Baby shaming dalam kalangan ibu bapa ternyata adalah perkara yang berlaku secara realiti. Mungkin ramai dalam kalangan kita beranggapan bahawa perkara ini adalah remeh namun, kita tidak tahu hati dan perasaan kepada anak-anak yang diperlakukan sebegitu.
Sikap membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain haruslah dihentikan. Hal ini kerana, setiap anak-anak yang dilahirkan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
“No Baby Shaming Please”
Sebelum Kakak Alya genap 5 tahun tahun ni, nak simpan sini satu cerita pasal dia. Cerita tentang ibu bapa yang tak ada sensitiviti terhadap ibu bapa lain. Alya lahir sebagai full-term baby dengan berat 2.38kg. Dari awal pregnancy, sampailah lahir, semuanya sihat dan normal. Lahir pun normal. Doktor pun cakap berat lahir dia normal. It was a happy journey for both of us indeed.
Tapi bila jumpa dengan mak-mak/ayah-ayah yang kurang sensitiviti ni (aka mak pak bawang), macam-macam diorang cakap pasal Alya. Masa tu Alya masih baby.
“Lahir tak cukup bulan ke?”
“Wah ringannya, dukung pun rasa nak melayang je”
“Tak cukup menyusu ke? Kurus je nampak baby ni..”
“Tak tembam lah, tak macam anak saya ni, lengan dengan peha dia sampai berketak-ketak, haha”
“Dah campur FM pun tak bulat ye? Anak saya fully BF je pun dah bulat”
“Anak-anak I takde macam anak you ni. Anak you ni kurus je. Anak-anak I bulat-bulat semuanya”
Dan macam-macam lagi lah ayat shaming yang ditujukan pada Alya (and indirectly pada ibu ayah Alya la kan). Tapi kita cuba senyum je walaupun tersinggungnya hati tu Allah sahaja yang tahu.
4 tahun kemudian, bila Alya jumpa balik dengan anak-anak mak pak bawang ni semula, terkejut diorang tengok Alya dah lebih tinggi dan lebih berat berbanding dengan anak-anak diorang yang pernah tembam dan berketak-ketak pehanya suatu masa dahulu. Tinggi tu obvious la boleh nampak bezanya. Berat pulak lebih kurang berat budak umur 8, sedangkan umur Alya masa tu baru je 4 tahun.
Maka sibuklah mak pak bawang ni duk tanya pulak kat ibu ayah Alya, bagi Alya makan apa, minum susu apa sampai boleh tinggi dan berat macam tu. Hmm, bukan ke korang yang lebih pandai menghasilkan anak-anak yang bulat nan tembam? Tanya kami pulak buat apa? Dulu duk kata kami ni macam tak pandai bagi anak makan sebab tu anak kurus kan? Kan?
Teringat balik masa Alya umur 4 hari dulu, ada seorang doktor perempuan yang sangat comel. Kita takde tanya apa pun pasal berat Alya masa tu, tapi tiba-tiba dia cakap,
“Puan jangan risau ye baby kecik masa lahir. Anak saya pun lahir kecik je macam ni, tapi bila besar nanti, dia pintas tinggi dengan berat baby yang lahir tembam-tembam tu. Kecik sangat anak saya sampai saya kene pakaikan dia baju pre-mature born sebab newborn besar sangat..” Macam tau-tau je Alya bakal kena baby shaming kan.
Gambar Alya dengan kawan sebaya dekat rumah pengasuh lama. Masa ni dua-dua umur 4 tahun. Perbezaan tinggi yang buatkan mak pak bawang datang bawak phone nak catat apa makanan dan susu yang ibu bagi pada Alya.
TAK PERLU BANDING-BANDING ANAK DENGAN ANAK ORANG LAIN
Moral of the cerpen:
1. Tak perlu bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Dalam adik-beradik kita pun berat lahir tiap-tiap seorang mustahil sama kan? Inikan pulak anak orang lain. Bersyukurlah kalau anak awak lahir tembam bulat, tak perlu kutuk anak orang kurus. Dr Imelda pun ada cakap orang Malaysia tak perlu sibuk nak anak tembam macam anak mat saleh sebab Malaysia negara panas, tak ada keperluan ekstra lemak pada baby. Anak mat saleh bam2 sebab tempat diorang tu sejuk.
2. Kalau tak ada benda baik nak cakap pasal anak orang, tak perlu cakap apa-apa lebih baik. Paling baik, tak perlu pun datang melawat baby baru lahir kalau dah ada plan nak bandingkan anak orang tu dengan anak kita. Jangan beri tekanan pada ibu baru melahirkan dengan perbandingan yang tak berasas contoh macam anak siapa lebih ketak pehanya atau siapa mampu fully BF lebih lama.
3. Rezeki kita tak sama. Mungkin rezeki awak anak lahir tembam, rezeki saya pulak anak lahir ringan, jadi saya tak sakit pinggang bila dia nak berdukung je… Nampak.. ada hikmah dalam setiap kejadian. Cukuplah kita bersyukur dan positif dengan setiap rezeki yang kita terima. Tak perlu banding-membanding dengan rezeki orang lain.
Sekian cerpen petang Jumaat. Renung-renungkan dan selamat membesarkan anak masing-masing dengan sihat, ceria dan gembira.
Sumber: Affira Mastika