Nur

Niat Mandi Wajib (Mandi Hadas /Junub) Dalam Rumi. Ringkas & Mudah Hafal

1K
SHARES

Niat mandi wajib amat mudah sebenarnya.

Yang penting, kita faham kenapa dan bila kita perlu mandi wajib dan bagaimana cara melaksanakannya.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentangnya.

Hukum Mandi Wajib

Allah SWT mensyariatkan mandi wajib bagi seseorang yang berjunub sebelum melakukan beberapa ibadah seperti mendirikan solat, tawaf, memegang mushaf al-Quran, beriktikaf di masjid dan seumpamanya.

Ini adalah berdasarkan firman Allah di dalam al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci.

(Surah al-Nisa’: 43)

Begitu juga, firman Allah SWT lagi:

وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ

Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.

(Surah al-Maidah: 6)

Sebab Mandi Wajib

Para ulama’ telah menetapkan beberapa perkara yang menyebabkan wajibnya mandi keatas seseorang sebelum dia melaksanakan ibadah. Perkara-perkara tersebut sepertimana yang disebut di dalam kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah ialah:

  • Jima’ atau tenggelamnya hasyafah (kepala zakar) ke dalam faraj
  • Keluar air mani
  • Keluar darah Haid
  • Keluar darah Nifas
  • Keluar darah Wiladah
  • Mati

(Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 114-117)

haid selepas bersalin niat mandi wajib

Foto Kredit: babynext.ru

Cara Mandi Wajib & Syarat Sah

Para ulama’ telah menetapkan bahawa syarat fardu bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:

  1. Niat
  2. Menghilangkan najis jika sekiranya ada pada badan.
  3. Meratakan air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan.

(Rujuk Matan Ghoyah wa al-Taqrib: 21)

Ini bermaksud, kalau dah cukup kita lakukan 3 perkara ini, mandi wajib kita sah.

Perkara lain seperti mengambil wudhu dan mendahulukan anggota kanan adalah termasuk dalam perbuatan sunat.

Rujuk cara mandi wajib yang lengkap oleh JAKIM dalam gambar rajah di bawah ini:

Cara Mandi Wajib Yang Betul, Untuk Lelaki & Perempuan Dari JAKIM

Foto Kredit: Majalah Cahaya, JAKIM

Niat Mandi Wajib Dalam Rumi & Arab

Niat mandi wajib dalam rumi ialah seperti berikut:

“Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Ringkas kan?

Bergantung pada sebab mandi wajib, kita boleh juga berniat mandi hadas begini:

  1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
    “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
    “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
  2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
    “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
  3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
    “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Jika mahu gunakan niat mandi wajib yang lebih panjang dan lengkap dalam Bahasa Arab, boleh hafalkan lafaz ini:

Contohnya:

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ اْلحَدَثِ اْلأَكْبَرِ فَرْضًا لِلهِ تَعَالَى

“Nawaitul ghusla li raf’il hadatsil akbari fardhol lillahi ta’ala.”

Maksudnya: “Sahaja aku mandi kerana mengangkat hadas besar, fardhu ke atasku, kerana Allah Taala.”

Atau

نَوَيْتُ رَفْع اْلحَدَثِ اْلأَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى

“Nawaitu raf’al hadatsi akbari lillahi ta’ala.”

Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”

Cara mandi nifas

Perlukah Gabungkan 2 Niat Mandi Wajib?

Timbul polemik mengenai seseorang perempuan yang mengalami dua atau lebih hadas besar dalam satu masa, apakah boleh diniatkan sekali dan adakah terangkat mandi wajib untuk hadas-hadas besar yang dialaminya.

Berdasarkan pendapat Imam An-Nawawi Rahimahullah Taala, jika seorang perempuan itu mengalami haid, kemudia dia berjunub, atau sebaliknya, ketika dia berjunub dia didatangi haid, hukumnya tidak sah dia mandi mengangkat hadas junub ketika dia dalam keadaan haid.

Ini kerana hadas junubnya tidak terangkat dalam keadaan seseorag itu masih dalam haid.

Begitu juga sekiranya seseorang mengalami darah wiladah dalam keadaan masih mengalami darah nifas, maka ia hendaklah menunggu sehingga darah nifasnya selesa barulah ia mandi kerana wiladah dan nifas.

Beberapa cara niat mandi wajib yang boleh diaplikasikan, antaranya:

  1. Meniatkan setiap hadas besar yang diaalami dan dimaksudkannya. Contoh, jika dia mengalami dua hadas besar iaitu nifas dan junub maka diniatkan kedua-duanya sekali. “Sahaja aku mengangkat hadas nifas dan junub”
  2. Memadai niat hanya satu niat sahaja atau satu niat yang umum merangkumi kesemua hadas. “Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)” atau
  3. “Sahaja aku sahaja aku menunaikan fardhu mandi atau seumpama dengannya”.

Kesimpulannya, menurut ulama Fekah, sekiranya seseorang itu mengalami dua hadas besar atau lebih, hukumnya adalah sah jika dia mengangkat kesemua hadas tersebut sekaligus dengan satu mandi sahaja seperti mana yang keterangan yang disebutkan tadi.

Mudah kan?

Jadi tak perlu pening kepala.

Islam itu mudah dan memudahkan.

Jika dah faham yang wajib ni, bolehlah kita amalkan yang sunat pula.

Yamg penting, jangan keliru sampai mengabaikan perkara wajib.

Rujuk cara mandi wajib yang lengkap mengikut sunnah di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×