Didik

Menarik & Informatif, Ini 9 Dokumentari Wajib Tonton Di DidikTV Buat Seisi Keluarga

7
SHARES

Sejak DidikTV KPM diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ramai ibu bapa, guru dan pelajar memberi respon positif. DidikTV KPM ternyata membantu mereka dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih efisien.

Untuk pengetahuan anda, program yang disiarkan di DidikTV KPM bukan hanya boleh ditonton oleh pelajar tau. Sebenarnya banyak dokumentari menarik yang anda seisi keluarga boleh tengok. Ini antaranya..

1. BY THE SEA – Pantai-pantai menarik di Malaysia

Kredit: Blog Travel Hellocuti

Rindu betul nak pergi pantai. Dapat tonton rancangan ‘By The Sea’ dalam DidikTV KPM pun bagus juga. Dapatlah tahu pantai-pantai menarik yang ada di Malaysia. Nanti bolehlah bawa keluarga pergi ke sana pula.

2. DUNIA TERSEMBUNYI – Budaya unik masyarakat Asia

Kredit: Kebudayaan Mancanegara – blogger

Sebenarnya masyarakat di Asia mempunyai banyak budaya yang unik. Selepas menonton rancangan ‘Dunia Tersembunyi‘, anda mesti terkejut kerana pelbagai budaya unik yang anda mungkin tak tahu wujud.

3. GO TRAVEL – Tempat pelancongan menarik di negara ASEAN

Kredit: PolicyStreet

Bagi anda yang suka melancong mesti suka rancangan ‘Go Travel‘. Program ini memaparkan tempat-tempat pelancongan menarik di negara ASEAN yang anda boleh terokai.

4. SUPPER HEROES – Negara popular dengan ‘late night cravings’

Kredit: We Heart It

Selalu craving makanan ketika tengah malam? Anda mungkin tergoda dengan rancangan ‘Supper Heroes‘. Ada banyak negara luar yang popular dengan late night cravings.

5. FESTIVAL JURNAL KEMBARA DUNIA – Festival dunia popular

Kredit: MLDSPOT

Anda yang pernah melancong ke negara luar mesti suka sertai festival yang ada. Jom tonton rancangan ‘Festival Jurnal Kembara Dunia‘ dan ketahui pelbagai festival menarik dunia yang popular.

6. JURNAL RESIPI – Jatuh bangun chef & pengusaha industri makanan

Kredit: E21

Saksikan jerih-perih dan perjalanan berada dalam industri makanan . Anda boleh pelajari bagaimana nak menghadapi situasi sukar dalam bidang ini melalui rancangan ‘Jurnal Resipi‘.

7. OFF THE HOOK – Lokasi memancing yang unik

Kredit: 1ZOOM

Bagi anda yang mempunyai hobi memancing, ketahui lokasi memancing yang unik melalui rancangan ‘Off The Hook‘. Nanti dapatlah juga merasai pengalaman baru di lokasi berbeza!

8. THE STREETS TANAH AIRKU – Kisah tentang jalan bersejarah di Malaysia

Kampung Padang Jambu, Sura

Sebagai rakyat Malaysia, penting untuk kita tahu tentang sejarah di Malaysia.  Tonton rancangan ‘The Streets Tanah Airku‘ dalam DidikTV KPM. Anda sekeluarga pasti kagum dengan kisah-kisah menarik di sebalik jalan bersejarah di Malaysia.

9. UNSUNG PLACES – Destinasi pelancongan unik yang tak ramai tahu

Kredit: Cari Homestay

Sebenarnya wujud tempat-tempat pelancongan menarik yang kita tak pernah tahu pun sebelum ini. Jadi, anda kena saksikan rancangan ‘Unsung Places’ untuk tahu lokasi-lokasi menarik yang underrated ini.

Itu antara dokumentari menarik di DidikTV KPM yang anda sekeluarga boleh tonton. Orang kata, tuntut ilmu biarlah sampai ke negara China. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan ilmu tambahan berguna okay.

Untuk makluman, anda boleh tonton DidikTV KPM yang bersiaran di ntv7 bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. Saksikan juga episod terkini DidikTV KPM di Youtube Channel ntv7MALAYSIA Official.

Akhir kata, program yang disiarkan dalam DidikTV KPM ternyata dapat menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Jom dapatkan ilmu tambahan melalui DidikTV KPM bermula hari ini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×