunakan kamera Olympus nak rakam momen si kecil. Sebabnya, kami ada berita baik buat anda.

Pengguna Olympus boleh sertai bengkel mereka secara percuma!

bengkel Olympus

Kredit gambar Facebook Ks DuKhong Wai Cheong

Pengguna kamera Olympus kena dengar ni. Sebenarnya anda boleh sertai bengkel yang dianjurkan oleh Olympus tau. Anda hanya perlu bawa kamera Olympus dan tripod  sahaja. Rugi kalau tidak sertai kerana kemasukan adalah percuma.

Untuk pengetahuan anda, pada 20 April 2019, bengkel Olympus telah dijalankan berhampiran Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Bengkel outdoor ini dikendalikan oleh KS Du, seorang pengajar fotografi berpengalaman. Admin juga tidak lepaskan peluang berharga ini untuk turut serta.

bengkel Olympus

Ini adalah kali pertama admin sertai bengkel melibatkan fotografi. Sekarang anda pasti tertanya-tanya, apa yang admin dapat daripada bengkel Olympus ini? Admin memang mahu kongsikan dengan anda kerana ia sangat sesuai digunakan sewaktu raya nanti.

Belajar cara ambil gambar ‘light painting’ yang cantik dan kreatif

Daripada bengkel Olympus ini, admin dapat tahu cara yang betul untuk ambil gambar light painting. Apa itu light painting? Light painting adalah suatu teknik dalam fotografi yang menggunakan cahaya sebagai alat untuk melukis sesuatu bentuk dalam gambar.

Masih kurang faham? Sini admin tunjuk contoh yang diambil. Bila tengok hasil gambar, agak kagum. Selalu pandai ambil gambar biasa saja. Sekarang, macam tak sangka pula boleh hasilkan gambar sebegini.

Gambar light painting diambil dengan kamera Olympus

Kredit gambar Facebook Ks DuKhong Wai Cheong

 

Gambar light painting diambil dengan kamera Olympus

Kredit gambar Facebook Ks DuKhong Wai Cheong

Gambar light painting diambil dengan kamera Olympus

Kredit gambar Facebook Ks DuKhong Wai Cheong

Gambar light painting diambil dengan kamera Olympus

Kredit gambar Facebook Ks DuKhong Wai Cheong

Gambar light painting diambil dengan kamera Olympus

Kredit gambar Facebook Ks DuKhong Wai Cheong

Admin paling suka cara KS Du mengajar sewaktu bengkel dijalankan. Dia sentiasa beri peluang kepada pelajarnya untuk cuba sendiri. Siap ada yang jadi model. Lampu pun mereka sediakan. Bolehlah buat bentuk ikut kreativiti sendiri. Syoknya!

Ingatkan leceh untuk hasilkan gambar light painting. Ternyata silap besar. Rupanya lagi mudah dengan kamera Olympus. Hal ini disebabkan ciri menarik yang ada padanya. Jom admin tunjuk ciri tersebut..

Kenapa senang ambil gambar light painting? Sebab ciri live composite pada kamera Olympus!

kamera Olympus

Kamera Olympus memiliki ciri live composite  yang membolehkan anda untuk mengambil gambar light painting  dengan lebih mudah. Anda hanya perlu pilih AP Mode, live composite, dan tekan butang shutter, terus dapat gambar light painting  yang anda inginkan.

Gambar light painting diambil dengan kamera Olympus

Pada awalnya memang agak keliru dengan penggunaan ciri live composite ni. Tapi lama kelamaan, anda akan mula terbiasa dengannya. Malahan, anda akan dapat buat pelbagai bentuk yang menarik. Kalau anda lebih kreatif, boleh dapat hasil yang cantik!

Tak tahu kamera Olympus mana yang sesuai untuk anda? Tidak perlu pening. Kat sini admin nak syorkan satu kamera Olympus yang admin guna semasa bengkel Olympus. Serius mudah digunakan.

Kamera Olympus PEN E-PL9, ringkas dan mudah digunakan!

kamera olympus pen e-pl9

Admin menggunakan kamera Olympus PEN E-PL9 yang sangat user friendly. Jika anda tidak sukakan kamera yang berat, boleh pilih kamera ini kerana ianya ringan. Paling best, mudah grip. Selesa untuk dipegang. Tak ada rasa tergelincir langsung.

Kamera Olympus PEN E-PL9 mempunyai fungsi touch screen. Kalau anda mahu adjust  auto-fokus pun boleh. Ikut sukalah. Kamera ni mirrorless  jenis LCD. Anda hanya perlu tekan sahaja kat mana-mana yang anda mahu fokuskan. Mudahnya!

perempuan dengan kamera

Bagi anda yang sering aktif di media sosial, pasti suka dengan kamera ni. Kamera Olympus PEN E-PL9 didatangkan dengan sistem Bluetooth dan penyambungan Wi-Fi. Ia juga mempunyai AP (Advanced Photo). Jimat bateri. Jangan risau.

perempuan dengan kamera

Elok juga kan kalau beli kamera Olympus ni bukan? Boleh sertai bengkel yang mereka buat secara PERCUMA. Bagi anda yang sudah terlepas mengikuti bengkel terdahulu, tidak perlu gusar. Kenapa?

Banyak lagi bengkel yang anda boleh sertai bersama Olympus nanti!

Anda menyesal sebab terlepas bengkel yang lepas? Take noteOlympus akan mengadakan banyak lagi bengkel untuk anda sertai. Pengajar mereka akan beri tunjuk ajar pada anda dari mula sampai akhir. Taklah terpinga-pinga nanti.

>>>> KLIK SINI UNTUK KETAHUI INFO BENGKEL SETERUSNYA <<<<<

Diingatkan yang bengkel ini PERCUMA untuk pengguna kamera Olympus. Anda perlu bawa tripod  sendiri supaya mudah mengambil gambar. Admin boleh jamin yang anda takkan menyesal kalau sertai bengkel ni. Memang bagus!

Raya nanti banyak main bunga api. Sesuai sangatlah. Boleh cuba dengan kamera Olympus waktu raya nanti. Pakat dengan keluarga dan kawan-kawan untuk ke bengkel Olympus. Lebih ramai, lebih meriah! Jika anda mahu mengenali tentang pengajar KS DU, sila ke Facebook dan Instagram beliau di bawah.

Untuk perkembangan terkini tentang Olympus, anda boleh like  dan follow  mereka di Facebook Olympus Malaysia berikut. Selamat berbengkel bersama Olympus!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×