Cantik

Nak Bahagiakan Hati Isteri? Ini Cara Yang Terbaik! Pasti Menjadi!

7.9K
SHARES

Pejam celik pejam celik dah hampir nak raya kan kita? Puasa tahun ni macam mana? Penuh tak? Tambah pulak untuk kaum wanita bulan puasa merupakan satu dugaan dan cabaran tau!

Bukan mudah ye nak bekerja dan dalam masa yang sama nak jaga anak-anak, masak juadah berbuka serta sahur.

Sebab tulah, para suami di luar sana perlu sentiasa memahami dan membantu isteri. Tak salah menggembirakan suri hati anda sendiri. Isteri anda kot! Jadi, apa salahnya hadiah mereka dengan sesuatu yang berharga dan bermakna sempena Aidilfitri tahun ini.

Poh Kong Ada Koleksi Baru!

 

Kalau anda nak tahu, sekarang Poh Kong ada koleksi baru. Cantik sangat! Bermotifkan bunga-bungaan! Rugi kalau anda tak miliki salah satu perhiasan emas daripada koleksi kali ini.

Koleksi yang dimaksudkan ialah Koleksi Bunga Orkid dan juga Koleksi Manja. Kedua-duanya ada ciri-ciri yang tersendiri terutamanya dari segi rekaan. Memang eksklusif dan berkelas tinggi!

Tak kiralah sama ada rantai tangan, rantai leher mahupun cincin. Semuanya cantik-cantik belaka.

Lagipun rekaan kali ini sangat terperinci dan kena dengan trend semasa. Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Boleh dipakai sepanjang masa la kiranya.

Harga Berpatutan! Siap Ada Hadiah!

Walaupun, koleksi yang ditampilkan pada kali ini kelihatan mewah, tapi harganya masih mampu milik ye. Yang bestnya, bila anda berbelanja RM 1000 di Poh Kong anda akan dapat candy jar yang sangat cantik. Letup gitu! Anda mesti suka.

Bagaimanapun, tawaran ini hanya sah bermula dari 28 Mei hingga 30 Jun akan datang. Tapi bekas candy jar tau! Sehingga stok masih ada ya. Kalau lambat, terlepas la peluang anda nak miliki candy jar yang mewah dan ekslusif ni.

Miss Petite Tak Kurang Hebatnya!

Bagi anda yang masih tertanya-tanya apa itu koleksi Miss Petite, jom admin terangkan sikit. Miss Petite ialah koleksi subang yang lebih kasual dan boleh di mix & match kan mengikut mood dan keselesaan anda.

Koleksi ini didatangkan dengan 6  tema yang ekslusif iaitu Fairy, Cutie Pie, Happy Bride, Beauty Treats, Shopping dan Tea Party. Kesemua koleksi ini memang cukup comel! Tambah comel jika digayakan oleh si manja anda.

Buat para suami di luar sana inilah masanya nak mengambil hati isteri, apa salahnya, jika hadiahkan mereka seutas rantai tangan emas. Pasti hati isteri anda akan lebih lapang dan bahagia. Betul tak?

Bagi wanita yang belum berkahwin, jangan la bimbang ye. Anda boleh beli dan hadiahkan pada diri sendiri. Tak pun minta je cik tunang berikan sebagai hadiah nikah nanti. Bukan apa, selalunya bila nak raya ni, ramai yang nak mendirikan masjid. Dapat la kita berjemaah makan nasi minyak.

Apa-apa pun admin nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat diluar sana. Maaf zahir batin! Kosong-kosong tau!

Semua produk diatas boleh anda dapati di semua cawangan Poh Kong dan juga Poh Kong Online Shop iaitu Lazada & Shopee

Website Poh Kong

Facebook Poh Kong

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×